MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA

Start from the beginning
                                    

"Saya rasa macam nak jadi pembunuh," luah Iskandar.

Cikgu Wan mengalihkan badannya menghadap Iskandar.

"Betul ke apa saya pilih ni?" kata Iskandar lagi.

Bahu Iskandar dipegang Cikgu Wan.

"Sebenarnya, tak salah kamu jadi pembunuh. Cuma, persoalannya, apa motif kamu untuk jadi pembunuh?" kata Cikgu Wan.

Sebuah persoalan yang menjadi tanda tanya buat Iskandar hingga tidak sedar dia sudah pulang ke rumah.

"Is dah balik? Duduk dulu. Ibu nak cakap sikit ni," kata ibu Iskandar, lembut tuturnya.

Iskandar melabuhkan punggungnya di sofa, duduk menghadap ibunya. "Ada apa, ibu?"

"Ujian Percubaan waktu bulan lepas nampak merundum. Jadi, ibu nak kamu tukar kelas."

Iskandar bangun.

"Ibu, Is tak nak tukar kelas. Is dah selesa dengan kelas tu. Lagipun, semua orang baik-baik dekat situ," desak Iskandar.

Tiba-tiba, Iskandar hilang kata sebaik merasai aura menggerunkan dari ibunya. Alamak!

"Apa kamu cakap? Tak nak tukar kelas? Sejak bila kamu jadi degil ni? Siapa ajar? Ibu tak ajar kamu pun macam ni! Apa masalah kamu sampai tak nak tukar kelas?" marah ibu Iskandar sehingga menarik rambut anak tunggalnya.

Beberapa saat kemudian, kemarahan semakin reda. Kepala Iskandar dihempas ke meja. Nafas cuba diatur si ibu itu. Dia menarik Iskandar ke bilik, terus ke almari pakaian. Pintu almari dibuka.

"Ibu nak sangat anak perempuan tau, sebab anak perempuan banyak dengar cakap. Jadi, ikut cakap ibu ya," kata ibu Iskandar dengan suara manjanya.

Rambutnya yang diikat, terus diburaikan. Iskandar hanya muram dengan keadaan ibunya. Ibunya berdiri di belakangnya lalu meletakkan gaun labuh di depannya. Iskandar memandang cermin di hadapannya. Jelas seperti anak perempuan.

* * *

Iskandar menghubungi Cikgu Wan pada malam itu.

"Cikgu Wan, ibu nak saya tukar kelas. Esok, dia nak jumpa guru kelas. Tak apa ke?" kata Iskandar, resah.

"Tak apa. Cikgu akan tolong kamu," balas Cikgu Wan.

"Terima kasih."

* * *

Keesokannya, satu kelas berbual rancak semasa guru tidak memasuki kelas.

"Betul ke ibu kau nak datang?" tanya Zulhilmi.

"Yela. Dia nak aku tukar kelas," jawab Iskandar, muram.

Keluhan berat dilepaskan Immanuel.

"Susahlah kalau macam ni," kata Immanuel.

"Murid-murid sekalian, macam mana dengan cikgu?" kata Cikgu Wan berdiri di depan kelas.

Para pelajar melihat guru kelas mereka. Masing-masing berwajah pucat. Cikgu Wan kini berpenampilan seperti Danial Nabil. Rambutnya yang palsu disikat kemas seperti Danial Nabil. Tangannya yang bebulu ditutup dengan baju tuksedo, seperti yang Danial Nabil sering pakai. Wajahnya yang garang bak harimau diselindung dengan topeng berwajahkan Danial Nabil. Semua orang hilang kata.

"Cikgu nampak segak," puji Amira dengan sporting.

"Terima kasih," ucap Cikgu Wan.

Tepat pada masanya, ibu Iskandar kelihatan berjalan ke kelas.

"Ibu kau dah datang," kata Alif Najmi.

Akhirnya, sesi perbincangan diadakan di bilik guru.

"Jadi, macam ni, cikgu. Saya nak cikgu pindah Is ke kelas lain sebab dia nampak tak sesuai dengan kelas buruk ni," kata ibu Iskandar.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now