Part 1

1.2K 46 0
                                    

Tahun 2012

Khabar dari London itu membawa duka yang bukan kepalang.

Sudah satu minggu mak murung dan sedih. Makan dan minum mak tidak hiraukan. Hidup mak bagaikan jasad yang tidak bernyawa sahaja. Sedih aku melihat keadaan mak. Hanya tasbih dan Al-Quran menjadi teman akrab mak sekarang.

Sejak khabar dari London mak terima, aku melihat mata mak tidak lagi bersinar.

Tiada lagi cahaya gembira seperti selalu jika ada khabar dari London.

Niesa Marsya, kakak sulungku telah pergi buat selama-lamanya. Pergi yang takkan kembali lagi. Pergi yang membawa segala harapan dan impian keluarga aku.

Siapalah yang tidak sedih. Kakak pergi ke London dengan iringan doa. Mak adalah insan yang paling gembira apabila kakak mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di London dalam bidang Ekonomi. Kakak adalah ahli keluarga pertama akan melanjutkan pengajian di luar negara. Siapalah yang tidak bangga?

Lima tahun kakak di sana, tahun ini sepatutnya kakak kembali bersama segulung ijazah. Sepatutnya kakak pulang dan menunaikan impian kami semua. Sepatutnya kakak kembali ke pangkuan kami dengan seribu kebahagiaan!

Tetapi, hanya jasad kaku kakak sahaja yang bakal kami sambut.

"Mak tak dapat hantar kakak pergi. Mak juga tak sanggup nak pergi ambil kakak." Kata mak dengan esak tangis yang berlagu. Tuk dengan Wan memandang sayu wajah mak. Kemudian Wan belai kepalaku.

"Biar Ngah pi sana. Ngah tau cara."

Akhirnya, Ngah dengan Chu yang pergi ke London sana. Ngah dengan Chu yang akan pergi ambil kakak dan bawa kakak pulang. Kami hanya akan menunggu saja di sini.

Kakak, apa pun yang jadi percayalah... Leia sayang kakak sampai syurga sana.

Al-fatihah.

---
Cerita ini saya publish atas akaun Inas Adhwa. Dah part 7 dekat sana.

AKU MEMILIHWhere stories live. Discover now