permulaan

2.5K 116 9
                                    

Aku.. Merenung jauh memandang galaxy yang begitu luas dan begitu indah.. Di hadapanku berkelip kelip bintang² walaupun duduk di kegelapan
Kalau lah bagus aku juga seperti itu.. Bersinar di dalam gelap

"Fang.. Kau menung apa tue??" Tanya seorang budak bertopi dinosaur Oren membuatkan aku terus kembali ke reality

"Sibuklah kau nie.. Suka hati akulah termenung ke? Berangan ke? Bukan aku kacau hidup kau pun boboiboy"balas Ku sedikit kasar.. Walaupun aku tak ada niat pun nak berkasar dengan dia. Aku tahu bukan salah dia. Tapi perasaan yg tidak mengizinkan

"Maaflah.. Aku kacau kau fang.. Aku tak sengaja.. Aku nampak kau macam berseorangan sebab tu aku tegur" balas boboiboy dengan senyuman yang agak kelat mungkin rasa bersalah

Aku mula buat muka.. Menyampah.. Asyik² mintak maaf.. Nak buat macam mana.. Boboiboy nie memang jenis suka mintak maaf walaupun benda kecil.. Mungkin nie juga lah salah satu sifat boboiboy yg membuat orang suka berkawan dengan dia. Kadang² aku memang jeles dengan boboiboy
Sampaikan kapten aku sendiri pun suka.. Aku mula mengeluh sedih

"Erm.. Fang? Kau marah ke?" Boboiboy mula tenung fang lama. Membuatkan fang tak selesa

"Aku tak marah pun.. Kau nie macam tak kenal pulak perangai aku nie macam mana" balasku dengan senyuman "Aku dengar kita ada misi?? Misi apa?"

"Misi kali nie.. rasanya kita kena bertugas dengan kapten kaizo kot" katanya kurang pasti.

Aku mula membulat mata dada pun sudah berdegup laju secara tiba² bukan apa cuma gembira kerana dapat juga buat misi bersama abang aku walaupun dia tak mengaku dekat semua yang dia abang aku.

"Tunggu apa lagi boboiboy jomlah!!" Aku dengan teruja menarik tangan boboiboy. Boboiboy memandang ku hairan dan terus mengeleng sambil tersenyum

Nobody pov

*setiap kali cakap fasal kapten saja terus fang gembira.. mesti seronok ada abang* kata hati boboiboy terus saja dia tersenyum kadang² dia pun berharap ada abang macam fang kapten yang tegas dan hebat

"Misi apa kali nie commander.." kata fang serta merta semua memandang ke arahnya termaksud kaizo dengan muka bengis yang tak pernah nak ubah

"Misi kali nie Korang kena selamatkan dimensibot power spera kali nie boleh dikatakan bahaya kalau diaktifkan. Ramai sudah hilang dan coma bila mengaktifkan power spera tersebut" semua tertumpu kepada skrin dengan gambar power spera yang berwarna putih dan sedikit keemasan tu "semoga Korang berjaya"

"Terus pergi ke commander??" Soal gopal "habis kau ingat esok?? SEKARANGLAH!!" Jerit laksamana membuatkan kami semua terus bergerak kapten papa pun dah menunggu dan bersedia dengan tugasnya

"Erm.. kapten.. kapten mulakan dengan rancangan apa" tanya fang kepada abangnya. Serta merta kaizo toleh

"rancangan!! Kitorang dah lama buat sebelum boboiboy panggil kau!! Semua tengah berkerja kau seronok curi tulang!! LAIN KALI MESTI SENTIASA BERSEDIA!! JANGAN NAK TUNGGU ORANG PANGGIL BARU BERSEDIA!! CADET PUN LEBIH BERSEDIA DARI KAU" Marah kaizo

Fang serta merta terdiam dalam hati sudah mula terasa.. menagis ya cuma dalam hati saja dia mampu di luar cuma dengan muka tegas tak boleh menunjukkan dia lemah. Boboiboy dan yang lain terus memandang

"Hehehe kapten puji kitalah boboiboy.." kata gopal. Fang yang mendengar membuat muka biasa macam tak kisah "nampaknya kita lagi bagus dari fang.. walaupun kita cadet tapi bagus dari pangkat private" gopal mula ketawa bangga

Fang mula memgengam penumbuk yang disorokkan.. kalau boleh dia nak saja dia belasah gopal dalam hati pun sudah memaki hamun si gopal

"Kita sudah sampai.. bersedia semua!!" Arah kaizo tegas dan semua terus dengan posisi masing² untuk masuk di dalam gua yang tak tahulah ada perangkap atau tidak

Semuanya berjalan dengan lancar perangkap dan binatang yang ganas semua berjaya ditumpaskan walaupun agak sukar tapi semua tidak cedera berkat kapten kaizo cuma sedikit calar di badan

Akhirnya sampai di hujun gua dan power spera pun ada di situ bukan satu malah dua power spera lagi satu kitorang tak tahu apa fungsinya yang pasti ianya sudah rosak. Fang dengan tak sabar terus mengambil dimensibot membuatkan boboiboy menjerit "HATI² FANG!!" Terus boboiboy menolak fang dan boboiboy ditikam dengan pedang musuh yang menyorok di sebelah power spera

Fang pov

Perut boboiboy mula mengeluarkan banyak darah.. aku dengan perasaan bersalah mendekati boboiboy "kau okay tak boboiboy!!" Kataku risau abang pula sedang berlawan dengan musuh dihadapan

"Dey kau tengok dia okay ke!!" Kata gopal membuatkan aku rasa nak marah * apa salah kalau tanya kan kalau dah penik dan bersalahkan* dalam hatiku mula bercakap

Akhirnya macam biasa abang aku menang dan penjahat di ikat. Memang penjahat tu dalam poster wanted mesti dapat banyak ganjaran kalau buat balik tapops. Abang terus datang ke arah kitorang serta merta dia tolak aku ke tepi

"Kau masih boleh bertahan??" Soal abang membuatkan aku membulat mata. Boboiboy menganguk dan abang terus mengankat boboiboy dan mula berlari keluar bersama yang lain power spera pula sudah berada di tangan yaya. Aku ditinggalkan seorang diri

Kenapa?? Kenapa abang tak pernah buat muka risau macam tu dekat aku bila aku pernah tercedera macam tu!! Aku pun pernah kena tikam tapi kenapa kau tak pernah menunjukkan muka risau malah memarahi aku. Kenapa aku dilayan berbeza!! Aku adik kau boboiboy cuma bukan sesiapa.. kenapa?? Dengan perasaan sedih dan tertanya tanya terus ke minda dan hatiku membuatkan aku tak tahan lagi Air mataku sedikit demi sedikit jatuh ke tanah. Aku berjalan meninggalkan tempat itu

Sedang fang pergi air matanya mula menyerap masuk kedalam power spera yang rosak itu.. serta merta sepihan yang hancur mula bergabung dan mula menyatu cahaya mula menyinari power spera itu pun terus aktif "Akhirnya aku dah jumpa tuan baru yang layak dapat kuasa aku"

Hey guys korang rasa macam mana?? Best tak.. tolong vote ya kalau nak aku sambung.. kalau boleh coment sekali semangat sikit aku nak sambung

Bye

berbezaWhere stories live. Discover now