Park Seonghwa🌝🌚

Start from the beginning
                                    

Setelah sampai ke bangunan C H A Media Publishing, Seonghwa seperti biasa singgah ke kafe di lobi company, antara sebab Seonghwa apply kerja kat sini sebab nak dapat diskaun pekerja kat cafe ni, dia pernah datang sini suatu masa dahulu dan ingat yang air dan makanan kat sini sedap sangat.

Seonghwa: Latte dan Kapucino, dua-dua full sugar dan sejuk. Terima kasih.

Seonghwa gemarkan air latte ni, rasa air tu adalah seimbang di antara pahit dan manis.

Seonghwa mengorder dua jenis air, kenapa dua? Dia teringatkan Jiwoo  rakan semejanya, saja Seonghwa nak ambil hati Jiwoo yang nampak kesusahan sebab dare dia dengan Somi. Seonghwa nak ceriakan Jiwoo walaupun dia tahu Jiwoo akan beri pandangan dingin.

Sambil-sambil menunggu itu, Seonghwa membuka kakao talk dan buka group chat pasukannya.

Riuh juga mereka, sepertinya suasana semasa di pejabat lain daripada yang selalu di tunjukkan dalam media,. serius gitu.

Setelah order Seonghwa siap, Seonghwa kebetulan nampak Jiwoo yang masuk dari pintu utama bangunan, dengan segera Seonghwa mengejar Jiwoo.

Seonghwa: Jiwoo-ssi!

Jiwoo yang mendengar seperti ada orang memanggilnya itu menoleh, riak wajahnya mula kosong apabila melihat muka Seonghwa, Jiwoo hanya berdiri tegak melihat Seonghwa yang berlari pergi ke arahnya.

Jiwoo: Apa.

Seonghwa: Ah ni saya terbeli lebih, awak nak latte? *menghulurkan latte*

Jiwoo memandang Seonghwa atas dan bawah, berkali-kali. 

Jiwoo: *akhirnya mengambil latte yang dihulurkan Seonghwa* 

Seonghwa tersenyum rasa gembira, melihat Jiwoo menghirup air latte itu, Seonghwa kemudian turut menghirup air kapucino nya. Dia tak mengharapkan terima kasih, bagi dia, dia tahu Jiwoo jenis yang sukar menyebut perkataan tersebut walaupun tahu yang dia perlu mengucapkan terima kasih.

Jiwoo mula melangkah setelah lebih sepuluh minit mereka berdiri sambil menghirup air, 

Jiwoo dalam mindanya: *telepati kepada Seonghwa mengucapkan terima kasih*

Seonghwa yang ditinggalkan itu mengejar Jiwoo yang menuju ke lif.

Seonghwa; Harap dia baik-baik je hari ni.


******


Lunch.

Seonghwa meregangkan tubuhnya kerana lenguh duduk di atas kerusi, jenuh juga kerja dengan pasukan editor ni.

Sudah tiba untuk masa lunch, ramai pekerja yang dah siap bangun nak pergi makan.

Seonghwa melihat ke meja sebelahnya, Jiwoo tengah bercakap dengan Hanna nak makan apa. Kemudian mata Seonghwa dan Hanna bertentangan.

Hanna: Seonghwa nak ikut kami pergi lunch sekali ke? *senyum*

Jiwoo: *menoleh ke belakangnya dan mengerutkan kening*

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now