Part 1 - PreGadis

25 0 0
                                    

"Nah , phone ni untuk kamu guna. Jangan salah guna pula ya."

Encik Nal , seorang pekerja kilang, menghulurkan sebuah telefon bimbit pada anaknya.

"terimakasih ayah !"

Mai, gadis berusia 12 tahun begitu gembira menerima hadiah dari ayahnya. Almaklum lah, baru habis upsr.

Mai seorang gadis yang pintar. Sering mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Tidak kurang hebat dalam aktiviti kokurikulum.

"Nana , apa nombor phone kau ? Aku nak save ni."

"Wuyoooo , dapat phone dah !"

Nana rakan baik mai. Dia sangat gemar dengan anime dan taylor swift. Tanya lah apa apa berkaitan dua benda tu , confirm senang senang dia jawab.

"weh mai, kau rasa kan kita akan sama sekolah tak nanti masa Form 1 ?"

"haruslah , kita kan kawan baik. Mana boleh berpisah"

"camana kalau kita terpisah juga ? Kau ada kawan lain , aku ada kawan lain. Mesti hubungan kita renggang nanti"

"alah kau ni nana , rumah kita bukan jauh mana. Boleh je jumpa nanti bila cuti kan"

........

Selesai makan malam, mai membelek telefon bimbitnya. Dia scroll semua isi dalam telefonnya namun tiada apa yang menarik minatnya. Dia teringat akan cerita nana tentang satu apps, Gelichat. Nana kata, dia jumpa boyfriendnya dari apps itulah.

"seronok juga kalau aku ada boyfriend, download bentar lah"

Apps sudah selesai didownload. Setelah mendaftar sebagai ahli, mai begitu teruja dengan interface apps itu. Banyak gambar lelaki hensem, cair hati mai lihat jejaka jejaka disitu. Mai pun mulalah mencari, meneliti setiap bio lelaki tersebut.

"tingggggg..."

Ada mesej untuk mai. Lalu mai pun membacanya.

"hai, comelnya awak ! Nak kenal boleh ? Saya azam"

Hati mai berbunga bunga lah apa lagi. Teruja dia balas chat tu.

"hai azam ! Saya mai . Boleh je , awak intro lah"

Mereka meneruskan perbualan hingga ke pagi. Macam macam perkara dibualkan oleh mereka. Tiba tiba masuk satu notifikasi baru. Mai segera membukanya , kut lah ada yang berminat padanya lagi. Notifikasi itu dari apps tersebut. Muka mai jadi pucat. Dia benar benar terkejut dan tak tahu apa yang harus dilakukannya.

"eh , biar betul ? Memang macam ni ke apps ni ? Takkan la nana buat juga benda ni ?"

Mai benar benar buntu. Antara cuak dan bahagia sementara yang dirasakan bersama azam tadi.

"Apa aku nak buat ni ?"

Bersambung.....

Saat KehitamanWhere stories live. Discover now