t.wo

389 48 20
                                    

Aku kemas barang dan simpan ke dalam beg sebelum aku menggalas beg tersebut. Kerusi aku tolak ke bawah meja. Satu demi datu pelajar kelas keluar memandangkan waktu sekolah dah habis. Aku melepaskan keluhan kecil dan berjalan keluar daripada kelas sebelum beg aku ditarik perlahan dari belakang. 

Aku menoleh, "Sorry, tak sengaja tarik." aku lihat dia tunduk ke bawah sebelum bangun, menghulurkan rantai kunci beruang, "Awak terjatuh ni." beritahu Sunwoo. Aku memandang rantai kunci tu lama, "T-tapi ni bukan say-" tangan aku Sunwoo tarik sebelum rantai kunci itu diletakkan ke atas tapak tangan aku. "Saya balik dulu." katanya sebelum mengejar rakannya.

Semasa dia berlari meninggalkanku, aku perasan, dia ada rantai kunci yang sama dengan yang ada atas tapak tangan aku ni. Boleh je cakap nak bagi hadiah, kenapa cakap aku terjatuhkan..? Rantai kunci itu aku pandang lama sebelum aku tersenyum kecil, meletakkan objek berupa beruang itu pada zip beg aku sebelum aku jalan pulang.

:)

"hAN YEBIN" 

"ah terkejut," aku usap dadaku perlahan, siapa pula yang terjerit-jerit nama aku pagi-pagi ni?  Aku pandang sekeliling sebelum terlihat Areum berlari ke arahku, "Apa? Kenapa kau tak datang semalam?" soalku. "Nanti ada konsert bangtan jomlah pergi!!!" ajak Areum. Aku kerutkan dahi, "Hah?" Areum goncang bahu aku sekali lagi, "Please!! Semalam aku beratur dan beli tiket konsert bts pastu sampai turn orang depan aku, hABIS!"

Aku menggeleng perlahan. "Areum, aku ada exam nak kena lulus kau tahu tak." beritahuku. "Ya aku tahu tapi exam tu lagi enam bulan. ENAM BULAN. Kita pergi konsert please, tiket online kalau ada lagi." beritahu Areum. "No la Areum, aku bukan fans bts pun, kau pergi la dengan orang lain.. Erm, ha Hyunjoon tu, dia ARMY. Ajak lah dia." beritahuku.

"Please, Yebin.." aku gulingkan bola mataku, "Ish, yalah yalah." kataku, menutup buku teks, malas aku dengar Areum ni. Kalau tak layan nanti merajuk. "Hah, konsert tu bila?" soalku. "27 hari bulan." beritahu Areum. Aku terdiam, "27?" soalku. Areum mengangguk. Kerusi di hadapan Areum tiba-tiba ditarik, "27 hari bulan kitorang berdua ada plan nak pergi study." aku memandang Sunwoo. Suka hati dia je, aku takda plan apa-apa pun.

"HM?" soal Areum. "Awak nak pergi konsert bts ke?" Areum mengangguk, "Tu, Hyunjoon free. Awak pergilah ajak dia." beritahu Sunwoo. Aku memandang Hyunjoon yang berada di meja sebelah kiriku. Fokus melihat telefon. "Oh, kau tak cakap dengan aku pun yang kau nak study, Yebin." kata Areum. "Manalah aku tahu konsert bts tu tarikh tu." omelku. "Yalah nanti aku pergi dengan orang lain." 

Sunwoo bangun dari kerusi di hadapan dan kembali ke tempat asalnya. Aku kembali membuka buku teks untuk mengulang kaji. "Psst Yebin. Yebin." bisikan memanggil namaku kedengaran. Aku menoleh ke belakang, tiada yang panggil. "Sini lah!" bisikan itu menarik perhatian aku ke sebelah kiri, di mana Sunwoo berada. Sebuah kertas kecil berwarna biru dihulurkan kepadaku. 

Dahi aku kerutkan sebelum aku mencapai kertas tersebut, dibuka.

'Awak nak study dengan saya tak 27 hari bulan tu?' -ssun! 

Sweet TalkerWhere stories live. Discover now