MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA

Start from the beginning
                                    

"Akak?"

Ayda Jebat duduk di sebelah mayat kakaknya.

"Kakak!"

"Akak!"

Tiada guna. Ayda Jebat melihat ubat mutasi di sebelah mayat kakaknya.

"Rasanya, benda tadi tu ambil barang ni." Ayda Jebat berfikir.

Ubat mutasi diambil lalu dibawa lari. Ayda Jebat melarikan diri. Setelah beberapa jauh melangkah, Ayda Jebat menyuntik ubat mutasi tadi ke lengan. Akhirnya, sebuah dendam bermula.

Keesokannya, Ayda Jebat berpindah ke sekolah lain, di mana makhluk itu berada. Dia memasuki kelas lalu menemui Iskandar yang berambut panjang.

"Hai!" sapa Ayda Jebat lalu mengambil tempat duduk sebelah Iskandar.

Iskandar memandang gadis kecil itu. "Hai." Kekok.

Tidak semana-mana, Ayda Jebat mengikat rambut Iskandar. "Nama saya Farah Yasmine. Okey?"

"Saya Iskandar," balas Iskandar menyentuh rambutnya yang diikat.

"Selamat berkenalan."

Sejak itu, segala lakonan mesra bermula.

***

Kapal terbang melayang tinggi di udara. Ayda Jebat mengeluh kecil.

"Kau sepatutnya tidak perlu tunjukkan identiti sebenar kau tu. Belum masanya lagi," kata Puteh Nur yang berdiri di belakang Ayda Jebat.

"Tch. Perlukah nak ikut cakap kau? Lepas apa kau dah buat dengan Khairil, kau tinggalkan dia. Jangan harap aku tertipu lagi. Kau cuma gunakan orang," kata Ayda Jebat sebelum menghilangkan diri di dalam hutan.

Puteh Nur menggumam sinis. "Berlagak."

Sementara itu, pelajar DSB melihat lakonan Ayda Jebat dalam drama dan filem yang ditunjukkan oleh Ruby.

"Memang betullah dia pelakon," kata Immanuel terpegun.

"Saya terfikir juga, kenapa 'Yasmine' anggap Cikgu Wan pembunuh?" kata Ilman Faiz kehairanan.

Semua orang berfikiran sama. Mereka memandang Cikgu Wan.

"Memandangkan kita dah rapat, tak salah kan kalau cikgu ceritakan apa sudah terjadi," kata Ilman Faiz lagi.

Cikgu Wan menunduk tanpa mengeluh. "Baiklah. Cikgu akan ceritakan apa sudah terjadi... dengan syarat, kita cari Farah Yasmine dulu. Dia pelajar penting dalam hal ni."

Telefon Cikgu Wan berbunyi menandakan mesej masuk. Dia segera mengeluarkan telefonnya lalu melihat mesej yang dihantar Ayda Jebat.

'Jumpa di padang lalang senja ni.' - AJ

"Panjang umur."

***

Malam semakin hampir. Kelihatan susuk tubuh Ayda Jebat berdiri di tengah padang lalang. Ekornya tidak habis-habis memotong lalang di situ.

"Ayda, bawa bertenang," kata Cikgu Wan berdiri menghadap pelajarnya.

"Macam mana saya nak bertenang kalau dah hilang orang yang tersayang? Seakan-akan macam permainan video keluaran Rockstar, di mana seorang lelaki Serbia berpindah ke Liberty City untuk mulakan hidup baru. Sayangnya, makin teruk adalah," kata Ayda Jebat, sinis.

Iskandar memandang Alif Najmi. "Apa yang dimaksudkan tu, Hoshi?"

"GTA 4," jawab Alif Najmi secara ringkas.

Ayda Jebat kembali berhujah. "Rasanya, saya ni macam Niko Bellic versi perempuan. Pada mulanya, ceria dan bahagian. Hakikat dari dalaman, lebih menderita sebab lakonan senyuman bodoh tu. Bayangkan...

Selepas kau berjalan masuk ke sebuah kampung dan kau nampak 50 kanak-kanak duduk tertib sebaris menghadap dinding gereja dengan tekak dan tangan dipotong, kau sedar makhluk yang buat macam tu memang tak ada jiwa...

...macam kau, pembunuh!"

Segera Ayda Jebat mengeluarkan ekor berapi lalu melemparkan api di sekeliling. Hanya dia dan Cikgu Wan yang berada di dalam bulatan itu. Mereka yang lain terkejut.

"Apa kita nak buat?" kata Amira makin cemas.

Khairil Ihsan menganalisis ekor Ayda Jebat. "Teruklah macam ni."

"Kenapa?" Zafina Shahirah memandang Khairil Ihsan.

"Akibat terlalu beremosi, ekor tu dah kawal seluruh Yasmine. Kemungkinan besar dia akan mati kerana haba."

"Apa? Mati?" Hasbi terkejut.

Ayda Jebat sudah hilang waras. Dari tadi menyerang tanpa belas kasihan.

"Matilah kau!"

"Mati!"

"Mati!"

"MATI!!!"


















































Namun, di dalam hati...

"Tolong saya, cikgu."

"Tolong!"

#vote

Kelas DSBWhere stories live. Discover now