MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN

Start from the beginning
                                    

Pelajar DSB pula berkumpul di pusat Pertahanan Awam. Sejuta ringgit dalam satu beg bimbit ditunjukkan.

"Baiklah, seperti yang dijanjikan."

Mereka yang melihat terkejut sakan melihat jumlah duit itu.

Namun, segelintir duit tersebut diberikan sebagai yuran pengajian yang menawar mereka, ganti rugi atas sebarang kerosakan, dan tidak lupa juga menderma kepada rumah anak yatim.

"Satu juta!!" Tok Salleh dan Huda Inani terkejut beruk.

Dan bakinya dipulangkan semula kepada Pertahanan Awam sebagai sokongan selama ini.

Bulan sabit kian memecah menjadi cebisan halus.

***

Carta jalan cerita Arif Hakimi:
Ustazah Kpop (Oktober 2017)

Hipsteria (Mac 2018)

Hipsteria 2 (April 2018)

Ustazah Kpop (Julai 2018)

Tundukkan Tiga Tuxedo
(September 2018~2019)

***
11 tahun kemudian (2019)

Bulan semakin menghilang di angkasa. Dari bawah pokok, Danial Nabil duduk bersantai sambil memerhatikan isterinya, Niratcha bermain dengan Arasy Rayyan, anak keduanya. Aminah Safawiyah, anak sulungnya hanya tidur beralaskan paha bapanya.

"Hei, Danial," sapa Arif Hakimi mendekati lelaki itu.

Danial Nabil memandang lelaki yang dikenalinya. "Hei."

Arif Hakimi duduk di sebelah Danial Nabil. Luthman Harith berjalan bersama ibunya, Nurul Fadzelin yang sarat berbadan dua ke taman permainan.

"Apa cerita tentang anak murid kau?" kata Arif Hakimi sambil memerhati isterinya.

Danial Nabil mengeluh. "Manalah aku tahu. Semua orang ada jalan masing-masing."

"Setakat ni, aku nampak seorang je."

Danial Nabil memandang bekas pelajar Farid Sattar itu.

"Tak sangka Tengku Iskandar tu polis undercover. Sekarang, dia jadi apa entahlah," kata Arif Hakimi lalu menghisap rokok.

Danial Nabil tertawa. "Dia cuma guna gelaran 'Tengku' untuk penyamaran, macam cikgu dia ajar dulu. Sekarang, dia dah tukar kerja."

Arif Hakimi menghembus asap rokok ke udara. "Kerja apa pula?"

"Abang!" jerit Nurul Fadzelin.

Teriakan itu menarik pandangan mereka. Niratcha membimbing Nurul Fadzelin yang senak badan.

"Dah nak keluar ni!" ujar Nurul Fadzelin cuba bertahan.

Arif Hakimi terkejut lantas mendekati isterinya. Dia membimbing wanita itu ke keretanya. Niratcha memandang suaminya yang tersayang.

"Baby Danny tak nak ikut diorang ke?" kata Niratcha mengerdipkan matanya.

Danial Nabil membalas senyuman. "Dah tentu."

Crossover ditemui:
Hipsteria is Coming Back bermula

Sementara mereka bergegas ke hospital, Farah Yasmine berdiri di hadapan kelas lamanya. Dia terdengar bunyi tapak kaki berjalan lalu menoleh ke belakang. Segelintir pelajar DSB berhimpun ke kelas.

"Hai, cik polis. Lama tak jumpa!" sapa Immanuel.

Farah Yasmine tertawa hambar. "Mana adalah."

"Okey, jom bersihkan kampus ni," ajak Ilman Faiz bersemangat.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now