✴✴✴

"Semua?" Mr.Yoo keluar daripada pejabatnya membawa beg kerjanya, mendapat perhatian daripada semua pekerja dalam pasukannya.

"Ya Mr.Yoo?" Semua pekerja menjawab dengan semangat.

"Restoran mana kita nak makan malam hari ni?" Mr.Yoo menjerit, untuk memeriahkan suasana.

Semua pekerja bersorak, mereka semua menutup komputer meraka dan mengemas barang mereka. Ada yang memakai semula blazer mereka.

Jiwoo berdiri lemah dan mengemas barang barangnya kedalam beg. Seonghwa hanya tersenyum melihat suasana.

Semua pekerja bergerak keluar termasuk Jiwoo dan Seonghwa.

Tapi Minhee yang berjalan di sebelah Jiwoo bersuara.

"Eh Jiwoo-ssi, kenapa tangan kau tu?" Salah seorang pekerja lelaki, Minhee menunjuk ke arah tangan Jiwoo yang berbalut kain putih itu, jelas kelihatan tangan Jiwoo yangberbalut itu kerana lengan bajunya dilipat sehingga siku kerana tak mahu kelihatan kesan kotor kopi tadi.

Jiwoo memegang tangannya.

"Ah ni? Melecur." Jiwoo menjawab.

Kemudian mereka semua menuju ke destinasi dengan ceria, nampaknya semua orang dalam mood yang baik.

Angae(Fog/Mist) Restaurant.

Apabila sampai di restoran semua orang duduk di mana yang mereka selesa.

Seonghwa mengahampiri tempat kosong di sebelah Jiwoo tetapi Minhee mengambil tempat itu dahulu. Seonghwa kemudian buat u-turn.

"Seonghwa-ssi! Mari duduk!" Panggil Mr.Yoo. Mr.Yoo menunjukkan tempat duduk di sebelahnya yang kosong.

Seonghwa senyum dan bergegas ke sebelah Mr.Yoo dan duduk.

"Order apa apa yang kamu nak sebab saya yang belanja malam ni!" Kata Mr.Yoo dengan semangat. Maka semua orang bersorak. Mr.Yoo ni walaupun garang, dia pemurah.

Tiba tiba seorang perempuan membuka pintu masuk kedai sambil posing.

Rambutnya diikat ala ala Ariana Grande. Spek mata meleret di hidung mancungnya. Baju kalah kalah K-Idol.

Dia berjalan ke arah meja di mana pasukan Mr.Yoo duduk dengan gaya berjalan model.

Bunyi kasut tinggi klak klak klak dengan lantai mengambil perhatian mereka semua.

Entrance dia mesti dramatik siket.

"Takpe Mr.Yoo, biar Somi belanja." Kata Somi sambil membuka spek matanya dan entah mengapa sejak bila ada pembantunya di belakangnya yang mengambil spek mata Somi.

Semua orang bertepuk tangan paksa dan bersorak juga, lagi lagi Mr.Yoo, yelah selamat duit. Rezeki jangan ditolak.

"Jaga-jaga Somi-ssi, nanti klak klak tumit kasut patah lagi." Hanna yang juga duduk di sebelah lain Jiwoo memerli Somi sambil minum air.

"Its okay, I can buy a new one hahaha!" Somi ketawa gedik lalu menjeling Hanna. Somi kemudian tunjuk ke arah pekerja lelaki yang  duduk di sebelah Seonghwa.

"You! Get out from my seat."

Pekerja lelaki itu terbatuk air dan segera bangun daripada kerusinya dan duduk di tempat lain. Somi kemudian duduk di sebelah Seonghwa acah ayu, Somi kemudian flip hair dan perasan yang semua diam.

"Apa?" Jeling Somi.

"Err, geonbae?" Mr.Yoo menaikkan gelasnya.

Semua pekerja pun membalas dengan mengangkat as mereka dan,

"Geonbaee!!!"

Mereka semua mengenyangkan perut dengan memakan daging panggang, tulang rusuk dan sebagainya. Mereka juga meminum soju, kecuali Somi, Seonghwa dan Jiwoo mereka bertiga hanya meminum soda atau coke.

"Hanna, aku nak pergi toilet jap." Kata Jiwoo sambil menepuk hu Hanna, Hanna kelihatan mabuk hanya angguk angguk.

Somi yang nampak Jiwoo pergi ke tandas terus senyum jahat, dia hantar mesej kepada pembantunya untuk letakkan alkohol didalam air Jiwoo.

Dan of course, no one notice sebab mereka semua mabuk. Ada yang menangis ada yang ketawa ada yang perlu dikawal, contohnya Mr.Yoo, Seonghwa sibuk melayan Mr.Yoo yang meroyan dan asyik komen pasal prestasi pasukan dia kurang berbanding pasukan editor 3.

Somi berjaya melaksanakan misi jahatnya.

Kemudian Jiwoo balik daripada tandas dan memakan sekeping daging panggang and then minum airnya yang diletakkan alkohol.

Lepas beberapa ketika, kepalanya rasa pening, pandangannya kabur.

Jiwoo memegang kepalanya yang terasa pening.

Sekejap lagi, dia tak boleh nak kawal diri sendiri.

Well, mabuk.

Suasana bosan semacam so Somi terfikirkan sesuatu dan tepuk tangan.

"Okay uolls, nampak makin boring ya so Somi nak kita main truth or dare, nak tak?" Somi berkata.

"Onz jer..!" Jawab Mr.Yoo dan yang lain turut angguk.

Somi tersenyum gembira.

"Ok so siapa duluu... " Somi menggunakan jari telunjuknya dan tunjuk semua orang.

Dan jarinya berhenti dihadapan seseorang.

"Jiwoo." Kata Somi.

Jiwoo kemudian mengangkat kepalanya untuk melihat Somi sambil tersenyum. Muka Jiwoo merah.

Seonghwa juga memandang Jiwoo.

"Yes?" Kata Jiwoo sambil tersenyum.

"Truth or dare?" Tanya Somi.

"Dare!"

"Dare!"

"Truth!"

"Dare!"

"Ok, dare, sebab semua yang minta."
















To be continue.

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now