" Kau nak apa datang sini? " tanyaku keras. Mama tersentak. Wajahku dipandang.

" Min, hormat tetamu. " tegur mama. Aku hanya mencebik.

" Saya nak cakap pasal Taehyung. "

" Apa lagi kau nak cakap?! Kau nak Taehyung? Ambillah! Aku dah nak bercerai dengan dia pun. Kau boleh ambil dia. " tengkingku. Kembar terperanjat dan bangun daripada tidur. Menangis mereka berdua. Aku mencerlung tajam kearah Hana.

" Kau tengok apa kau dah buat?! Anak aku nak tidur, bukannya layan kau! " aku mengendong si kembar lantas berlalu ke bilik. Kakiku dihentak kuat tanda marah. Mama menggeleng melihat perangaiku. Aku dah puas disakiti. Biarlah!

-------

Jeongyeon termenung. Tiba-tiba, bahunya ditepuk kuat daripada belakang.

" Eh doc, terperanjat saya! " Jeongyeon mengurut dada. Wajah Doktor Jinyoung dipandang. Tergelak doktor lelaki itu.

" Berangan apa Jeong? Daripada tadi mengeluh je. " tanya Doc Jinyoung. Dia menarik kerusi lantas duduk dihadapan Jeongyeon.

" Tak ada apalah. Fikirkan family je. " sengih Jeongyeon. Family? Tipulah! Sebenarnya Jeongyeon tengah fikirkan keadaan Jimin. Selepas menyerahkan Jimin kepada polis, Jeongyeon banyak menangis. Dia sedih melihat Jimin.

" Kenapa dengan family awak? " tanya Jinyoung, prihatin. Jeongyeon hanya menggeleng.

" Tak ada apalah, doc. "

" Share jelah. Saya boleh dengar. " pujuk Jinyoung. Jeongyeon menghembuskan nafas berat.

" Eomma saya nak jodohkan saya dengan orang yang saya tak kenal. " balas Jeongyeon. Jinyoung tergelak.

" Lah apa masalahnya? "

" Masalahnya saya tak kenal orang tu. Macam mana nak kahwin? "

" Kahwin jelah! Bercinta lepas kahwin indah apa? " sengih Jinyoung. Namun, Jeongyeon hanya mencebik.

" Saya tak nak. "

" Sebab awak dah ada pilihan sendiri? " tebak Jinyoung. Jeongyeon hanya mengangguk kecil.

" Saya nasihatkan, kalau dia sayang awak, dia akan kahwin dengan awak. Daripada menanti seseorang yang tak pasti, baik awak terima apa depan mata. " nasihat Jinyoung.

Jeongyeon memandang doktor yang berusia 26 tahun itu. Senyuman tawar diberikan.

" Kenapalah bukan doktor ni suami saya? " terluncur daripada mulut Jeongyeon. Segera gadis itu menepuk mulutnya. Kenapa gatal sangat ni?!

" Eh boleh je! Nanti saya pergi rumah eomma awak. " seloroh Jinyoung. Jeongyeon hanya menjeling.

" Haish doktor ni. Saya dahlah tengah runsing ni. Boleh pula berlawak. " cebik Jeongyeon. Jinyoung memandang wajah gadis dihadapannya.

" Percayalah. Pilihan ibu bapa yang terbaik. " kata Jinyoung sebelum menapak pergi. Jeongyeon mengeluh halus.

-------

" Kim Mingyu, ada pelawat! " jerit seorang polis. Mingyu mengangkat mukanya. Dah sebulan dia kat penjara ni. Menjalani hukuman penjara untuk 10 tahun. Diatas pelbagai kesalahan.

" Siapa encik? " tanya Mingyu. Dia mulai berubah sedikit demi sedikit. Tidak berkasar seperti dahulu. Dan lebih banyak tersenyum. Sesekali dia menangis mengingati perbuatannya pada Jeena. Namun, yang pergi tetap pergi.

Sebaik sahaja tiba di sel pelawat, matanya terbuntang luas. Sungguh dia tidak sangka. Air matanya menitis lagi. Pelawatnya ialah Jongin dan anaknya Minjee. Telefon diambil lantas dilekapkan ke telinga.

" Hai Jongin. " kata Mingyu dengan tangisan. Jongin tersenyum tawar.

" Hai boss. "

" Aku bukan boss kau lagi. "

" Saya tetap anggap boss ni boss saya. Hehe. Ni anak boss. Dia dah sebulan. " kata Jongin lantas menunjukkan Minjee kepada Mingyu melalui cermin. Air mata Mingyu mengalir lebih deras.

" Anak papa semakin sihat. " kata Mingyu. Dia memegang cermin. Matanya tak lepas memandang wajah anaknya yang nencecah sebulan itu. Masih nyenyak tidur.

" Aku minta maaf, Jongin. Aku minta maaf. " kata Mingyu. Dia menunduk. Malu dengan perbuatannya.

" Aku dah redha, boss. Jeena dah pergi, tapi dia tinggalkan Minjee untuk aku. Ini pun dah okay. Macam jaga Jeena masa kecik. " gelak Jongin. Mingyu hanya tersenyum tawar.

" Jaga anak aku baik-baik tau. Lagi 10 tahun, aku keluar penjara ni, aku pula jaga Minjee. " Mingyu tersengih. Jongin mengangguk.

" Betul tu! Time tu, aku pula nak relax. Nak kahwin, hehehe. Umur aku makin tua ni. "

" Taehyung macam mana? " soal Mingyu. Jongin hanya mengeluh.

" Wife dia... nak cerai. "

" Semua ni salah aku kan? "

" Taklah boss. Aku tahu Taehyung boleh pulihkan hubungan dia. "

" Kirim salam dia. " Jongin mengangguk.

" Baik boss. "

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now