Ada cerita yang dulu aku kenang,
Sekarang teringat lantas mataku bergenang,
Ini cuma bebenang,
Ceritaku diulang ,
Mohon hadam baca sambil ulang-ulang.
Ada yang terlintas sewaktu usia lima,
Main tepuk tepuk sambil pasang lagu raya,
Apa yang ku tahu hanyalah kata bahgia,
Pergi pagi pulang petang lumba naik basikal roda.
Kelas ibarat tempatku bercinta,
Kerana setiap cerita zahirnya bahagia,
Dari awal mengeja sampai akhir pandai baca,
Aku hadam butir-butir sambil pejamkan mata.
Belum puas aku bermain wayang,
Mama suruh siap ke kelas mengaji,
Sekarang sudah besar pandai pula ulang tayang,
Pusing sana sini main hati sampai jadi.
Aku ditanya besar mahu jadi apa,
Kukhabarkan anganku menjadi pemain bola,
Atur setiap rencana mahu jadi kaya raya,
Mahukan wang dan segalanya aku punya.
Namun kini ku sedari semua hanya mampu mimpi,
Jika awal mula tiada usaha berdikari,
Ada ruang belajar ku pergi bercinta,
Sekarang telan liur impian entah ke mana.
Dalam banyak rakaman cerita ,
Pasti yang mula seringkali menjelma,
Kalau mula cantik nanti tutup pasti baik,
Tapi tidak semua mula buruk akhirnya merana.
Lima,
Kalau mampu ulang aku pilih waktu ini,
Tiada hati mati dan juga disakiti,
Tiada masalah kerana tidak mampu fikir sendiri.
—•Nikfa (01/01/05).
YOU ARE READING
Trobek
PoetryMasih muda, Kerana aku segar dengan tulisan pena. Masih sama, masih beria. Kumpulan puisi throwback zaman belasan,silakan.
