"something like that. Selalunya bila dia jatuh sakit personaliti dia akan berubah jadi manja sikit. So kamu perlu sabar layan kerenah dia lepas ni" balas Puan Gaeyu. Seo Hyun hanya mengangguk.
"eh dah lambat ni, jom kita balik Shinri" ajak Puan Gaeyu sambil menarik tangan sahabatnya.
"jaga Jimin elok-elok" tegas Puan Shinri
"Eomma! I'm your daughter. Not him!" balas Seo Hyun. Menyampah apabila Jimin sudah mula merampas perhatian dan kasih sayang Eommanya, sampaikan dia dilayan macam anak tiri
"whatever. Eomma balik dulu" ucap Puan Shinri dengan selamba.
Selepas Eomma-Eommanya pulang, Seo Hyun masih duduk di atas kerusi di dalam bilik Jimin. setelah lebih satu jam, Jimin akhirnya sedar dari tidurnya.
"are you okay? Lega aku tengok dah bangun" ucap Seo Hyun dengan gembira. Risau juga kalau sesuatu berlaku ke atas Jimin. Nanti tak pasal-pasal dia kena 'ceramah' dengan Eommanya. Bukan dia tak tahu yang Eommanya lebih sayangkan Jimin berbanding dirinya. Budak tu semuanya betul
"Aku lapar la. Nak makan" balas Jimin. Seo Hyun hanya menghulurkan mangkuk berisi bubur
"alah, nak suap" sambung Jimin sambil mengangakan mulutnya
"kenapa nak perlu suap pulak? tangan kau tak patah lagi kan?Makanla sendiri" balas Seo Hyun sambil bangun. Mengada-ngada nak minta suap pula. Jimin segera baring di atas katil dan menyelimutkan dirinya sehingga menutupi kepalanya. Konon-kononya merajuk. Serta-merta Seo Hyun teringat pesanan Eommanya tadi
"hish! Yelah-yelah aku suap. Bangun cepat" kata Seo Hyun sambil menarik selimut Jimin. Jimin hanya tersenyum lebar dan mengangakan mulutnya.
Selepas selesai menyuap Jimin makan, Seo Hyun bangun untuk menuju ke biliknya.
"nak hot chocolate" ucap Jimin
" Esok jelah. Aku dah ngantuk ni" jawab Seo Hyun dengan malas.
"aku tak kira! Nak jugak! Nak hot chocolate!" balas Jimin sambil memusingkan badanya membelakangi Seo Hyun tanda protes. Dia mula menangis teresak-esak, habis segala bantal dan selimut dilemparkan ke bawah katil. Seo Hyun yang melihatnya mengetap bibirnya.
"sabar Seo Hyun.. Sabar. Nasib baik kau ni suami aku, kalau orang lain dah lama aku lempang" bisik Seo Hyun.
"Yelah-yelah aku buatkan. Duduk sini jangan pergi mana-mana" arah Seo Hyun.
*************
'Sorry Suzy, aku tak dapat nak teman kau dengan Seungri keluar harini. Aku kena jaga budak lah' ujar Seo Hyun di hujung talian. Matanya masih memandang ke arah Jimin yang khusyuk menonton kartun Happy Tree(sape tak pernah tengok kartun ni boleh search kt internet. Best!).
'anak sape pula kau jaga tu? Alah kau bawak la budak tu, boleh aku main dengan dia sekali. Aku pun dah lama tak main dengan budak ni. Jomlah, kalau susah sangat aku jemput kau' balas Suzy.
'tak boleh la. budak ni lain macam sikit. Dia tak normal macam budak lain. Kalau aku bawa keluar nanti bertambah pula penyakit tak normal dia tu. Aku pula yang susah nanti. Kalau aku bawa dia sekali pun, aku jamin kau pun tak ingin nak bermain dengan dia. Lain kali jelah kita keluar' kata Seo Hyun. Takkan dia nak tinggalkan Jimin sorang-sorang, boleh terbakar rumah nanti.
'ok lah kalau macam tu. Bye' balas Suzy dengan kecewa.
'bye' jawab Seo Hyun lalu menamatkan panggilanya. Kemudian dia menuju ke arah Jimin, tanganya diletakkan di atas dahi Jimin.
"tak panas pun. Tapi kenapa dia tak normal lagi, ke dia sengaja nak kenakan aku?" bisik Seo Hyun.
"eh! zip seluar kau terbuka la!" bohong Seo Hyun, sengaja ingin menguji Jimin. Malangnya Jimin buat tak tahu, khusyuk menonton kartun dan tidak mempedulikan Seo Hyun
"nampaknya still tak normal lagi. Kalau berterusan macam ni, aku yang tak normal nanti" keluh Seo Hyun
*******
"tak boleh!" jerit Seo Hyun
"alah! nak jugak! Nak jugak!" balas Jimin
"mana boleh! Kau kan tak sihat lagi!" kata Seo Hyun
"dah sihat lah. tak kira! nak jugak!" balas Jimin
"jangan degil boleh tak?!" marah Seo Hyun. Stress nak melayan Jimin. Nasb baik dia ni penyabar,
"nak jugak! Nak jugak!" balas Jimin sambil meronta-ronta di atas lantai sambil memanggil nama Eommanya. Habis bantal dan majalah disepahkan. Seo Hyun hanya mampu menarik nafas dan menahan sabar.
"ok..ok stop! Jangan hempas remote tu. Ambil ni and berhenti menangis" balas Seo Hyun sambil menghulurkan mangkuk berisi aiskrim kepada Jimin. Barulah Jimin berhenti menangis.
"ini bukan setakat manja, dah masuk tahap mengada-ngada. Ringan je aku nak bagi pelempang. Nak je aku suap ubat tidur, biar senyap terus. Bila la dia nak jadi normal balik" bisik Seo Hyun sambil baring di atas sofa. Penat nak melayan kerenah Jimin, petang tadi habis satu rumah diterbalikkan Jimin kerana dia tidak membelikan lolipop. Dia juga yang nak kena kemas balik. Tu belum termasuk nak kejar Jimin satu rumah suruh makan ubat.
Disebabkan mengantuk, Seo Hyun tertidur di atas sofa........
What happen next? 😏😏😌
YOU ARE READING
[C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민
FanfictionBila kau lebih memilih untuk berdamai dari bermusuh. Tapi,... Tak sangka perdamaian itu mencetuskan 'bala' "Kau pun mesra semacam dengan budak tu. Ke teringin nak anak? Aku boleh bagi"
PART 8
Start from the beginning
![[C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민](https://img.wattpad.com/cover/203670805-64-k466090.jpg)