MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK

Start from the beginning
                                    

"Zul?"

"Zul dapat nombor 46?"

"Kalau Zul dapat 46 dan dapat nombor last dalam kelas, kita pula..."

Serta-merta, sorakan bergema di dalam kelas itu. "Kita berjaya!"

"Kita kalahkan kelas 5A!"

Alif Najmi yang duduk dari jauh, hanya tersenyum melihat namanya melonjak ke tempat pertama dalam tingkatan.

"Seperti dijangka. Apa perasaan kau sekarang?" monolog Alif Najmi, puas.

Sementara itu, Arif Hakimi duduk melepak dengan kawan-kawannya di restoran.

"Tak sangka benda ni akan jadi macam ni," kata Doc Rakim, terkejut.

"So unbelievable. This is impossible," kata Tony Spark, mendingin.

"Apa kau nak buat sekarang ni?" soal Ismah Fatih kepada Arif Hakimi.

Arif Hakimi tertawa sinis lalu bertukar tawa tak bersebab. Rakan-rakannya kehairanan.

"Diorang dah berjaya! Puas hati aku!" Arif Hakimi tersenyum lebar.

Farid Sattar muncul tidak lama kemudian di restoran itu. Dia melihat Arif Hakimi melepak di situ. Arif Hakimi melihat datuknya muncul lalu bangkit berdiri. Empat kawannya turut berdiri.

"Pengetua!" ujar mereka kecuali Arif Hakimi.

"Korang duduk sini," arah Arif Hakimi lalu mendekati datuknya.

Belum sempat Arif Hakimi berucap di depan datuknya, satu tamparan kuat mengenai pipinya. Tubuh remaja itu terpelanting ke dinding hingga retak dinding tersebut. Mereka yang melihat terkejut.

"Arif!" ujar Doc Rakim mendekati Arif Hakimi.

Arif Hakimi tersenyum sinis. "Tak sangka sifat kebapaan atuk ada lagi ya."

Ismah Fatih dan Doc Rakim membimbing Arif Hakimi keluar dari restoran.

"Minta maaf ya, tuan atas kesilapan kami," ucap Dven Joo, enggan mengulas panjang.

Lalu mereka berlima beredar dari kawasan itu.

***

Setelah beberapa hari selepas SPM, kelas DSB kembali ke kelas untuk kelas "pembunuhan". Para pelajar menembak Cikgu Wan dari tempat duduk masing-masing.

"Jadi, cuti sekolah ni kamu nak ke mana? Ada rancangan?" soal Cikgu Wan sambil mengelak peluru.

Groom!

Satu runtuhan besar menggegarkan seluruh bangunan kayu itu. Mereka di dalam kelas terus menjenguk keluar. Kelihatan susuk tubuh Farid Sattar berdiri di luar kelas.

"Pengetua nak hancurkan kelas ni ke?" tengking Ilman Faiz mengalahkan bunyi kren.

Farid Sattar memandang mereka dari tempat dia berdiri. Senyuman kecil diberikan lalu kembali memandang pengendali kren.

"Kita rehat sekejap," pinta Farid Sattar, ceria seperti tiada apa berlaku.

Lelaki kurus itu memandang para pelajar di situ.

"Tuan mana boleh hancurkan kelas ni!" bantah Puteri Atikah.

"Kelas ni sahaja jadi tempat membunuh Cikgu Wan!" kata Siti Zulaikha menurut.

"Betul tu!" sokong Sharanya.

"Oh, saya belum tunjukkan sebab rupanya," kata Farid Sattar, sinis.

Sehelai kertas dikeluarkan dari dalam kot. Cikgu Wan hanya melihat gerakan Farid Sattar itu. Dahinya berpeluh.

"Dengan ini sahaja, saya boleh bunuh cikgu kamu," kata Farid Sattar tersenyum menunjukkan kontrak Cikgu Wan.

Cikgu Wan terkejut sakan. "NANI KORE?"

Para pelajar memandang Cikgu Wan dengan wajah hairan.

"Cikgu buat kontrak dengan Tuan Farid?" celah Zulhilmi, dingin.

Cikgu Wan cuba menafikan lantas bergerak keluar kelas. Panji-panji bantahan dikeluarkan.

'Bantahan kontrak pembunuh!'

'Jangan musnahkan kelas kami!'

'Genjat buah dada besar!'

"Apasal Yasmine ada dekat situ?" kata Iskandar, kekok memerhati Farah Yasmine menyertai Cikgu Wan.

Farid Sattar hanya menggumam sinis. "Saya ada satu idea untuk batalkan perjanjian ni."

***

Lima buah meja diletakkan separuh bulatan bersama sebuah buku di atas setiap meja.

"Pernah main judi? Permainan ni mudah je," kata Farid Sattar sambil meletakkan sebiji bom tangan ke celahan buku.

Picu bom diikat dengan tali benang ke hujung muka surat buku teks tingkatan 5.

"Hanya jawab soalan sebelum letupan," kata Farid Sattar memandang Cikgu Wan.

Jawab sebelum letupan? Maknanya, kalau lambat jawab, bom meletup dan membunuh Cikgu Wan, desis hati Iskandar.

"Kamu kena jawab empat soalan. Saya pula jawab soalan terakhir. Kamu mesti tahu kebarangkalian untuk hidup berapa, bukan?" kata Farid Sattar tersengih lalu memandang Zulfadlie.

"Betul tak, Zulfadlie?" soalnya kepada Zulfadlie.

"Eh! Err... kalau tuan menjawab satu soalan daripada satu soalan dengan betul. Kebarangkalian untuk menang seratus peratus. Kalau cikgu jawab satu soalan daripada empat soalan dengan betul, kebarangkalian untuk menang hanya... 25 peratus. Hoi! Tak rasa ini tak adil ke?" Zulfadlie tiba-tiba memarahi Farid Sattar.

"Rasanya nampak adil sebab cikgu kamu kan 'laju' orangnya," balas Farid Sattar.

Cikgu Wan hanya berpeluh tekanan melihat empat soalan yang perlu dijawabnya.

"Boleh mula kalau kamu dah sedia," ucap Farid Sattar menepuk bahu Cikgu Wan.

Meremang bulu tubuh Cikgu Wan sebaik menerima tepukan lembut pada bahu. Farid Sattar mengundurkan diri. Cikgu Wan berdiri menghadap soalan pertama.

Pantas, Cikgu Wan membuka buku terus ke muka surat yang terdapat bom. Dia melihat soalan Matematik dalam buku itu. Bom tangan terus mula berdetik.

"Opposite 3 cm. Hypotenus 5 cm. Diberi sudut A, 60 cm. Berapa nilai BC?" Cikgu Wan membaca soalan dengan kuat dan kalutnya.

KABOOM!!!

#vote

Kelas DSBWhere stories live. Discover now