f.ive

283 46 3
                                    

Kim Sunwoo

Yebin

Kata dah janji nak jumpa dekat cafe.

Ya sekejap lagi sampai lah ni, awak sabar.

Saya naik teksi bukannya kapal terbang

Okay okay sorry, girl.

:)

"Terima kasih," aku hulurkan wang tambang dan keluar daripada teksi tersebut dan bergerak ke kafeteria yang Sunwoo maksudkan. Aku jumpa kafeteria tu tapi lama aku berdiri depannya. Kafeteria tu macam, tak buka. Aku telefon Sunwoo untuk mendapatkan kepastian.

"Sunwoo, awak kat mana? Awak tipu saya, ya? Saya dah ada kat depan ni, mana awak?" soalku bertalu-talu. "Turn around and you can see me." aku toleh, terlihat Sunwoo di seberang jalan. Aku melambai ke arahnya. "Tunggu sekejap, saya melintas." beritahu Sunwoo, "okay." 

Talian diputuskan sebelum aku lihat Sunwoo melintas jalan sambil memandang telefonnya. Dia tersenyum nipis, aku menoleh kembali, menghadap kafeteria di hadapanku.Cantik. Aku terdengar hon kuat sebelum aku menoleh, sebuah lori yang laju datang dari arah kiri Sunwoo yang sedang leka memandang telefon. 

"Kim Sunwoo!"

 Aku tak percaya apa yang berlaku depan mata aku sekarang, tak mungkin. Aku berlari ke tengah jalan, ramai orang sedang mengerumuni hadapan lori yang berhenti tersebut. Aku berlari mendekati kawasan itu, seorang lelaki sedang tertiarap, telefon tidak jauh daripadanya. "K-Kim S-Sunwoo?"

Aku cuba tahan air mata aku daripada tumpah. Tak, tak mungkin, itu bukan Sunwoo. Air mata deras menuruni pipiku. "S-Seonuya? S-Seonu.." tubuh aku jadi statik, aku tak mampu jalan dekat dengan mangsa tu. Aku percaya tu bukan Sunwoo tapi kenapa aku nangis? "S-Seonu-"

Lengan aku ditarik ke belakang, aku pantas menoleh. "K-Kim Sunwoo-" aku peluk tubuh Sunwoo dengan kuat, aku fikir aku takkan dapat buat benda ni lepas apa yang dah jadi depan mata aku tadi. "Kenapa awak nangis ni?" soal Sunwoo, mengusap kepalaku. Aku tak boleh nak jawab, terkedu. Tangisan aku menjadi kuat, seram sis. Tengok orang kena langgar.

:)

"Dah okay?" soal Sunwoo. Aku masih tersedu dengan air mata yang berbaki. Aku lap air mata dengan tisu sebelum aku mengangguk. "Kenapa awak nangis?" soalnya, mengusap kepalaku. "A-awak nampak kan accident tadi?" Sunwoo mengangguk. "S-saya.. S-saya i-ingat-"

"Awak ingat tu saya?" soal Sunwoo. Aku angguk sebelum tunduk semula. Aku pandang Sunwoo, dia tersenyum, "Taklah, mana ada. Kalau melintas saya mana ada tengok telefon." beritahu Sunwoo. Aku pandang bahunya kanannya. Warna fabriknya bertukar gelap kerana basah, terkena air mataku, perlahan aku usap bahu Sunwoo menggunakan lengan bajuku yang panjang.

"Kenapa?" soal Sunwoo, memandang bahunya. "B-basah, s-saya nangis tadi." jawabku. Tangan aku dialihkan. "Yebin, if nothing last together, would you be my nothing?"

Sweet TalkerWhere stories live. Discover now