"Assalamualaikum..... Ibu," ujar Fateha memberi salam. Rindunya pada rumah ini usah dikata. Bukannya dia tidak mahu pulang ke sini sebelum ini cuma dia takut ibu akan menghalaunya walaupun sekarang pun tiada bezanya, cumanya kehadiran Zaim di sisi membuatnya lebih kuat. Qaseh dan Sofea pun usah dikata. Rindu bagai nak gila! Mesti mereka sudah besar sekarang...
Beberapa minit keemudian, pintu dibuka. Terjegul kepala adiknya si Sofea. Terkejut dia apabila melihat perubahan Fateha. Dia hampir tidak mengecam wajah itu tadi tapi selepas diperhati betul-betul memang tidak salah lagi, ini Fateha!
"Waalaikumsalam kak," salam dijawab oleh Sofea selepas beberapa saat. Senyuman masih terlekar di wajah cantik Fateha. Memang dia tidak sangka akan perubahan Fateha. Sangat ketara!
Pintu terus dibuka luas dan dia mengambil kunci untuk membuka pagar. Sofea terus mempersilakan kakaknya itu dan suaminya masuk ke dalam rumah. Tidak lupa juga, budak perempuan yang masih malu-malu di belakang Zaim.
"Kakak!" Sofea tidak dapat menahan lagi rindunya pada Fateha. Terus dipeluk tubuh langsing itu apabila Fateha jejak sahaja di ruang tamu rumah itu. Sofea tahu yang sebenarnya Fateha tidak seperti yang dituduh oleh ibu. Fateha difitnah! Difitnah oleh adik sendiri!
"Kakak, Sofea rindukan kakak..." ujarnya sambil tersendu-sendu menangis. Zaim pula masih tercegat di sebelah Fateha sambil melihat drama pukul tujuh, tetapi ini di hadapan mata!
"Kakak juga rindukan Sofea."
"Sofea ibu mana?" Tanya Fateha beberapa saat selepas itu seraya melepaskan pelukkan itu.
Baru sahaja bertanya, terus ibunya datang dari dapur sambil memandangnya sinis. Dia tahu yang ibu tidak akan mengalu-alukannnya sekarang dan rasanya sehingga kiamat pun dia tidak akan pernah dialukan ke rumah itu lagi!
"Siapa suruh kau datang sini?" Tanya Mak Piah dalam nada yang kasar walaupun sebenarnya dia masih tidak sangka yang dihadapannya ini ialah anaknya yang dibuangnya dahulu. Memang Mak Piah masih tidak dapat melupakan apa yang dilakukan oleh Fateha dulu, tetapi itu bukanlah penyebab sebenar dia menghalau Fateha cuma penyebab sebenar itu masih disimpan kemas oleh Mak Piah malah dia langsung tidak memberikan peluang untuk Fateha menjelaskan apa-apa ketika Fateha dihalau dahulu.
"Ibu Fateha datang sini nak minta maaf," ujar Fateha ingin memohon maaf lalu mendapatkan ibunya yang tidak jauh dari situ. Tangan ibu cuba diraih tetapi ditepisnya kasar.
"Jangan pegang aku lah! Aku jijik dengan perempuan macam kau!" Jerkah Mak Piah sambil memandangnya tajam. Matanya pula kemudiannya jatuh memandang seorang budak kecil di sebelah menantunya. Siapa lagi kalau bukan anak haram perempuan di hadapannya ini!
"Hoi budak! Kau tahu tak yang kau tu anak ha..."
"Eh apa kecoh-kecoh ni ibu? Qaseh nak tidurlah," tiba-tiba datang pula Qaseh menghentikan maki hamun yang bakal dikeluarkan oleh Mak Piah. Kepalanya digaru-garu sehingga rambutnya serabai mengalahkan hantu Mak Limah!
Sebaik sahaja kepalanya diangkat, terkejut dibuatnya apabila melihat Fateha di depan matanya. Tidak cukup dengan itu, kelibat Zaim juga turut berada di situ bersama seorang budak perempuan. Siapa lagi kalau bukan anaknya sendiri!!!
Ketika itu, dapat dia lihat yang Zaim sedang merenungnya tajam sehingga menebus ke jantungnya! Tak! Dia tidak akan lupakan apa yang berlaku lapan tahun lalu yang menyebabkan kekasih Zaim meninggal! Kaki cuba melangkah untuk masuk ke dalam biliknya semula tetapi pantas ditangkap oleh Zaim.
"Kau nak pergi mana perempuan?!" Zaim mencengkam kuat pergelangan tangannya membuatkan Qaseh terjerit kecil.
"Kau nak apa hah?!" Balas Qaseh pula.
Fateha yang melihat adegan itu makin pelik dengan apa yang terjadi sekarang ini. Bila masa Zaim dan Qaseh kenal? Tidak kisah itu semua sekarang, tetapi sekarang ini, apa yang sedang berlaku?!
Fateha cemas apabila melihat pergelutan yang semakin kasar berlaku. Qaseh terlihat cuba untuk melepaskan dirinya tetapi masih dipegang erat oleh Zaim. Tidak cukup dengan itu, Qaseh sedaya-upaya cuba menarik tangannya kembali dengan menendang kaki Zaim membuatkan Zaim melepaskan pergelangan tangan Qaseh.
Sebaik sahaja dilepaskan, Qaseh terus berlari masuk ke dalam biliknya kerana bimbang Zaim akan hilang kewarasan. Jika itu berlaku, tidak hairan lagi jika dia bakal dikebumikan esok!
"Apa semua ni abang?!" Marah Fateha kuat.
Ameera pula hanya diam berkutik sedari tadi di tepi sofa. Air matanya dilihat menitik-nitik di lantai rumah itu walaupun tiada langsung bunyi yang kedengaran keluar dari mulutnya. Ameera takut!
Zaim diam.
"Abang! Teha Tanya ni? Apa yang berlaku ni? Kenapa abang marah sangat dengan Qaseh? Bila masa pula abang kenal dengan Qaseh? Abang! Teha Tanya ni!"
"Diammmmlahhhh perempuan sialll!!!" Jerkah Zaim kuat dan tidak semena-mena tapak tangan besar Zaim hinggap di pipi Fateha! Kuat! Kuat sangat sehingga membuatkan kepala Fateha terteleng. Ketika itu,jantung Fateha terasa seperti ingin keluar.
Serius, ini kali pertama Zaim menjerkahnya sehingga begini sekali dan sanggup Zaim memakinya dengan berkata 'perempuan sial' ?
Tidak cukup dengan itu dia diberikan tamparan yang cukup.. Cukup membuatkan Fateha sakit. Bukan sakit disebabkan tamparan itu, tetapi sakit di hati melihat perubahan suaminya yang dianggap baik itu tetapi kini dayus! Lelaki dayus sahaja yang memukul wanita.
Sebaik sahaja ditampar, tangan Fateha ditarik supaya mengikutnya. Fateha kemudiannya ditolak kasar supaya masuk ke dalam kereta. Ameera pula dilihat seperti baru sahaja menangis sedang berjalan keluar untuk mengikuti Fateha. Sungguh dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
Zaim yang terlihat Ameera, terus menarik Ameera dan disumbatnya ke tempat duduk belakang di dalam kereta itu.
Fateha pula hanya diam. Dia tidak mampu mengeluarkan sebarang bunyi selepas dijerkah dan diberi 'makan' oleh Zaim sebentar tadi. Terkedu, terkejut, sakit semua ada! Air mata Fateha yang ditahan sejak tadi akhirnya jatuh. Terhinjut-hinjut dia menangis. Fateha kemudiannya memegang pipinya yang berasa pedih.
Zaim di sebelah langsung tidak mempedulikannya. Dia langsung tidak memohon maaf malah fokus membawa kereta sehingga tiba di rumah mereka. Entah apa pula yang bakal berlaku selepas ini...
YOU ARE READING
Cinta Fateha
RomanceFATEHA NAJEHAH. Hidupnya tidak seperti keluarga bahagia yang lain. Atas kerana paras rupanya yang tidak secantik adik-adiknya yang lain, dia diketepikan. Dia dipersalahkan atas segala hal walaupun bukan salahnya. Dia tidak pernah mengenali cinta. Ci...
