Sayang?

-----

Jeongyeon POV

Mata dibuka. Badan aku terasa sengal-sengal. Apabila mata dicelikkan, aku memandang sekeliling. Ni bukan rumahku. Aku segera memandang dalam selimut. Fuh, masih berbaju. Tapi... ni bukan baju aku. Keadaan sekeliling dipandang. Aku kat mana ni?

Klek!

Segera aku memandang pintu yang dibuka. Jimin?

" Dah sedar? " soalnya. Aku mengangguk perlahan. Dia menatang sedulang makanan dan air kosong.

" Aku kat mana ni? " soalku. Mataku tidak lepas memandang Jimin.

" Syurga. "

" Oh, aku dah mati ke? " jawabku, sinis. Jimin mengangguk.

" Dah lama mati. Cuma tunggu Malaikat tarik kau masuk neraka. " aku mendengus. Jimin masih lagi dengan muka seriusnya. Dia melabuhkan punggungnya di sofa kecil. Hanya kami berdua dalam bilik ni.

" Aku tak nak main-mainlah, Jimin. " kataku. Jimin mengeluh.

" Kau hampir kena rogol semalam. Bodoh sangat jalan sensorang kenapa? " marah Jimin. Aku terdiam.

" Habis tu siapa yang selamatkan aku? " soalku. Jimin tertawa sinis. Rambut hitamnya disebak ke belakang.

" Pakcik aku kat New Zealand. Dia dengar jeritan kau daripada sana. " jawab Jimin.

" Jimin, I'm serious. " kataku, tegas. Jimin mendengus dan menghampiriku. Punggungnya dilabuhkan pada birai katil.

" Cik Yoo Jeongyeon, kau kat rumah aku sekarang. Of courselah aku yang selamatkan kau, pabo! Belajar sampai universiti, benda simple pun tak boleh fikir. " kata Jimin, pedas. Aku terdiam. Tanganku memegang erat selimut ungu yang menutupi badanku.

" Ma-macam mana baju aku boleh bertukar? Kau ambil kesempatan eh?! " tebakku. Aku tak boleh kalah dengan Jimin.

" Maid aku tukarkan. Kalau aku yang tukarkan, boleh termuntah. Yelah, badan papan. " air mata aku dah bertakung di mata. Hinanya kata-kata Jimin. No, Jeongyeon! Kau tak boleh kalah.

" Habis tu kau apa? Tak subur? " serangku. Jimin tergamam. Dahinya berkerut.

" Apa? Tak subur? Kau nak test ke nak tau aku subur ke tak? " Jimin mengesot kearahku. Segera aku menjerit.

" Okay, Jimin! Aku minta maaf! "

" Ada pun mulut nak minta maaf. Ingatkan nilai murni dah hilang. Maaf je ke? "

" Dan terima kasih... sebab selamatkan aku. " gumamku. Jimin mengangguk dan kembali duduk di sofa.

" Ni makanan kau. Jangan lupa makan. "

" Errr.... phone dengan dompet aku mana? " soalku. Jimin segera bangun dan menuju ke almari. Tapi aku perasan yang cara dia berjalan sangat lain. Terhinjut-hinjut.

" Nah. Aku sempat ambil sebelum lelaki tu rembat. " hulurnya. Segera aku menyambut dan membuka telefonku. Segera aku berkerut. Dah pukul 9.30 pagi.

" Kau... tak ada kelas ke? " soalku. Jimin mengangguk.

" Ada. "

" Habis tu tak pergi? "

" Aku kena jaga kau. Sebab tu aku tak pergi kelas hari ni. " serta-merta aku terharu. Hati Jimin yang jahat pun ada baiknya.

" Hah mulalah nak terharu. Please eh, aku tolong pun sebab kau tu musuh kuliah aku. Nanti kau bangun tidur, blur pula tak tahu kat mana. " senyuman aku mati dan cebikan terbentuk dibibir. Ya, itulah Park Jimin. Mulutnya tak pernah baik.

      Aku perhatikan dia. Dahinya tak habis berkerut. Dia sedang menuam ais di pipinya.

" Pipi kau bengkak eh? " soalku. Jimin mengangguk tanpa memandang. Aku segera bangun daripada katil dan menghampirinya.

" Sini. " aku mengambil peket ais daripada tangannya. Dia nampak tergamam.

" Apa kau nak buat ni? "

" Tuam ais. "

" Tak payah! Aku boleh buat sendiri. " bantahnya. Dia cuba merampas kembali peket ais itu.

" Park Jimin, jangan degil. Aku tak nak ambil kesempatan, cuma nak menolong. " Jimin cemberut dan terdiam. Segera aku menuam dengan berhati-hati. Sesekali bibirnya mengaduh.

" Ada sakit kat mana-mana lagi tak? " soalku. Jimin mengangguk dan memusingkan badannya. Aku memandang kehairanan.

" Kenapa dengan belakang badan kau? " soalku. Dengan perlahan, Jimin membuka bajunya.

" Yahhhh apa kau buat ni? " tanganku menahan tangannya daripada membuka baju.

" Aku ada luka kat belakang badan, Cik Yoo Jeongyeon. " mendatar sahaja suara Jimin. Aku terkedu. Sebaik sahaja Tshirtnya ditarik, terserlah luka dikelar di tubuhnya yang putih. Masih lagi merah dan sedikit berdarah.

" Auuuuu Jimin. Panjangnya luka ni! Macam mana boleh teruk macam ni? " soalku. Mataku tidak berkelip memandang luka itu. Sakitnya!

" Lelaki semalam bawa pisau. Dia kelar belakang badan aku sebelum lari. " Jimin menjawab, perlahan. Hati aku naik sebak. Kesiannya Jimin.

       Botol antiseptik aku capai dan letak sedikit cecairnya di kapas putih. Dengan perlahan, aku menekapkan kapas itu di luka Jimin.

" Auch! Auch! " Jimin mengaduh. Badannya bergerak-gerak.

" Tahanlah sikit. Kata gentleman. " marahku. Jimin menggigit bibirnya, menahan sakit.

" Jeongyeon.... " panggilnya. Aku menghentikan perbuatanku dan memandangnya.

" Ya? "

" Pegang tangan aku. Aku takut aku nangis. " katanya. Aku tercengang.

" Nangis? Seriuslah, Jimin? "

" Please ..... " aku mengeluh. Tangannya aku capai dan genggam erat. Barulah antiseptik itu ku sapu lagi. Tanganku terasa digenggam dengan sangat erat. Jimin sakit sangat ni.

     Selepas dibalut, Jimin bangun untuk mengambil bajunya. Namun, segera aku menghalang.

" Jangan pakai baju! " larangku. Jimin mengangkat kening.

" Gatal eh kau? Nak tengok body aku. "

" Bukanlah! Luka itu baru balut. Nanti bergesel dengan baju takut terbuka balutannya. " terangku. Jimin mengangguk dan menuju ke katil. Badannya ditiarapkan.

" Aku kena tidur meniarap lah lepas ni. " keluhnya. Aku tertawa kecil.

" Thanks selamatkan aku. Jasa kau aku akan kenang. "

" Hurm. " gumamnya. Aku menghampirinya.

" Jimin.. "

" Hurm. "

" Kau tahu kan aku bencikan kau. "

" Hurm. "

" Tapi hari ni, aku baru tahu yang kau ni baik juga. Kau ada sisi baik tu. " Senyap. Tiada jawapan daripada Jimin. Segera aku menoleh. Amboi, tertidur rupanya. Comel je muka. Kedengaran dengkuran kecil daripada bibirnya. Aku tersenyum dan menyelimutkannya.

Thank you Park Jimin.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now