MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH

Start from the beginning
                                    

Dia menjadi malu. "Tolonglah. Jangan bagitau dia yang aku suka dia. Tolonglah. Jangan bagitau dia. Aku merayu."

Zafina Shahirah dan Alif Najmi hanya melihat gadis itu segan.

"Sejak dia dicium Iskandar, dia tak boleh sorokkan perasaan dia," kata Alif Najmi yang sudah sedar kenyataan itu.

"Walaupun dia pelakon, dia masih tidak mampu berlakon di depan orang tersayang," kata Zafina Shahirah.

"Kalau kita boleh kenakan diorang berdua..."

"...kita boleh bunuh dua burung dengan sebiji batu."

Dua remaja itu tertawa nakal. "Hehehe... kita dapat mainan baru."

"Korang jangan gelak macam tu! Aku boleh dengarlah!" kata Farah Yasmine menangis bercampur geram.

"Alaa... apa kata, kita perhatikan orang lain. Manalah tahu kau dapat idea untuk bagi coklat dekat si dia tu," cadang Alif Najmi.

"Perhatikan orang lain?" Farah Yasmine kehairanan.

***
Kes 1
Zulhilmi - Wahida

"Yes! Yes! Akhirnya!" Zulhilmi bertindak luar kawalan menghempuk kepala ke tiang sebaik mendapat coklat dari Wahida.

"Saya harap awak suka," kata Wahida tersenyum sahaja.

Dari atas bumbung kelas, tiga sekawan itu memerhatikan mereka.

"Emy akan menjadi teruja sangat bila dapat coklat dari Ida, sedangkan Ida hanya tenang," kata Alif Najmi memerhati.

"Erhh... 'teruja sangat' bagaikan menakutkan sangat," kata Zafina Shahirah melihat Zulhilmi menjadi gila.

***
Kes 2
Erfan Shafiq - Farah Wahida

Bang! Bang! Bang!

Tembakan tepat ke markah penuh. Farah Wahida yang memerhari Erfan Shafiq menembak tadi, berasa teruja.

"Wah, high accurate juga kau ya. Nah," puji Farah Wahida sebelum melemparkan bar coklat.

Erfan Shafiq menyambut coklat itu. "Terima kasih."

Dari sebalik kotak berdekatan, mereka bertiga memerhati.

"Gandingan penembak jarak jauh membuatkan tembakan cinta makin dekat dengan sasaran," kata Zafina Shahirah.

"Apa kau cuba nak sampaikan ni?" Farah Yasmine tidak memahami langsung.

***
Kes 3
Geng Zulfadlie

"Saya nak orang betul-betul jujur dalam hal ni. Harap boleh bagi kerjasama," kata Najwa Mufida.

Sehelai kertas berbentuk senarai diberikan.

1. Pernah nampak hantu
2. Pernah dengar suara puaka
3. Hati batu
4. Hubungan dua alam
5. Pemakan daging mentah
6. Tikam orang
7. Suka kegelapan
8. Sukakan laki daripada perempuan, bukan gay
9. Obses untuk membunuh diri

"Saya tunggu jawapan kamu semua, okey," kata Najwa Mufida.

"Apakah?" Zulfadlie terkesima melihat senarai ciri calon teman lelaki.

Dari atas pokok, mereka bertiga memerhati. Alif Najmi mengeluarkan sekotak coklat. "Sebenarnya, Sarah dah buat coklat ni untuk aku dan aku rancang nak letak dekat kasut Zul."


"Proses sianidasi siap!" ucap Siti Sarah teruja menyiapkan bungkusan coklat.

"Kau nak letak toksik berupa coklat dekat kasut Zul!?" Farah Yasmine terkejut.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now