MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI

Start from the beginning
                                    

"Niratcha tak nak ikut serta sekali ke? Bokeh tambah duit poket kamu tu," pelawa Cikgu Wan berlembut.

Niratcha menggeleng. "Tak apa. Saya boleh cari duit poket sendiri. Lagipun, semua ni antara kau dengan budak-budak tu."

"Encik Danial? Ada sebarang ucapan?"

"Hanya dua perkataan... Selamat tinggal," ucap Danial Nabil dengan senyuman tawar.

Cikgu Wan menghela nafas lega. Dia memandang langit malam. Hanya 30 minit berbaki sebelum satelit melancarkan serangan.

"Tahun yang bahagia, bukan? Sampai masanya bertukar muram," kata Cikgu Wan.

"Sebagai hari terakhir, cikgu nak ambil kehadiran. Sesiapa yang respons, boleh bunuh cikgu. Okey?"

Situasi menjadi muram sekali.

"Erfan Shafiq," kata Cikgu Wan, perlahan.

"Sini," balas Erfan Shafiq.

"Zafina Shahirah."

"Dekat sini." Zafina Shahirah tersenyum manis dalam paksaan.

"Farah Yasmine."

"Ya," balas Farah Yasmine yang memegang kepala Cikgu Wan.

"Nur Amira."

"Ya..." Awal-awal lagi Amira menangis sudah menangis, cuba menahan sebak.

"Khairi Ihsan."

"Ya." Khairil Ihsan kekal mendingin tanpa reaksi.

"Nur Hasbi."

"Sini," balas Hasbi dengan senyuman tawar.

"Siti Sarah."

"Sini!" jerit Siti Sarah menundukkan kepalanya.

"Adil Azudin."

"Ya," balas Adil menahan air mata.

"Najwa Mufida."

"Hmm..." gumam Najwa Mufida tanpa reaksi.

"Fatin Shahirah."

"Ya." Fatin Shahirah hanya mengeluh kecil, cari ketabahan.

"Hanif Yusuf."

"Sini." Hanif mengesat hidungnya.

"Immanuel Gunaraj."

"Saya," balas Immanuel berwajah kosong.

"Puteri Atikah."

"Sini," balas Puteri Atikah turut berwajah kosong.

"Ilman Faiz."

"Sini," balas Ilman Faiz, perlahan.

"Alif Al Najmi."

"Ya." Alif Najmi mendingin, tanpa reaksi.

"Sharanya."

"Sini, cikgu," balas Sharanya, lembut.

"Robot Unlimited Bullet Yokohama -- Ruby."

"Sini," balas Ruby dari dalam telefon di atas dada Cikgu Wan.

"Siti Zulaikha."

"Ya, saya," balas Siti Zulaikha mendingin.

"Raviendra."

"Saya!" kata Raviendra, lantang.

"Iskandar."

"Saya." Perlahan turut kata Iskandar.

"Ahmad Zulfadlie."

"Yo!" balas Zulfadlie menahan geram dan kecewa.

"Silvaprea."

"Sini," balas Silvaprea dengan senyuman mesra.

"Fauzi."

"Sini." Fauzi memperbetulkan cermin matanya.

"Farah Wahida."

"Ya, saya," balas Farah Wahida, perlahan.

"Lee Hui Cheng."

"Sini, cikgu." Cheng mengesat air matanya.

"Nurul Wahida."

"Sini," balas Wahida bersama senyuman kecil.

"Syamil."

"Ya, saya." Syamil membalas sambil berpaling muka.

"Zulhilmi."

"Sini," balas Zulhilmi, pelajar terakhir dalam senarai.

Cikgu Wan kekal demgan senyumannya. "Cikgu rasa gembira dapat dibunuh oleh kamu semua. Berbahagialah kamu."

Sudah tiba masanya. Tangan Iskandar menggeletar memegang pisau anti-Cikgu. Saraf otaknya membayangi sesuatu perasaan yang sukar ditafsir.

"Arghh!!" Iskandar mengangkat pisau ke langit dengan teriakan.

Tenang, seutas bulu menyentuh nadi Iskandar. Remaja itu terpinga-pinga.

"Jangan bunuh cikgu macam tu. Senyum," pesan Cikgu Wan dari tadi senyum.

Iskandar hilang kata. Dia cuba menahan sebak. Mereka yang lain sudah faham isi hatinya. Siapa sanggup bunuh seseorang yang tersayang hanya dengan senyuman?

Sebaik tangisan reda, Iskandar tersenyum tenang biarpun keadaan memaksa.

"Selamat tinggal, Cikgu Wan," ucapnya.

"Ya," balas Cikgu Wan, ceria selalu.

Perlahan-lahan menusuk jantung harimau itu menembusi tali leher.

"Tahniah, sebab lulus SPM."

Itulah ungkapan terakhir buat insan tersayang sebelum dia lesap bagaikan kelip-kelip yang berterbangan ke udara. Apa yang ada hanyalah pakaian seragam Cikgu Wan.

Air mata menitis ke pakaian bekas guru itu. Suara tangisan menyusul. Bukan Iskandar sahaja, mereka yang lain turut menangis. Mereka yang hati keras turut menangis, termasuk Alif Najmi yang pertama kali menangis. Niratcha yang hanya memerhati dari jauh, turut menangis. Danial Nabil mengeluh kecil, cuba menahan air mata.

Malam itu, air mata mengalir semahu yang mereka mahu di dalam kelas sehingga bertukar buaian tidur.

***

Esok paginya, Iskandar mencelikkan matanya. Apa yang di depan matanya hanyalah dua buah; sebuah diari kelas dan sebuah buku panduan untuk setiap orang.

Sebaik menyelak satu per satu muka surat, kepala mereka masing-masing mula berserabut dek panduan yang terlalu terperinci, bagaikan Cikgu Wan membebel di sebelah telinga.

Iskandar berdiri lalu memandang keluar tingkap. Kelihatan sekuntum bunga raya mekar, memulakan hidup baru.

#vote

Kelas DSBWhere stories live. Discover now