~25~

914 94 3
                                    

Hayoung bomb cafe

Aku singgah ke cafe Hayoung selepas balik dari sekolah.

Lama dah aku tak datang ke cafe dia disebabkan si Hyunjae tu selalu singgah kat cafe Hayoung.

Aku harap hari ni dia tak datang lah.

"Hayoung macam biasa" kataku lalu duduk di tempat biasa.

Aku keluarkan telefon aku dari beg tangan aku.

Aku membuka youtube dan buka video gimnastik beriraman.

Tuan Lee suruh aku ajar budak gimnastik nanti. Jadi aku tengoklah video gimnastik itu untuk mengimbas semula memandangkan aku dah lama tak menari.

Semasa aku tengah khusyuk tengok video tu, tiba-tiba...

"Tengok video gimnastik?" Soal seseorang di tepi aku.

Suaranya betul-betul berada di sebelah telinga kiri aku.

Terhincut bahu aku dek terkejut dengan teguran itu.

Aku menoleh ke arahnya.

Hyunjae melemparkan senyuman pada aku dengan jarak dekat.

Sejujurnya, aku rasa...

Berdebar-debar...💓

Dia duduk berhadapan dengan aku.

"Hayoung, aku nak macam biasa" katanya pada Hayoung.

"Nae..."

Hyunjae kembali memandang aku.

"Awak masih tengok video tu?" Soalnya.

Aku menganggukan kepala aku sambil melihat video itu.

"Nah air korang" Hayoung datang menghidang air yang dipasan tadi lalu duduk di sebelah aku.

"Korang macam mana dekat sekolah? Okey?"

"Okey je" jawab aku dan Hyunjae serentak.

Kami saling pandang antara satu sama lain kerana terkejut.

Hayoung yang berada di sebelah aku sudah tersenyum-senyum.

---

"Alamak...hujanlah...macam mana aku nak balik ni...aku tak bawak payung..." runguku sambil memandang hujan di luar cafe Hayoung.

"Aku ada payung" kata Hayoung sambil menghulur payung warna biru kepada aku.

"Kau nak balik nanti macam mana?"

"Aku ada lagi satu payung." Katanya.

"Ouh. Okey. Kalau macam tu aku balik dululah. Aku ada banyak lagi kertas yang belum tanda." Kataku lalu buka payung itu.

Apabila aku sudah berada di dalam kereta aku, aku teringatkan sesuatu.

Hyunjae.

Hyunjae naik motor jadi macam mana dia nak balik?

Walaupun aku tak suka dan benci dia, aku masih ada sifat kesian pada seseorang.

Aku kembali keluar dari kereta dan masuk ke dalam cafe Hayoung.

"Eh? Kenapa datang sini semula? Ada barang tertinggal ke?" Soal Hayoung hairan.

"Tak ada apa, cuma..." aku memandang Hyunjae.

"Hyu-Hyunjae, awak.... nak naik saya tak? Kalau awak nak tunggu hujan berhenti, saya rasa sampai esok pagi tak berhenti sebab lebat sangat hujannya" soalku padanya.

Sebenarnya aku rasa sangat malu nak pelawa dia tumpang aku.

Hyunjae pandang aku tidak percaya.

Hayoung pula sudah tersenyum-senyum sambil menolak-nolak bahu Hyunjae.

"Pergilah Hyunjae. Orang dah pelawa tu" kata Hayoung yang terlebih teruja.

Hyunjae tersenyum kecil.

---

🌦

Jam telah menunjuk pukul 6 pagi, tapi hujan masih tidak henti-henti.

Aku kena siap cepat sebab aku kena ambil dia memandangkan motor dia dekat cafe Hayoung.

---

Pin! Pin!

Aku tekan hon sebaik sahaja sampai di depan rumah Hyunjae.

Hyunjae keluar bersama payungnya.

"Haesoo, biar saya drive" katanya.

Aku okey je.
Tak payah aku nak drive.

Aku beralih ke tempat duduk di sebelah.

Hyunjae masuk ke tempat pemandu.

"Hujan masih tak berhenti jadi, Kita terus pergi ke sekolah je. Kita ambil motor awak selepas balik dari sekolah." Kataku sambil membetulkan lipstik aku yang comot.

Hyunjae bantu mengelapkan lipstik yang comot di bibirku.

Sentuhan itu membuatkan jantung aku berdegup dengan kencang.

Aku tak mampu nak memandangnya.

"Okey. Awak dah cantik" pujinya.

Terbutang mataku mendengar pujiannya.

Adakah ini cara dia untuk memulihkan hati aku?







TBC

CRUSH ON YOU|| Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now