T.W.E.L.V.E

169 26 4
                                    

seungyoun's pov

XXX RESTAURANT

Waiter tu datang dekat kitorang and ambil kitorang punya order. Agak lama juga lah ambil ordernya sebab ramai kan lepastu memasing lembap nau pilihnya

Selesai waiter tu ambil order, dia cau. Kitorang sambung berborak.

"Eh aku nak gi toilet jap", seungra bangun and dia terus pergi toilet. Tak lama lepastu dia keluar dari toilet, belum sempat aku nak bagi laluan dekat dia nak duduk tiba2

"Eh seungra? Seungra kan?", halah mamat mana lak ni tegur dia. Seungra pandang dia and seungra senyum ei sakit lak hati kita dia senyum cam tu dekat mamat tu

"Eh yuvin! Long time no see eh? Apa cite skang?"

"Macam ni lah aku, takde citer pun. Kau lak apa citer? Wah makin lawa eh sekarang", dia puji seungra and seungra tersenyum malu ei ngada betul pompuan ni aku lempang kang ha

Yang lain memang pandang aku je ni ha nak tengok reaksi aku lah tu, aku memang dari tadi pandang tempat lain huh nyampah

"Alah kau pun apa kurangnya, makin handsome", ei menyirapnya aku dengar dia puji mamat tu eii aku tak pernah pulak dia nak puji huh. Aku menyilangkan tangan aku di dada dan juga menyilangkan kaki aku.

"Eleh kau ni, jangan puji lelebih ha aku kembang nanti hahahaha"

"Alahai kau ni, puji sikit nak kembang aduhai", seungra gelak2 lagi dengan diaa eiii aku geram ni aku geram

"Hahahaha btw dah ada boyfriend ke weh? Kalau belum ha aku nak masuk line nih"

"Excuse me? I'm her boyfriend", ya aku menyampuk ha padan muka kau melepas. Seungra tercengang eh tak bukan dia sorang yang lain pun sama

"Alah aku melepas lah ni. Hahahaha takpelah nanti aku cari lain je lah eh. Btw korang sweetlah pakai matching2", thanks to you baju. Dia ingat aku betul2 boyfriend seungra hahahahahahhaha padan muka kau

Yuvin mengucapkan selamat tinggal dan berlalu pergi dari situ. Seungra duduk semula di tempatnya dan memukul lengan aku lagi sekali. Ish aku penat lah kena pukul dengan pompuan ni

"Kau kenapa hah? Ei kau tengok dia blah dah", seungra marah aku halah2

"Eh biarlah, kalau dia blah sekalipun asal? Kau nak sambung borak dengan dia dekat meja lain? Nak dating dengan dia? Macam tu?" ok jujur aku jealous huh

end seungyoun's pov

seungra's pov

"Eh biarlah, kalau dia blah sekalipun asal? Kau nak sambung borak dengan dia dekat meja lain? Nak dating dengan dia? Macam tu?", aik dia jealous ke?

Aku terus diam, aku tak tahu nak jawab apa. Yelah, aku tak expect pun dia bagi reaction cam tu. Aku lagi terkejut tadi dia mengaku yang dia tu boyfriend aku ish

"Ha diam pulak? Kau nak sangat dating dengan dia kan? Pergi sana kejar dia huh tak payah makan dekat sini", dia silangkan tangan dia di dada and dia pandang tempat lain. Halah aku nak buat apa ni? Takkan dia marah kot?

"Hyung ni apahal? Harini asyik nak emo je kerja, period ke apa?", dohyon mencelah dan kepalanya diketuk dengan chopstick oleh seungwoo

"Mulut kau jaga eh dohyon, hyung cili nanti baru tahu", seungwoo memberi amaran

Hm sumpah aku tak tahu nak buat apa so aku diam je and aku main jari jemari aku. Lepastu seungyoun pandang aku, tangannya masih tersilang kemas di dada

"Kau tak reti ke nak pujuk aku?", eh dia nak aku pujuk macam mana lagi halah apa salah aku buat pun aku tak tahu nak kena pujuk

Kalau macam kes pagi tadi yelah memang aku salah [kalau tak ingat scene mana sila rujuk chap sebelum ni ya sekian trimas]

"Aku buat apa sampai kau nak marah aku ha? Aku tak buat apa pun, ha aku yang sepatutnya marah kau sebab kau, yuvin blah awal2"

"Kau buat aku jealous", eh

"Omaigadddd"

"Krik krik krik krik"

"Oops"

"Wohoooo"

"Shiuuuuu"

Macam2 bunyi dah budak2 tu buat. Okay asal tetiba awkward ni? Dia betul2 jealous ke? Tapi kenapa dia nak jealous? Alahai time2 ni lah otak aku tak boleh nak berfungsi

Dia pun nampak macam terkejut. Maybe dia pun tak sangka tu yang keluar dari mulut dia. Sumpah lidah aku terkelu tak tahu nak cakap apa, yang lain pula buat macam takde pape huwaaa sumpah aku rasa aku nak bawak jieun pergi tempat lain nak meroyan dengan dia haih

"Abaikan je lah apa yang aku cakap tadi", wah senangnya kau suruh aku abaikan. Ibarat kau mainkan perasaan aku tau sekarang ni hm

"O..okay", pahal aku tetiba gagap ni ish sejak bila pula jadi gagap ni.

Thanks to abang waiter tadi, dia hantar makanan and budak2 ni punya eksaited lain macam. So takde lah krik krik macam tadi.

Aku hampir lupakan apa yang jadi tadi bila kitorang banyak gila gelak tadi. Dah habis makan, dorang ajak pergi tengok wayang. Aku tak minat sangat tengok wayang sebenarnya, nak nak lagi bila horror movie aduuu aku nak tolak tapi hm jieun pun tak back up aku so aku terpaksa tengok juga lah

Ha ha ha dorang memang kejam. Nak tahu kenapa? Dorang bagi aku duduk dekat hujung sekali and sebelah aku seungyoun. Shettul ei aku ni dah lah penakut.

Kitorang ambil tempat kitorang. Belum apa2 lagi aku dah takut dah haih redha je lah apa yang jadi karang•́  ‿ ,•̀

Aku taktahu citer ni tajuk apa sebab aku memang taknak ambil tahu. Start2 je dah terpampang rupa yang memang aku taknak tengok sampai mati. Aku terus peluk lengan seungyoun and aku tutup mata aku pakai tangan aku huwaa aku dah tak kesah dah orang nak cakap apa sekalipun

Seungyoun agak terkejut dengan tindakan aku secara tiba2 huh lantak kau lah nak terkejut yang penting sekarang ni aku takut. Aku tahu jieun dah gelak2 tengok aku ei kuajo punya jieun kau tunggu karang

end seungra's pov
.
.
.
.
.
.
TBC

Asal aku rasa cliche sangat chap ni alahai

[C] PENUMPANG || X1Where stories live. Discover now