Aku Seorang Jururawat(Chapter 5)

302 5 0
                                    

Title:Aku Seorang Jururawat
Cast:Irene Red Velvet,Sunny Oh!GG,Yeo Jin Goo,Heechul SuJu,Yuri Oh!GG,Song Hye Kyo,Rain(Sebagai Dr.Jihoon),Kei Lovelyz,Jennie Blackpink,Kim So Hyun,Baekhyun EXO,Ma Dong Seok,Mark NCT, Bona WJSN,Chae Si Ra&Onew Shinee
Author:BeaYulKwon Arts
Chapter 5

Di hospital...

Anak kepada Sangmyun,iaitu Mark datang melawat.

Mark:Macamana Ayah kat sini?Okey?
Sangmyun:Ayah baik-baik saja,nak...Macamana dengan kerja kamu?
Mark:Okey jer Ayah...
Sangmyun:Ayah esok atau lusa dah boleh keluar wad...
Mark:Oh,baguslah...Ayah duduk rumah saya ya...
Sangmyun:Takpe,Ayah tak nak menyusahkan kamu.Kamu kerja...Biar Ayah duduk rumah Ayah saja...
Mark:Janganlah macam tue Ayah...Ayah kan Ayah saya.Dah tanggungjawab saya yang jaga Ayah...Lagipun,Ayah sorang-sorang saja kat rumah...Saya risau...

Sangmyun cuma tersenyum.Bukan dia tidak mahu duduk di rumah Mark tetapi sebenarnya,di usianya sebegini dia lebih selesa duduk di rumahnya sendiri.

Sangmyun:Mark...
Mark:Ye Ayah...Ayah nak air?
Sangmyun:Tak...Mark,Ayah bukan tak mahu duduk rumah kamu.Tapi sebenarnya,Ayah lebih selesa duduk di rumah Ayah sendiri.Lagi pulak,rumah tue banyak kenangan.Dan Ayah tak mahu menyusahkan kamu,Mark...Kamu sibuk bekerja.Ayah tahu...
Mark:Ayah...Tak terbalas jasa Ayah yang jaga, saya dari kecil sampai saya dah besar sekarang.Saya nak balas jasa susah-payah Ayah besarkan saya...Ataupun,kalau memang Ayah nak duduk rumah Ayah,boleh.Tapinya,saya akan upah orang gaji uruskan rumah dan makan minum Ayah.Saya takut nak tinggalkan Ayah sorang-sorang kat rumah tue.Boleh?

Sangmyun pun mengangguk.Mark tersenyum.

Seseorang mengamuk di kaunter kecemasan.Dia marah kerana menunggu lama.Anaknya demam.

Sunny:Sabar Encik...
Lelaki:Nak sabar apa?!Macamana korang buat kerja Hah??!!!Anak aku nie demam!Tak boleh ke cepat?!
Sunny:Encik,kalau anak Encik demam tidak perlu ke kaunter kecemasan,Encik.Encik boleh ke kaunter pesakit luar.
Lelaki:Eh,kau siapa nak ajar aku?!Kau ada anak?!

Irene datang..

Irene:Maaf,Encik...Jangan buat kecoh disini.Ramai lagi pesakit kena menunggu.Kami utamakan yang betul-betul kes kecemasan macam kemalangan.Ada mangsa kemalangan tengah bertarung nyawa dalam sana.
Lelaki:Yelah tue.Entah-entah korang dok membawang dalam tue agaknya.Makan gaji buta korang nie!Anak saya nie macamana?!
Irene:Encik,kami cakap baik-baik dengan Encik.Kenapa perlu Encik tengking?Encik tak malu dengan orang?Dengan anak Encik sendiri tengok Ayahnya biadab?

Irene bersuara tegas.Lelaki tersebut masih tidak puas hati.

Lelaki:Buang masa aku jerlah!Kalau aku tahu macam nie,baik aku pergi klinik swasta.Lagi cepat!Takdelah lembab macam sini!

Dan lelaki tersebut menghamburkan kata-kata yang tidak enak didengar.Kemudian dia membawa anaknya keluar dari situ.Mulutnya masih memaki hamun.

Irene:Ya Tuhan....

Dia hanya menahan sabarnya.Begitulah yang dihadapi boleh jururawat.Kadang orang jenis tidak sabar akan memarahi jururawat.

Sunny:Kenapalah dari tadi dia tak pergi swasta?Apalah...Irene,kau okey?
Irene:Okey jer...
Sunny:Sabar jerlah...Nasib nie hospital...
Irene:Bukan semua faham dengan skop kerja kita nie,Sunny...Biarlah.Janji kita buat kerja kita dengan ikhlas...

Irene tidak ambil hati pun dengan sikap lelaki tersebut.Sudah biasa dia dan jururawat yang lainnya dimarahi dan dimaki hamun sebegitu.

Lain pula ceritanya dengan Doktor Yuri dengan seorang perempuan muda...

Perempuan:Tak boleh ke awak tahan Emak saya nie lama sikit?Saya nie bukan ada masa.Saya sibuk kerja siang malam nak cari duit.
Yuri:Tak boleh,Cik...Lagipun banyak pesakit yang lain nanti nak guna katil kat wad nie...
Perempuan:Takkan takde katil tambahan?Awak doktor kan?Tanggungjawab awak jaga pesakit.
Yuri:Maaf,Cik..Tanggungjawab saya cuma merawat pesakit.Ya,saya jaga pesakit hanya di dalam hospital nie.Tapi tanggungjawab menjaga mak ayah adalah tanggungjawab anak-anaknya sendiri...Harap Cik faham ya...

Aku Seorang JururawatWhere stories live. Discover now