MISI PIKAT DIA!

30 7 0
                                    

"Awak dah kenapa?" Pangkal hidung aku picit kerana tertekan. Tertekan kerana mempunyai seorang gadis yang tak seberapa nak betul ini sebagai kekasih.

"I dah kenapa, you tanya? You berbual dengan Qasyira depan I! Punyalah mesra sampai I tepi you pun you buat tak tahu!" Zelina menjerit marah. Mata-mata pelanggan di dalam pasaraya besar itu sudah memberi kami jelingan menyampah.

"Zelina, saya tengah bayarkan baju awak, kut? Dan awak tak ada bercakap pun sepanjang saya berurusan tadi. Mana ada saya pulaukan awak." Hati aku sudah berapi marah. Tiada dialog pun semasa aku bayarkan bajunya di butik Qasyira tadi. Sekadar bertanyakan harga dan memberi senyuman. Tidak lebih dan amatlah tidak wajar untuk dia cemburu.

"You tetap pulaukan I! You tak pandang pun I. Apa Qasyira tu lebih cantik dari I? Mentang-mentang Qasyira lebih tinggi, terus you pandang Qasyira tak berkelip kan? Terus lupa I yang selalu ada di sisi you waktu you susah dulu dan sekarang." Zelina mencebik. Kerusi kayu di Pizza Hut ditarik sebelum dia duduk dengan amarah.

Aku mengeluh lagi. Susah bila ada seorang gadis yang cemburu tak bertempat seperti Tengku Zelina Shafiah. Sudahlah ceritanya pula penuh dengan tokok-tambah!

"Zelina...." Aku cuba mencari secebis kesabaran buat gadis ini. Aku pun tak pasti bagaimana boleh adanya seguni rasa cinta buat gadis agresif seperti Zelina.

Aku pun lupa bagaimana aku mampu bersabar melayan kerenahnya yang sentiasa mencabar kesabaran aku setiap hari.

"Apa? I tak nak Pizza atau apa-apa di sini," ucapnya apabila pekerja Pizza Hut datang untuk mengambil pesanan. Terkebil-kebil remaja itu memandang kami silih berganti. Aku menepuk dahi.

"Habis kenapa awak masuk sini?" Wajah aku merah menahan malu di hadapan remaja tadi.

"Saja... Nak jalan-jalan dengan awak lama-lama. Nanti saya takut saya rindu," jawabnya sambil menjeling aku. Dan mungkin, inilah sebabnya aku masih mampu bersabar dengannya. Aku tersenyum, menahan diri daripada tertawa kecil dengan kerenah Zelina. Dia, seorang gadis yang sentiasa jujur. Setiap patah katanya terus dari hati. Ya, termasuk semua bebelan tidak masuk akal itu.

"Maafkan kami, ya... sebab menyusahkan kamu. Kami akan pergi sekarang." Aku sempat memberikan senyuman pada remaja tadi sebelum tangan Zelina dicapai untuk mengheretnya pulang.

"I tak mahu balik lagi, teman I pergi cari cincin, boleh?" Matanya yang indah tanpa sebarang solekan berkelip-kelip meminta masa daripada aku. Aku hanya mengangguk.

"Yey! I sayang you!" Dia terkinja-kinja gembira seperti pergaduhan tadi tidak pernah terjadipun di antara kami. Begitulah Zelina dan aku setiap hari. Bergaduh dan berbaik seperti sebuah rutin yang mengikat kemas lagi cinta antara kami.

Tiba-tiba, telefon aku berdering. Perkataan Papa terpampang pada skrin telefon itu.

"Iya, pa?"
"Hm... Aril tengah ada temu janji dengan Zelina ni, papa tahulah dia macam mana kan...." Wajah Zelina yang sungguh teruja itu dikerling dengan penuh kerisauan. Dia tak mahu keterujaan itu pudar.

"Hm... baiklah pa." Panggilan telefon terus ditutup.

"Papa cakap apa? Siap petik nama I lagi, hmm?" Kepala Zelina yang separa dengan bahu aku itu bergesel pada dadaku. Manja. Aku senyum hambar.

"Papa suruh saya pergi office, ada kerja mustahak."

Raut wajah Zelina terus berubah. "You janji mahu temankan I!"

"Maafkan saya, tapi ini penting. Mohonlah faham saya kali ni."

"Tapi you janji, Aril Firdaus! You tahu I tak suka janji yang dimungkiri! You selalu tinggalkan I macam ni, I serik lah. Ingat I apa? Perempuan simpanan you ke nak, cari... tak nak, tinggal?" Zelina mula menjerit di tengah-tengah pasaraya.

"Zelina!"
"Pang!"

Tangan aku terketar-ketar, wajah aku juga terus luntur warnanya.

"Ze... zelina saya...."
"You tampar I, Aril!" Air mata Zelina mula turun dengan lebat. Jiwa aku runtuh.

"Zelina saya... saya minta maaf! Saya tak sengaja! Saya tak tahan tadi, awak selalu tuduh saya macam-macam. Zelina kalau ikutkan hati saya, saya tak mahu tinggalkan awak!" Tangan Zelina cuba diraih namun cepat dia tepis.

"Cukuplah Aril. Kalau you tak mampu bertahan dengan I, tak mengapalah. You tak perlu cintakan I lagi. You tak perlu seksa hati you lagi."

"No, no, Zelina I love you! Saya sumpah tak sengaja Zelina, maafkan saya!" Aku mula melutut pada gadis itu. Persis orang gila, aku peluk lututnya agar dia tak mampu melangkah pergi.

"Zelina saya minta maaf! Maafkan saya! Saya sanggup potong tangan saya yang pernah tampar awak agar awak mampu maafkan saya!" Aku merayu, air mata aku jatuh kerana sumpah demi Allah, aku tak mahu hidup jauh dari gadis ini.

"Aril, apa you buat ni? Bangunlah malu orang tengok." Zelina terus duduk separa dengan aku. Tak tunggu lama, terus tubuh genit gadis itu dipeluk kemas.

"Jangan tinggalkan saya, Zelina. Awak tahu saya tak akan mampu berhenti cintakan awak. Betul, saya tak sengaja Zelina. Maafkan saya!" Aku terus menangis pada bahu gadis itu seperti seorang anak yang benar-benar takut kehilangan ibunya.

Zelina tersenyum kecil. Sejujurnya, tamparan Aril tadi tidaklah kuat manapun. Lagipun dia sedar memang salahnya memberi respon sebegitu di saat Aril tertekan. Belakang tubuh lelaki yang sedang teresak-esak pada bahunya ditepuk perlahan. Pelukan kemas Aril diperkemas lagi olehnya.

"I maafkan you. Sudahlah menangis macam budak kecil. Tak sangka Aril I ni tak gentle orangnya. I tak mahulah anak-anak I nanti cengeng macam you." Tubuh Aril dicubit dari belakang.

Aku tertawa kecil mendengar celoteh Zelina. "Awak tak marahkan saya lagi sebab saya tertampar awak tadi?"

"Tak... awak tak sengaja, bukan? Tapi saya marah kalau awak tinggal saya lagi!" Wajahnya menarik muka masam sambil memandang aku.

Aku tersenyum. "Saya tak nak tinggalkan awak. Saya memang berniat mahu ajak awak pergi office, awak yang melenting awal sangat!"

"Lah, dah mintak maaf, lepas tu kutuk I balik? You ni memang lelaki yang tak pernah menghargai peluang kedua, kan? Semua lelaki sama aja! Semua...."

Dan itulah dia, gadis paling menjengkelkan di dunia ini menjadi gadis yang paling aku sayang di dunia. Dan aku tak kesah akan itu, asalkan dia tidak lenyap dari mata dan hati aku... Aku tak kesah kalau dia mahu jadi gadis tergila di dunia pun. Aku tersenyum kecil apabila mendengar dia membebel sesuatu mengarut lagi. Dan mungkin, aku juga lelaki tergila kerana mampu bersabar dengan gadis sepertinya. Haha!

Words ; 1000 tak termasuk perkataan yang di-bold-kan

Starry Festival KelapWP ; Alli NHWhere stories live. Discover now