BAB 1• Harrier

77 17 2
                                    




Kanak-kanak lelaki yang berambut hitam dan bermata biru cerah bersinar,merenung langit biru di atasnya dengan mulut yang terlopong seperti buat pertama kalinya dia dapat melihat langit biru yang bercahaya terang.

"Harrier,"panggilan suara garau seseorang,menarik perhatian anak kecil itu,membuatkan kanak-kanak yang mengenakan kemeja putih dan sepasang seluar putih,berlari ke arah lelaki beruban dan berkaca mata itu dengan wajah ceria.

"Papa!"Teriaknya sebelum memeluk susuk separuh abad itu dengan erat.

"Apa yang Harrier buat bersendirian di sini?"Soal Abraham yang melutut bagi menyamai tingginya dengan kanak-kanak lelaki berwajah polos itu.

"Melihat....langit?"Kata Harrier yang lebih kepada persoalan.

"Ini merupakan pertama kali Harrier melihat langit ke?"Soal Abraham dengan senyuman,terpesona dengan mata biru cerah Harrier yang bagaikan bersinar ketika mengangguk.

"Papa tahu,"Harrier mulai berceloteh,menyentuh kedua belah pipi lelaki tua itu yang dianggapnya sebagai ayah walaupun menyedari lelaki itu bukannya ayah kandungnya."Pak cik Kelvin bercerita pelbagai benda tentang kejadian langit tetapi Harrier lebih berminat dengan warnanya!"

"Eh?"Abraham mengukir senyuman manis,"mengapa?"Soalnya ingin tahu semasa kanak-kanak kecil itu semakin mendakap kemas tubuhnya.

"Papa tahu,warna langit tu hampir sama dengan warna mata Harrier!"Ujarnya dengan ceria,sebelum wajahnya bertukar redup.Abraham yang menyedari perubahan itu,mulai menggelabah."

"Kenapa Harrier?"Soalnya bimbang akan sesuatu yang tidak menyenangkan anak kecil itu.

"Mmm.."Harrier menggelengkan kepalanya,sebelum tersenyum nipis,"Harrier cuma sedih yang mata Harrier berbeza dengan orang lain yang berada di sekitar ni..."

"Kenapa sedih?"Soal Abraham kebingungan,"mata Harrier lebih cantik dan kelihatan unik."

"Harrier tak suka menjadi unik!"Ungkap Harrier dengan wajah muram,"nanti Harrier kesunyian di dunia Harrier!"

"Betul?"Abraham cuba mengusik tetapi membuatkan Harrier mengembungkan pipinya.

"Betulah!"Ucap kanak-kanak kecil berambut hitam itu dengan kedua-belah tangan yang diangkat ke udara.

"Baiklah,"Abraham mendakap tubuh anak kecil itu,membuatkan kanak-kanak itu,mengeluarkan suara berdecit kerana terkejut dengan tindakannya,"sekarang,Harrier tak akan kesunyian lagi,kan?"

Harrier yang pada mulanya terkejut dengan tindakan Abraham,kini tersenyum bahagia sebelum membalas dakapan tersebut dengan senyuman lebar.

"Hmmm!"Jawabnya,ceria.

HYBRID PROJECTWhere stories live. Discover now