jumpa aku di tingkat atas perpustakaan jam 2 petang’

- Stupid Playboy-

Seo Hyun hanya membalas ‘ok’.

“siapa?” tanya Seungri


“err kawan. Dia nak jumpa kejap lagi” balas Seo Hyun Mereka berbual panjang sehingga jam hampir menunjukkan pukul 2 petang. Tanpa membuang masa, seo Hyun meminta diri


“saya minta diri dulu Seungri, nak jumpa kawan. Nanti kita jumpa lagi ye” kata Seo Hyun sambil berdiri


“ok, jalan elok-elok” balas Seungri sambil melambai tangan


****

“mana pula dia ni, kata tingkat atas, takde pun. Call bukan nak angkat. Hishh. Baik buang jelah telefon tu!” ucap Seo Hyun perlahan selepas tak jumpa-jumpa mencari kelibat Jimin. Selepas 5 minit mencari, dia ternampak Jimin sedang berbual mesra dengan perempuan. Patutlah tak angkat phone.Tanpa membuang masa dia menuju ke arah Jimin


“awak pergi dulu ye, malam ni saya call awak ea?” kata Jimin sambil mengenyit mata ke arah perempuan itu.


“ ok sayang” balas perempuan itu sambil berlalu

“apa hal kau nak jumpa aku ni?” tanya Seo Hyun sambil duduk.


“fikirkan rancangan nak batalkan perkahwinan tu la. Semua rancangan kita buat tak jadi” ucap Jimin


“aku pun dah pening. Nampaknya diorang memang nekad nak jodohkan kita. Kenapa la aku kena kahwin dengan playboy macam kau” balas Seo Hyun sambil memegang kepala


“sedap mulut kau mengata aku” ucap Jimin sambil memandang Seo Hyun


“dah memang betul pun kan?” ujar Seo Hyun sambil menjeling sinis


"yang kau tak puas hati sangat dengan aku kenapa? Kau masih marahkan aku pasal kawan kau tu ke? atau kau masih tak puas hati sebab aku kalahkan kau dalam pertandingan catur dulu?" soal Jimin sambil memandang Seo Hyun dengan tajam. Ada saja kata-kata Seo Hyun yang menyakitkan hatinya

********(FLASHBACK)*****

Ketika itu sedang berlangsung pertandingan akhir Catur Peringkat Antarabangsa. Seo Hyun mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Lawan di hadapanya begitu sukar untuk dikalahkan, habis semua taktik dan strategi sudah digunakan namun lawanya sukar untuk ditewaskan


"your turn" bisik lawanya. Dengan ragu-ragu Seo Hyun menggerakan buah caturnya.

"you already make a big mistake Miss... Kalau tak pandai main, balik rumah jelah" balas Jimin sambil menendang buah catur Seo Hyun menggunakan buah catur miliknya

********(ENDFLASHBACK)******

"dah la. Aku malas nak bertekak dengan kau. Nanti kalau Prof Kim nampak tak fasal-fasal kena kaunseling lagi" ujar Seo Hyun. Ikutkan hati malas dia nak berjumpa Jimin, disebabkan terpaksa, dia ikutkan juga


“macam ni jelah, apa kita proceed dengan plan haritu. Kau dah minta tolong dia?” tanya Jimin

”dah. Tapi aku rasa bersalah nak buat" balas Seo Hyun

“tak payah rasa bersalah sangat. Kita buat ni bersebab” ujar Jimin

******

Seo Hyun dan Seung Ri berjalan beriringan menuju ke rumah Seo Hyun. Kelihatan Eommanya sedang sibuk membaca surat khabar

"Eomma, Seo Hyun nak kenalkan Eomma dengan seseorang. Dia orang istimewa di hati Seo Hyun" ucap Seo Hyun sambil mempersilakan Seung Ri duduk

"Apa khabar Aunty?" soal Seung Ri sambil menguntum senyuman lebar


"baik" balas Puan Shinri.


"awak berbual dululah. Saya nak ke dapur kejap" ucap Seo Hyun. Seung Ri hanya mengangguk

"kamu betul-betul sukakan anak saya ke?" soal Puan Shinri


"betul Aunty, saya memang sukakan Seo Hyun. Lagipun saya lama kenal dengan dia" terang Seung Ri. Setelah satu jam mereka berbual-bual, Seung Ri meminta diri untuk pulang.


"apa pendapat Eomma tentang Seung Ri?" soal Seo Hyun

"dia baik. Eomma pun nampak yang dia betul-betul sukakan kamu" balas Eommanya.

"tolonglah Eomma, Seo Hyun sukakan Seung Ri, bukanya Jimin. Jimin tu jahat, Seo Hyun tak suka dia. Eomma tak nak tengok anak Eomma ni bahagia ke?" ucap Seo Hyun . Dah bermacam-macam cara dia cuba untuk menghalang rancangan Eommanya, sampaikan dia suruh SeungRi menyamar menjadi boyfreidnya

"kamu bohong" balas Eommanya. Seo Hyun tersentak dengan kata-kata Eommanya

"apa yang bohongnya?" balas Seo Hyun

"memang dia sukakan kamu, tapi masalahnya kamu tak sukakan dia. Eomma boleh nampak dari cara kamu pandang dia. Ni mesti lakonan kamu kan?" balas Eommanya. Seo Hyun hanya diam membisu

"keputusan Eomma muktamad. Kalau kamu masih anggap Eomma ni Eomma kamu, tolong ikut arahan Eomma" balas Puan Shinri sambil meninggalkan Seo Hyun keseorangan.


"patut ke aku mengalah?" bisik Seo Hyun



Agaknya diorang akan mengalah or sticking with their desicion  not to make that marriage happen?

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now