basketball

10 0 0
                                        

Author POV

"Eh tak adil. Takda takda satu round lagi. Mana bole aku je yang kena" rungut Jungkook kepada 2 lagi kawannya

"Okay last round. Kalau kau kena lagi aku taktaulah" Jimin menjeling Jungkook tapi tetap memberikan peluang kepada Jungkook.

"Truth or dare,truth or dare,truth or dare,truth!"
nyanyi tiga sekawan itu sambil tangan di hentakkan diatas meja untuk menentukan si kalah.

"Huhu aku benasib baik kali ni HAHAHA" Jerit Jungkook setelah menyedari bahawa bukannya dirinya yang malang kali ini.

"Okay Tae,sekarang kau dengan Jimin lagi" sambungnya.

"Kai Bai Bo" satu tunjuk Kai, satu lagi tunjuk Bo.

"YEAY HAHAHA TAE KALAH HAHAHA" jerit dan tawa bergema di dalam bilik itu. Jungkook dan Jimin menari nari bagaikan orang gila kerana Tae yang tak pernah kalah akhirnya tewas juga.

"Okay okay,mari kita teruskan permainan. Kim Taehyung, truth or dare?" soal Jimin.

"Hek eleh,bukan lelakilah kalau pilih truth. Aku pilih dare!" Taehyung dengan muka confident dia pegi pilih dare.

"Macam ni lah Tae,kau dengan aku bukan baru jumpa semalam. Kita kenal satu sama lain lebih 10 tahun dah" kata Jimin sambil menepuk nepuk bahu Taehyung.

"Alah kau cepatlah. Lambat betul. Cakap je lah bukan susah pun kan halamak" Tae yang sudah tidak sabar memukul kuat bahu Jimin.

"Ish tidak ada perikemanusiaan dan perikesabaran betul! Ha ni dare dia. Kau kenal kan adik aku si Hana tu? Kau fahamlahkan hidup dia single pringle triangle. So aku nak kau try dapat kan dia dalam masa 25 hari. Kau mesti couple dengan dia,hari ke 26 kau break terus dengan dia" jelas Jimin yang mana membuatkan Jungkook dan Taehyung ternganga.

"Eh kau tak rasa dare kau ni kejam ke Jimin? Weih ini melibatkan hati dan perasaan" tanya Jungkook ke Jimin.

"Ha'alah Jimin,dahlah Naeun tu kuat cemburu. Kang dia minta break dengan aku boleh membawa maut kau tau?" rungut Tae.

"Alah tak kejam sangat pun untuk Hana. Siapa suruh dia bagitau mak aku yang aku pecahkan pasu bunga kesayangan mak. Terus mak aku tak jadi belikan aku kereta kau tau?"

"Alah Tae kalau antara kau dengan Naeun tu kau voice recordlah lepastu kau send dekat dia. Kan senang. Nanti aku ulang balik apa yang aku cakap. Ha kau tinggal send je nanti" sambung Jimin lagi.

Taehyung yang mendengar jelasan Jimin mengangguk setuju. Takpa Tae, 25 hari je tak lama pun hm.

• • • • • • • •
Hana POV

Hari ni aku pegi sekolah awal sebab aku tak ikut kereta Jimin oppa. Kalau aku ikut dia haih aku jamin aku akan lambat. Dengan dia lagi yang nak jemput girlfriend dia. Dahlah perfume girlfriend dia tu menusuk sehingga ke rongga hidung aku yang mancung ni. Haih.

Aku pergi ke kawasan padang. Aku duduk dekat kerusi yang disediakan. Tengah aku enjoy dengar lagu sambil minum susu strawberry , boleh pula satu makhluk ni pergi baling bola sampai terkena kepala aku.

"Woi siapa yang tak reti main basketball ni tapi nak main juga? Engkau kalau tak pandai main tak payahlah gatal tangan. Ni kena kepala aku lagi. Menyusahkan hidup betullah" kepala yang sakit aku sentuh. Fuih sakitnya bukan gurauan.

"Aku yang main. Tapi bola tu gatal nak terlepas dari tangan" kata seseorang yang aku tak tahu sebab aku tengah membelakangi dia.

"Salah kan bola. Tu lah zaman sekarang ni bila dah salah terus nak salahkan orang lain. Meh sini aku ajar kau cara main yang betul. Ni noob mengalahi abang aku ish ish" aku mengambil bola yang ada dekat dengan kakiku. Ketika memusingkan badan,mak aih. Penghujung nyawa ke ni ya tuhan. Kenapa dia.

"Hah sinilah ajar aku main. Dengar cara kau becakap macam pro" Taehyung jalan ke arah aku lalu merampas bola dari tanganku.

"Hek eleh kau kaptenkan. Buat apa aku nak ajar kau? Tapi tak sangkah kau ni boleh tahan noob juga sampai terlepas bola ni huh" baru sahaja aku ingin jalan tangan aku ditahan oleh makhluk ini.

"Jom kita lawan. Aku nak one by one. Captain lelaki vs captain perempuan" katanya. Ingat aku takut. Setakat one by one apalah sangat.

Aku setuju dan bergegas ke changing room. Buat apa? Pakai seluarlah kau gila aku nak melompat pakai skirt. Kang terselak huuuu jatuh maruah aku.

Setelah pakai seluar aku terus ke gelanggang. Yang tiber ramai orang ni apasal? Aku tau aku hebat tapi para fans tolong yer takpayalah sampai macam ni sekali.

Sampai tengah gelanggang. Ada Jimin dengan Jungkook berdiri sebelah Taehyung.

"Eh apa ni mana acii. Kata one by one tadi. Ni sampai 3 orang ni apasal?" Aku tanya Taehyung.

"Eh,mesti ada backup. Mana boleh main macam tu je. Cuma yang boleh score cuma kau atau aku. Anda faham?" jelasnya kepada aku.

Aku tengok sekeliling. Mencari anak buah aku yang boleh diharapkan. Aku memanggil mereka tapi semua menggeleng. Huh penakut. Semua sekali aku buang dari team. Apalah.

"Alamak. Hana kita takda backuplah. Menyerah kalah je lah Hana. HAHAHA" ketawa Taehyung kedengaran. Abang aku dengan Jungkook pun ketawa. Huh kurang ajar betul ni.

"Eh aku tak macam kau nak harap backup. Kata one by one tapi ungkir janji. Takpa lawan tetap lawan" jelasku lalu merampas bola dari tangannya.

Tapi nasib aku jugalah lawan dorang ni. Semua tinggi belaka. Meskipun orang selalu cakap Jimin ni pendek,tapi dimataku dia tinggi weih. Aku 165cm je lah.

Disebabkan aku sendiri. So,dorang bagi aku peluang untuk shoot dulu. Hoho shoot jauh aku buat dan teng teng teng masuk! Para fans saya pun memberikan sorakkan. Kau ada? Takdakan.

Aku menjeling ke arah Taehyung. Dia dengan muka (-_-)-nya hanya mengambil bola yang terpelantun tu. Aku cuba juga nak rampas bola dari dorang tapi kau faham tak 3 lawan 1 ni payah dia macam mana. Dan akhirnya dia pun dapat jaringkan bola tu. 1-1 lah jawabnya.

Perlawanan berterusan. Kejap aku yang jaringkan,kejap Taehyung yang jaringkan. Jimin dengan Jungkook dah keluar dari gelanggang dah sebab penat. Jadi tinggal aku dengan Tae.

Kring..kring..kring

Lonceng sudah berbunyi,perlawanan berakhir dengan Tae sebagai pemenang.

"Kau kalah,sebagai denda. Kau mesti ada dengan aku selama 25 hari"

Kata kata Tae membuat aku tak puas hati. Tapi denda tetap denda. Huh,habislah aku...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

D.A.R.E (K.T.H)Where stories live. Discover now