IX

627 101 4
                                    

| yoora pov

"Aku hantar kau pergi sana, kau balas dekat aku macam ni?!"

"Mulai harini, kau bukan anak aku lagi! Pergi kau dari sini!"

Aku termenung sendiri. Kata-kata appa masih terngiang-terngiang ditelinga aku. Agak sulit untuk terima kenyataan bahawa aku bukan anak dia lagi, tapi aku rindu aku yang dulu.

"Takpelah Yoora, takdir kau memang dah tertulis sejak azali lagi." kata aku sendiri. Aku melihat kedai-kedai yang berada dalam kawasan shopping mall ni.

"Appa, nanti Yoora bayar card credit appa balik tau. Vans Marauder Maps ni limited appa."

"Okay sayang, belilah." Jujur aku rindu bila appa manjakan aku. Mungkin ini balasan untuk aku sebab selalu mengendahkan apa yang appa nak.

Appa suruh aku jadi doktor, aku tolak. Aku lebih memilih ikut hati aku. Aku nak jadi cartoonist tapi appa campakkan aku satu universiti dengan Yohan. Satu course lagi tu.

"Congrats maam, it's a girl." maafkan mama, sayang. Mama tak sempat nak jumpa sayang. Aku masih teringat macam mana aku survive sorang-sorang dekat UK; duit cukup-cukup untuk bayar sewa, pregnant lagi, ticket flight balik Korea lagi.

"PAPA!!" aku terdengar sesorang jerit dari arah kawasan permainan kanak-kanak. Kebetulan aku lalu kat kawasan tu kan, aku pergi mencari siapa empunya suara tersebut.

"Eh, sayang kenapa ni?" pujuk aku. Aku tengok dia macam familiar tapi tak tau dekat mana.

"Korang buli dia eh?!" tanya aku kepada dua orang budak lelaki yang berumur lingkungan 6-7 tahun.

"Dia yang lari-lari lepas tu hancurkan istana pasir kitorang ahjumma." balasnya.

"Tah, anak ahjumma nilah salah. Kitorang cubit dia je sebab langgar istana pasir kitorang." balas yang seorang lagi tu.

Aku hanya mampu menjengkilkan mata kearah mereka berdua. Aku tau dia yang salah tapi janganlah sampai cubit.

"Lain kali jangan guna kekerasan terhadap perempuan tau. Ni sampai lebam ni apa yang ahjumma nak bagi tau dekat suami ahjumma?" balas aku. Kesian weh, sampai lebam dia cubit budak perempuan yang aku pangku ni.

"Minta maaf cepat." ada satu suara garau berada dibelakang aku.

"Maaf ahjumma, ahjushi. Kami takkan ulang benda yang sama." balas mereka.

"Ha, uncle nak pesan, nanti bila dah besar, jadi lelaki yang bertanggungjawab tau." ucap lelaki tersebut.

Deg, kenapa aku rasa seram sejuk bila dia sentuh bahu aku.

"Okay uncle." balas mereka berdua.

"Kejap, we need to talk."

****

"Kenapa lari daripada saya?" tanya dia. Aku dah cakap dah aku kenal.

Dia, Kim Yohan, ex-boyfriend aku. Eh, ex ke?

"Entahlah." balas aku acuh tak acuh. Aku tak dapat kekuatan nak pandang dia sekarang ni, rasa takut dan benci masih bersarang dalam hati ni.

"Yoora, anak kita mana?" tanyanya. Aku menelan air liur dengan pahit. Macam mana aku nak jawab ni..

"Yohan.. hm sebenarnya.." aku takutlah bodoe. Janganlah pandang macam tu.

"Anak kita hilangkan?"

Ya Tuhan, mohonlah aku rasa jiwa aku separuh dah hilang kat sini. Suasana rasa awkward dan malu.

Gila kau, aku dah lama lost contact dengan dia ni tetiba muncul jadi suami aku. Fikir kelakar ke?

"Eunsang cadangkan kita berdua buat DNA test." katanya sambil menghirup teh hijau. Aku terkejut.

"DNA test?" tanya aku. Terkejut ni, serius.

"Esok siap aku ambik kau. Eh, takyah malam ni tidur dekat rumah Hyeseul. Aku hantar dekat sana." balas dia dengan nada rendah. Aik, dia siapa nak aturkan hidup aku ni?

"Ha, jangan ambil ecstasy dengan ganja lagi tau." pesannya. Dia upah spy ke suruh jaga aku? Sibuk betullah.

"Aku ambik barang terlarang tu sebab kau." balas aku.

"Tapi kita boleh jernihkan keadaan balikkan? Takpe, esok kita pergi hospital lepas tu pergi rumah appa." balasnya sambil mengelus jari jemari aku. Sumpah, rindu zaman bercinta bagai nak rak dulu.

Duduk bawah pokok, Yohan baring atas paha aku, mengelus rambutnya sambil menghirup udara segar dekat UK. Sokong Yohan semasa perlawanan basketball.

Rindu, tapi semua tu sia-sia sebab dia jugak. Bila dengar appa, aku takut. Aku takut appa tanak pandang anak dia ni dah.

"Appa.. dah buang saya." balas aku. Pendek tapi cukup menyakitkan jiwa sanubari aku.

"Tapi, saya tak pernah buang awak dalam kehidupan saya. Saya datang rumah sewa awak, awak lari dari saya. Saya datang untuk bertanggungjawab tapi hm orang tak sudi dengan kitakan." balas Yohan. Aku tersentak. Mulalah sendu ni hm..

"Maafkan saya sayang." tambah Yohan lagi. Aku melihat kearah Yohan, dia menangis.

"Dahlah, janganlah nangis. Buruk." pujuk aku.

"Eh dia ni, baru nak feel-feel macam drama." katanya sambil mencuit hidung aku. Haih rindunya..

"Awak.." Aku memandang kearah Yohan dengan pandangan nak-apa-lagi?.

"I love you." ucapnya sambil kucup pipi. Okaylah, i felt butterfly in stomach.

Rasa macam kena confess balik. Aigoo.. Dadah mana dadah..

****
to be continued

baby eunsang milik siapa ➸ lee eunsang Where stories live. Discover now