MJ 1

1.4K 49 2
                                    

PAGI-PAGI lagi Nadia Roselle sudah mengayuh basikal buruknya untuk menjual nasi lemaknya di sekitar kampung. Itulah rutin hariannya selepas ibunya pergi menghadap Ilahi ketika dia berumur 13 tahun.

      Masih teringat lagi ketika dia menangis di perkuburan ibunya, Mak Nah ataupun nama sebenarnya Puan Hasnah binti Qair. Ketika itu, dia sangat sedih akan pemergian ibunya.

Perasaan sedih dan hiba saja tanah perkuburan di situ. Hanya kedengaran tangisan budak perempuan berumur 13 tahun yang memenuhi tanah perkuburan itu.

     Hatinya sedih apabila ibunya meninggal ketika dia baru pulang dengan kertas peperiksaan UPSR yang cemerlang di tangan. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ibunya pengsan di dapur dengan mulut yang berlumuran darah.

     Dia cuba sedaya-upaya meminta pertolongan jiran-jiran kampung. Sesampainya di hospital, doktor mengesahkan bahawa ibunya sudah meninggal dunia akibat kanser otak stage 4.

     Dia tidak dapat menerima berita tersebut. Selama ini, dia ada juga ternampak ibunya makan ubat akan tetapi, dia tidak tahu itu ubat sakit apa.
     Dia tidak percaya orang yang dia sayangi pergi dahulu tanpa melihat dia cemerlang dalam PT3 mahupun SPM. Setelah puas Nadia menangis meratapi pemergian ibunya, dia pun pulang kerumah.

    Setibanya dia di rumah, ayahnya menamparnya dan berkata ini semua salahnya. Ayahnya sama sepertinya juga, tidak dapat menerima pemergian Mak Nah. Tapi, mengapakah ianya salahnya?

      Bukankah doktor sudah mengatakan bahawa ibunya meninggal adalah disebabkan kanser otak stage 4?

Jadi, mengapa ayahnya terus-terusan menyalahkan dirinya?

Sehingga kini, ayahnya selalu mendera dan menghinanya dengan mengatakan bahawa dia seorang pembunuh.

Ayahnya selalu balik dengan bau arak yang busuk.

Mrs Jayden [OG]Where stories live. Discover now