Segera, bas dilayang ke udara. Habis semua menjerit dengan aksi guru mereka itu..

***

Malamnya, Cikgu Wan masih di bilik guru, sedang asyik menyunting diari kelasnya.

"Kau tak ke mana-mana lepas ni?" soal Danial Nabil inginkan kepastian.

"Taklah. Saya duduk sini sampai semuanya selesai, termasuk novel romance-thriller antara dua guru sadistik ini," balas Cikgu Wan beserta usikan.

"Apa? Dah la. Aku balik dulu." Danial Nabil terus bergerak ke pintu bilik guru.

Namun, langkahnya terhenti, menghairankan harimau itu.

"Kalau boleh, letak tajuk Darah atas Pasir," pinta Danial Nabil enggan memandang harimau itu.

"Hmm... menarik," balas Cikgu Wan tertarik.

Danial Nabil bergerak keluar dari bilik guru lalu berjalan ke laman kelas. Sebaik sudah jauh dari kelas, dia menghubungi Kementerian Pertahanan.

"Laporan?" soal seorang anggota Kementerian Pertahanan Awam.

"Dia dalam bangunan dan takkan ke mana-mana lagi," lapor Danial Nabil tanpa berpatah balik lagi.

"Berita terima."

Hanya dengan satu butang dari Pusat Kementerian Pertahanan, satelit di angkasa lepas terus melancarkan sinaran besar ke kelas kayu itu.

Segalanya bagaikan tiada apa yang berlaku. Dron yang melayang di udara, mengawasi bangunan tersebut. Tiada jejak tapak kaki yang keluar dari bangunan tersebut. Apa yang mereka temui ialah sebuah tangkap yang pecah. Barangkali Cikgu Wan sempat keluar menerusi tingkap sebelum tembakan itu mengena bangunan itu.

"Tak mungkin! Dia boleh terlepas!" kata anggota Kementerian Pertahanan itu.

"Kita guna plan B," arah Ketua Kementerian Pertahanan.

Serangan dibuat lagi. Kali ini, enam laser dilancarkan mengelilingi kelas itu, menjadikan sebuah kurungan besar mengepung kawasan tersebut. Para anggota Kementerian Pertahanan bergerak ke kawasan kejadian bagi menutup pintu keluar masuk ke lokasi itu.

Dari jauh, pelajar DSB melihat semisfera yang besar di atas bukit, di kelas mereka.

"Iskandar!" seru Farah Yasmine menghampiri rakannya itu.

"Korang berdua!" ujar Zulhilmi pula berlari ke arah mereka.

Mereka yang lain turut muncul.

"Apa dah jadi ni?" soal Amira kebingungan.

Zulfadlie mendekati anggota Pertahanan Awam yang berkawal di pintu masuk. "Hoi! Apasal korang tutup jalan ke kelas kami ni, hah?"

"Tolong berundur! Sini sudah jadi sempadan serangan," arah salah seorang anggota di situ.

"Sempadan serangan?"

Wartawan di situ ternampak mereka semua di situ.

"Eh, kamu semua ni tebusan makhluk aneh tu, kan!?" soal salah seorang wartawan menghampiri mereka.

"Boleh ceritakan bagaimana kamu rasa menjadi tebusan makhluk itu?" tanya wartawan lain.

"Boleh bercakap untuk lima minit." Muncul pula wartawan lain.

Kelas DSB menjadi tumpuan para wartawan.

"Berhenti! Di sini, sudah diarahkan tiada media massa yang boleh buat rakaman di sini," arah Danial Nabil munculkan diri.

Wartawan di situ enggan berundur, malah mula bertemu bual dengan lelaki dingin itu.

"Boleh terangkan apa yang terjadi sekarang ni?"

Kelas DSBΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα