Cinta Kami

23 0 0
                                    

Aku pernah kehilangan seseorang yang paling bermakna dalam hidup aku. Sehingga kini, sepatah kata mahupun mesej tetap tiada. Sudah 5 tahun kami terputus hubungan hanya kerana cinta. Ya cinta. Aku masih ingat lagi tentang betapa sedihnya kau waktu itu. Maafkan aku.

Mata aku masih lagi menatap skrin telefon. Sibuk ralit membaca mesej yang diterima. Tetapi entah kenapa  mata aku lebih tertarik memandang mesej yang kau tulis. Sudah terlalu lama sehingga aku sendiri tidak sedar air mata yang selama ini aku pendam, mengalir jatuh.

(Group reunion kelas 5 Adab)

~Arian
Assalammualaikum geng....ayuhlah kita datang beramai ramai di Smkk. Esok datang pukul 12 tengah hari. Bawalah suami korang ke apa ke asalkan ex kelas 5 Adab ada. Amacam?

                                                            ~Dini
    Aku on je. Satu keluarga aku bawak.

~Akram
Bulehh lah kau cakap. Mentang mentang dah bersuami. Dulu bukan main kata tak nak kahwin. Acah je minah ni.
                                                                                
                                                             ~Dini
                                                Diam ah kau.

~Aziha
Brader...bisinglah korang ni. Notification aku asyik bunyi. Bisinglah tau tak? Asal masukkan aku dalam ni? Pm kan boleh.

                                                          ~Arian
Chill Az. Nanti lepas reunion kau buanglah. Sekejap je. Kau tak rindu ke ex classmates kau?

~Aidi
Alah Az mentang mentang belajar overseas dah demand.

       
                                                
Waktu itu aku nak sangat pm kau tapi aku takut. Aku takut kau masih marahkan aku lagi kerana mungkir janji kita. Aku berharap sangat dapat berjumpa dengan kau esok. Aku rindukan kau.

Waktu itu kita berdua terlalu muda untuk mengenal apa itu cinta. Tanpa aku sedar semua yang kita impikan bersama hilang begitu sahaja.
.
.
.
.
.
.
.
.

Laju kaki Aziha melangkah keluar daripada lapangan terbang Kuala Lumpur. Beg bajunya, ditarik sehingga menuju ke pintu utama. Sekali sekala dia membetulkan rambutnya yang lurus. Matanya masih lagi tercari cari orang yang ditunggu.

"Az!!"

Aziha mendengus geram apabila melihat kawannya Arian keluar dari kereta Vios hitam. Naik kejung dia menunggu.

"Chill la. Aku lambat 10 minit je kot. Tadi jam." Aziha mengeluh kecil apabila melihat Arian memuncungkan bibirnya.

"Hmm yelah." Tersengih Arian apabila melihat Aziha mengalah akhirnya. Tetapi entah mengapa matanya seolah olah tidak dapat menerima cara pemakaian Aziha yang sekarang. Tak sama macam dulu! Kalau dia beritahu Aziha yang dia bukannya tersekat dalam jam tapi dek kerana susah nak cari Aziha pasti jadi satu hal la pulak!

Cinta KamiWhere stories live. Discover now