Aku Seorang Jururawat(Chapter 2)

1.3K 4 0
                                    

Title:Aku Seorang Jururawat
Cast:Irene Red Velvet,Sunny Oh!GG,Yeo Jin Goo,Heechul SuJu,Yuri Oh!GG,Song Hye Kyo,Rain(Sebagai Dr.Jihoon),Kei Lovelyz,Jennie Blackpink,Kim So Hyun,Baekhyun EXO,Ma Dong Seok,Mark NCT, Bona WJSN,Chae Si Ra&Onew Shinee
Author:BeaYulKwon Arts
Chapter 2

Jam 8:30 malam...

Irene menuju ke tandas.Dia mencuci tangannya menggunakan sabun cecair tangan.Kemudian dia mengeringkan tangannya lalu dia keluar semula.

Jennie datang ke hospital.Dia menemui Irene kerana dia membawakan bekal makanan untuk kakaknya itu.

Jennie:Nah,bekal Kakak...
Irene:Terima kasih...
Jennie:Kakak okey?
Irene:Okey jer...

Irene mengukirkan senyuman pada Jennie.Dan Jennie tahu,Irene sebenarnya keletihan kerana seharian berada di hospital.Setiap hari,Irene menghadap berbagai kes pesakit.

Irene:Dah,pergi balik...Tak elok lama-lama kat luar.
Jennie:Baik,Kak..Saya balik dulu...Jangan lupa makan.
Irene:Iya...

Jennie pun pulang ke rumah menaiki motosikal skuter.

Matron Hyekyo berada di dewan bersalin.Ada seorang wanita lewat 30an kena bersalin secara paksa ataupun induce kerana tarikh kelahiran anaknya sudah lewat dua hari.

Beberapa ketika kemudian...

Wanita tersebut masih belum merasa sakit konstraksi.Suntikan induce tidak berjalan.Dan Doktor Jihoon pun datang.

Hyekyo:Dah bagi induce,masih sama lagi Doktor...

Doktor Jihoon pun memeriksa wanita terbabit.Dan dia...

Jihoon:Kita kena buat C-section...

Demi menyelamatkan nyawa anak di dalam kandungan itu,wanita tersebut kena menjalani pembedahan secara caeserean.Dia ditolak di dewan bedah yang diketuai oleh Doktor Jihoon.

Dan di wad kecemasan...

Seorang gadis berusia 14 tahun mengalami asthma yang teruk sehingga tidak sedarkan diri.Wajahnya membiru kerana tidak boleh bernafas.Irene melakukan CPR.Sunny memasangkan alat oksigen buat gadis itu.

Irene:Pulse is low!Call Doktor Yuri now!

Seorang jururawat memanggil Doktor Yuri.Dengan pantas Doktor Yuri datang ke wad kecemasan.

Irene:Dia kena serangan asthma di rumah.Dia tak sedarkan diri.She can't breathing properly then pulse is low.

Doktor Yuri pun pantas melakukan kerjanya.Gadis itu dipasangkan tiub pernafasan.Bertungkus lumus Doktor Yuri dan jururawat yang bertugas menyelamatkan nyawa gadis terbabit.Dan juru X-ray juga dipanggil untuk melihat keadaan paru-paru gadis itu.

Tidak lama kemudian...

Keadaan gadis tersebut kembali normal.Dia boleh bernafas dengan normal.Keadaan paru-parunya ada sedikit cecair kerana sebelum dia tidak sedarkan diri di rumah,dia muntah menurut keterangan Ibu gadis itu.Gadis itupun dibawa ke ICU dan perlu dipantau.

Jam 11:30 malam...

Irene masih berada di hospital.Sunny sudah pulang jam 10 tadi.Dia membeli kopi espresso di mesin air.Dia mahu menghilangkan mengantuknya.Dia bertugas hingga jam dua pagi.Sudah tiga tahun dia ditempatkan di bahagian kecemasan.Dia dan jururawat yang lain tidak menang tangan melayani pesakit.

Onew:Tak balik lagi?
Irene:Saya on call hari nie sampai pukul dua...
Onew:Oh...Hari nie ramai pulak yang masuk emergency kan...
Irene:Haah...Biasalah,kalau takde pesakit tutuplah hospital,ye tak??

Onew mengangguk sambil senyum.

Onew:Bulan depan budak praktikal masuk sini.
Irene:Ye...So ada budak-budak praktikal tue,senang sikit...Saya dulu pun praktikal kat sini jugak.Ketuanya tue,Matron Hyekyo tue.Rezeki dapat kerja sini jugak...
Onew:Saya dulu praktikal kat klinik kesihatan desa.Sana just kes-kes kecil aje.Tak macam hospital nie.Macam-macam kes.
Irene:Ingat lagi kes pertama saya hadap.Masa tue saya kat bahagian O/G.Doktor masa tue belum sampai.Ada pesakit nak bersalin.Terbersalin kat katil wad.Bayangkanlah,pertama kali saya sambut baby...Tapi itulah kenangan...
Onew:Betul tue...Semua tue nanti akan jadi kenangan buat kita...

Irene cuma tersenyum...

Jam dua pagi...

Sudah tiba masanya Irene pulang ke rumah.Dia menuju ke tempat parkir kereta.Dia menaiki kereta yang baru setahun dibelinya...

Di rumah...

Irene berasa lega sudah sampai ke rumah.Sira dan Jennie sudah enak dibuai mimpi.Irene menuju ke dapur mencari air dingin.Dia menuangnya ke dalam gelas lalu diminumnya.Setelah itu,dia pun masuk ke biliknya.Pertama sekali,Irene mencapai tuala lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.Kemudian sudah selesai mandi semua,barulah dia masuk tidur...Esok dia masuk kerja jam 11 pagi.

Bersambung...

Aku Seorang JururawatWhere stories live. Discover now