"Assalammualaikum semua. Selamat malam. Seperti yang pekerja saya semua tahu, malam ini adalah ulang tahun ke 40 Syarikat kita. Jadi malam ini makanlah sepuas-puasnya. Ini semua ganjaran untuk usaha pekerja saya," ujar Encik Razali. Semua pekerjanya menepuj tangan dengan kuat. Ada jugak yang memuji-muji encik Razali.

"Malam ini juga, ada perkara yang saya ingin memberitahu kamu semua bahawa saya akan berkahwin pada.........."

Tiba-tiba semua terkejut memandang skrin di hadapan. Ada yang sedang berbisik melihat Encik Razali. Keningnya berkerut. Dia terus berpaling lalu melihat skrin di belakang.

Encik Razali terkejut. Kelihatan gambarnya bersama ceo perempuan syarikat Thinest sedang berpegangan tangan di dalam pejabat terpapar di skrin.

Adam dan Ainul pelik. Mengapa mereka semua terkejut? Aku paparkan gambar aku dengan ayah aku masa dulu je.

Ainul dan Adam terus berlari melihat skrin tersebut. Mereka ternganga melihat gambar itu. Mood Encik Razali berubah. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah Adam.

Encik Razali tahu ini mesti kerja Adam. Dia tahu yang Adam pakar bab komputer dan hacking. Dia terus melangkah ke arah Adam lalu menghantar tamparan yang kuat ke pipi Adam.

Pak!!

Adam menyentuh pipinya yang dilempang. Ainul menutup mulutnya terkejut melihat Adam dilempang kuat oleh ayahnya.

"Kau jangan buat aku marah boleh tak?! Kau tu dah lah tak ada mak!" kutuk Adam.

"How dare you daddy cakap pasal mama Adam?! Mama lagi eloklah dari perangai daddy tu. Kerja ngorat ceo perempuan je! Daddy ingat Adam tak tahu?!" marah Adam lagi.

"Kau ni memang anak derhaka!" Encik Razali mengangkat tangannya ingin menampar Adam lagi. Pantas saja Airiel menahan tangannya.

"Siapa kau ni?" tanya Encik Razali.

"Airiel?" ujar Adam dan Ainul serentak.

Terkejut mereka melihat Airiel yang tampak kacak memakai tuxedo di hadapannya. Rambut yang selalunya dibiarkan menutup dahi kini disikat ke atas dan telihatlah dahinya yang licin.

"Pewaris saham syarikat Helennis. Saya jadi wakil malam ini, CEO Helennis ada meeting di Pulau Pinang," ujar Airiel lalu melepaskan tangan Encik Razali.

"Bapak hensem sial," bisik Ainul ditelinga Adam.

"Ouh maafkan saya. Maaflah anak saya ni dia rindu dengan mak dia dekat skrin tu," ujar Encik Razali.

"What? That's not my......"

Ainul memegang tangan Adam. "You better shut up,Adam Mukriz." ujar Ainul.

"Ouh okay. Better encik padam gambar dekat skrin tu. Malu syarikat ayah saya nak berkawan dengan syarikan encik nanti. Thank you. Saya pergi dulu," ujar Airiel lalu pergi dari situ.

"ouh ye," balas Encik Razali . Dia terus berpaling semula kepada Adam.

"Tunggu balik rumah nanti," ujar Encik Razali lalu pergi dari situ.

"Daddy kau tak tahu ke kau geng dengan Airiel?" soal Ainul.

"Of course. Dia mana kesah pasal aku," ujar Adam.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now