~01~

2K 120 3
                                    

Aku merenung ke arah pintu kelas menanti kedatangan seseorang.

Dia ialah Crush aku.

Aku menongkat daguku dengan tanganku.

"Dia tak datang ke?" Gumamku sedih.

Rindu...

"Siapa yang tak datang lagi?"

"Yah!!! Terkejut aku!" Terhincut bahuku kerana terkejut.

Siapa je yang tak terkejut kalau tiba-tiba ada orang muncul depan aku.

"Hahaha! Kelakarlah kau ni. Itu pun terkejut." kata Hayoung.

Aku menjelingnya.

"Kau tunggu siapa?" Soal Hayoung.

"Tak ada siapa" balasku.

"Ye ke?"

"Nae."

Tidak lama itu, si dia datang.

Aku tersenyum gembira.

Aku cepat-cepat alihkan pandangan aku ke arah lain apabila mata kami bertentangan.

Aku menoleh ke arah Hayoung.

"Argh!" Sekali lagi aku terkejut disebabkan Hayoung.

Terkejut aku tengok dia tenung aku dari sebelah.

Hantu mana yang dah rasuk kawan aku ni?!

Menakutkan betullah!

"Kau..." Hayoung tersenyum sinis memandang aku.

Aku gelabah.

Dia perasan ke?

"Hayoung!" Panggil Hyunjae.

Yes!

Crush, kaulah penyelamat aku.

Kali ni Hayoung menoleh ke arah Hyunjae yang berjalan ke arahnya.

"Semalam kau pergi makan ice cream tak ajak aku pun." Kata Hyunjae dengan wajah yang merajok.

Alolololo...comelnya dia...

"Ala..sorrylah. aku pergi last-last minute."

Sekejap.

Semalam Hayoung pergi makan ice cream?

Tak ajak aku pun!!!

"Sampai hati kau tak ajak aku.." celahku.

"Ha! Tengok. Kawan baik sendiri pun tak ajak. Sampai hati kau. Kan Haesoo" kata Hyunjae sambil memandang aku.

Dia menyebelahi akulah...

Hehe.

Nak jerit dalam hati sekejap.

"Ala...sorrylah korang....nanti kalau aku pergi, aku ajaklah korang." Kata Hayoung yang rasa bersalah.

"Okey. Aku tunggu. Kalau kau tak ajak kitaorang lagi, kitaorang pancung kepala kau." Hyunjae sempat buat isyarat kerat kepala kepada Hayoung.

Comel betullah crush aku seorang ni.



💐💐



Malam ni, Hayoung tidur dekat rumah aku.

Yeay!

Dia selalu juga tidur dekat rumah aku ni.

Omma dia dah kenal sangat dengan keluarga aku.

Jadi, Omma dia tidak kisah kalau Hayoung nak tidur rumah aku.

CRUSH ON YOU|| Hyunjae TBZTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon