"kau nak bunuh aku? Kau boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan" balas Jimin sambil mengangkat keningnya. Muka Seo Hyun sudah berkerut-kerut.

"kenapa muka kau berkerut? Tak faham? Nak aku translate in english?" sambung Jimin

"bo...boleh tak kau alih...alihkan ka..kaki?" ujar Seo Hyun dengan susah payah sambil menunjukkan ke arah kakinya. Segera Jimin mengalihkan kakinya, baru tersedar yang dia terpijak kaki Seo Hyun


"lain kali mata tu guna. Habis lah dah lenyek kaki aku" ujar Seo Hyun sambil menggosok kakinya


"alah, kena pijak sikit pun sakit. Huh! anak manja" balas Jimin sambil menyandar di sofa. Seo Hyun yang mendengar kata-kata Jimin terasa berasap kepalanya. Sudahla pijak kakinya, bukan nak minta maaf tapi boleh pula mengutuknya


"auw! Sakit sakit!" Jimin terlompat-lompat sambil memegang kakinya akibat dipijak Seo Hyun. Seo Hyun hanya tersenyum puas


"alah, kena pijak sikit pun sakit. Huh! anak manja" balas Seo Hyun sambil mengemaskan buku dan laptopnya, Ingin menyiapkan assignmentnya di tempat lain


"kau...kau memang.." kata-kata Jimin terhenti di situ apabila bayang Seo Hyun sudah tidak kelihatan.


****

"kau nak balik rumah terus ke ni?" soal Suzy apabila mereka berdua keluar dari kelas


"yelah, nak siapkan assigment ni. Nanti Prof Tiger tu potong markah" balas Seo Hyun. Siapa yang tak kenal dengan Prof Tiger tu, lecturer yang suka ugut pelajar. Sikit sikit potong markah, sikit-sikit potong markah. Tu je dia tahu, takde benda lain

"erm kalau macam tu esok jelah kita jumpa" kata Suzy dan mereka berpisah di situ.

Setelah memarkir motornya, Seo Hyun segera menuju ke pintu rumahnya. Kelihatan kereta Jimin terparkir elok di garaj.

“eh, dia ni takde kelas ke? Dah pukul 2 ni” bisik Seo Hyun. Baru je nak menaiki tangga, terserempak Jimin yang sedang turun sambil menggalas beg.


“aku dah masak. Makanan ada di atas meja, aku nak pergi kelas ni” balas Jimin sambil berlalu. Seo Hyun hanya mengangguk dan menuju ke arah meja makan


"tak sangka aku rupanya baik juga kau ni. Macam tau-tau je aku tengah lapar" ucap Seo Hyun sambil meletakkan begnya. Jimin yang sedang melangkah keluar terhenti


"kenapa? Kau nak aku tunjukkan kejahatan sebenar yang ada dalam diri aku ke?" ujar Jimin sambil tersenyum nakal dan melangkah mendekati Seo Hyun. kadang-kadang sikap Seo Hyun yang keras kepala dan brutal begitu mencabar egonya sebagai seorang lelaki. Seo Hyun pula yang terpaksa berundur ke belakang sehingga melekat di dinding.


"errrr..tak..tak nak.Se..sekarang dah pukul 1.55 pm, kelas kau pukul 2 kan?" ujar Seo Hyun dan berharap Jimin akan pergi. Tapi Jimin sikit pun tak bergerak, malah makin rapat. Hanya beberapa inci sahaja jarak antara mereka, Sampaikan rambut Jimin terkena dahinya


"takpe, boleh ponteng. Harini kelas tutorial, tak penting pun.kau...nak tengok tak kejahatan sebenar yang ada dalam diri aku?" ucap Jimin sambil meletakkan kedua-dua tanganya di dinding. Menghalang pergerakan Seo Hyun. Dalam hatinya dah bantai gelak melihat muka merah Seo Hyun


"Ehem!!"

"amboi romantiknya!"



"Eh Eomma! Buat apa kat sini?" soal Jimin kalut. Mesti Eomma-Eommanya tengok insiden tadi. Puan Shinri dan Puan Gaeyu ketawa kecil melihat muka gelabah Jimin dan Seo Hyun


"saja melawat kamu berdua, tak sangka pula kamu tengah...beromantik" ucap Puan Gaeyu sambil tersenyum penuh makna. Muka Jimin dan Seo Hyun sudah merah menahan malu


"err Jimin nak pergi kelas ni. Eomma duduk la dulu" ujar Jimin dan cepat-cepat keluar dari rumahnya. Baik dia cepat-cepat keluar sebelum digelakkan Eommanya


"Seo Hyun pun ada kelas ni. Petang nanti Seo Hyun balik" bohong Seo Hyun dan cepat-cepat menuju ke arah motornya. hatinya masih berdebar-debar bila teringatkan insiden tadi.

  ******

"sorry pasal tadi. Aku tak bermaksud nak buat macam tu pun. Sorry" ujar Jimin apabila mereka berdua berada di ruang tamu. Petang tadi teruk mereka digelakkan oleh Eomma mereka. Ini semua sebab Jimin yang buat perangai sewel dia tu, tak pasal-pasal kena perli dengan Eomma


"kalau kau buat lagi, aku tendang kau punya tutt. Aku ada blackbelt, so hati-hati" kata Seo Hyun. Tanganya lincah menekan kalkulator, Khusyuk menyiapkan tutorial subjek akaunya


"eleh, blackbelt konon. Tadi masa ada peluang boleh je kau tendang, tapi tak tendang pun" ujar Jimin dengan muka gatalnya. Perasan orang syok kat dia la tu!

"Kau nak aku buat betul-betul ke?" Seo Hyun meletakkan kalkulatornya & berdiri.

"Eh eh kau jangan nak tendang, aku saman kau nanti" Jimin meletakkan bantal sebagai pelindung di celah tuttnya.

"Tsch Park Jimeng penakut" Seo Hyun ketawa. Jimin menayangkan muka cemberutnya

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now