Ini cerita siput dan ........
.
.
Suatu hari balai polis menerima panggilan, ada kes ragut di kawasan berhampiran.. tunggu punya tunggu, mangsa ragut ambil masa yang lama untuk datang ke balai.. Inspector Lelabah pun pergi ke tempat kejadian.. Kelihatan mangsa masih bergerak menuju ke balai..
.
.
"Hai, awak adalah mangsa ragutkan?"
"yer, saya!" jawab Cik Put.. Cik Put menyambung lagi..
"Hal malang saya dah berlaku 1jam yang lalu..Maafkan saya sebab ambil masa yang lama nak ke balai" muka Cik Put nampak letih, tak pasti letih sebab berlari atau sebab letih menagis..perempuan kan.. eh,salah.. betina..
.
.
jawab En inspector..
"Tak pe la, saya faham.. kaki saya ada 8.. Cik Put berjalan guna awan.. apa yang saya boleh harapkan nanti Cik Put sapu balik air-air ni.. takut ada haiwan-haiwan yang tergelincir"
.
.
Jangan lupa kita ada kes ragut disini..
.
.
inspector Lelabah pun bertanya..
"Cik, apa barang berharga yang telah diragut tu?"
Dengan mata berair.. Cik Put pun jawab..
"Saya tengah makan lobak putih, lobak tu telah diragut bukan tu jer.. hati saya juga telah diragut"
.
.
inspector Lelabah tak sangka ia adalah kes besar..
"Cik Put, cik tak bagi tau dalam panggilan tadi ia melibatkan 2 kes.. izinkan saya selesai kan kes pertama dulu.. iaitu kes ragut lobak, kes yang ragut hati saya terpaksa libatkan team forensik"
.
.
Dengan berat hati, Cik Put pun bersetuju.. Cik Put pun menceritakan hal yang berlaku..
" Saya tak pasti ia berlaku pukul berapa.. saya tak mampu beli jam tangan yang ke-1991.. pasti akan tercicir..oleh itu, saya putuskan tidak beli jam lagi.. point nya, kejadian berlaku ketika saya tak tahu pukul berapa.. ketika itu, saya sedang makan seorang diri.. tiba-tiba, saya sedar lobak yang saya makan sudah tiada.. ia berlaku dengan sangat pantas.. mengenangkan nya buat saya sedih." Cik Put meneruskan tangisan nya..
.
.
"Ada tak saksi?" Tanya inspector.. "Eh lupa, makan sorang diri kan.. emm.. susah ni.. urmm.. Cik Put, ada suu zon mana-mana creatures tak.. atau syak rakan-rakan terdekat ker?"
.
.
"Saya rasa Cik Arnabun, dia adalah creature terpantas kat sini"
.
.
Yer, si arnab yang sangat disyaki..
.
.
Terdengar suara jauh..
"Haaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiii...."
Adakah suara itu menyapa hai.. yer betul, kelihatan si sloth di situ.. sekarang kita dah ada saksi..
.
.
inspector pun menyapa.."Hai, S"
(yer, nama nya 1 huruf. Kalau namanya lebih dari 1 huruf bayangkan berapa lama sesi interview dia untuk join watak dalam wattpad ni.. p/s: hai, saya penulis)
.
.
"En S, kalau En S ada di situ sepanjang kejadian.. En S, sila beri nama si pelaku.. beri nama sahaja tanpa panggilan dan elaboration.. sebab saya perlu selesaikan kes pertama ni pada hari ini.. saya tak mahu ot hari ni" inspector bertanya dan mengharapkan si pelaku juga mempunyai nama 1 huruf juga..
.
.
"Kuuuuuuuu...."
inspector cuba meneka dalam hati, adakah si kura-kura.. atau si kumbang.. atau ku itu adalah aku, En S..
Tapi kelihatan seperti En S, ingin menyambung lagi..
"Raaaaaa...."
inspector mencelah..
"Tak perlu menyambung lagi En S, saya tahu siapa.. En S nak sebut En Kura-Kuraku kan.. kalau betul, En S pejamkan mata."
Melihat En S sedang berusaha pejamkan mata, nampak nya betul lah.. En kura-kuraku yang terlibat... dan ini mengukuhkan lagi andaian yang si perlakunya kes yang pertama ada lah creature yang sama dengan pelaku kes yang kedua..
Enggang sama enggang, pipit sama pipit..
Sesuai la Cik Put dan En Kura-kuraku.. saja la tu, En kura-kuraku nak ambil perhatian..
~Kes Close~
YOU ARE READING
Cik Put
Short StoryIni cerita yang berlaku dengan sangat pantas .... . . Suatu hari balai polis menerima panggilan, ada kes ragut di kawasan berhampiran.. tunggu punya tunggu, mangsa ragut ambil masa yang lama untuk datang ke balai.. Inspector Lelabah pun pergi ke tem...
