B B Y M 2 3

Mulai dari awal
                                    

"seriuslah,daddy? Daddy, daddy tahu tak Ainul tu antara pelajar paling pandai dekat dalam sekolah tu. Adam ni paras kuku ibu jari kaki die je. Macam mana nak lawan?" balas Adam. Tak logik betul. Aku dah lah kelas ketiga. Matematik pun selalu tak lulus. Nak lawan Ainul semua subjek dapat A+ kecuali Pendidikan Islam.

"tak kiralah dia pandai ke tak pandai ke. Daddy tetap nak Adam lawan gred dia. Kalau tak...." ujar Encik Razali sengaja menggantungkan ayatnya.

"kalau tak apa?" tanya Adam.

"kalau tak pulangkan balik kunci kereta, kad kredit dan daddy akan kunci gameroom" jawab Daddy.

"are you serious, dad? That's imposible! Ainul tu pandai daddy tahu tak? One more thing, don't you remember that who give me the credit card? Mama tau daddy, " ujar Adam.

"when I say you should get it then you MUST get it!" marah Encik Razali meninggikan suaranya. Sengaja dia tekan perkataan itu.

" but, daddy......"

"NO BUTS! If you can't get it, then no gameroom, no credit card and no car! The end!" putus Encik Razali membuat keputusan muktamad.

"huh.." Adam mengeluh. Dia meraup kepalanya.

"sadis betul hidup kau. Daddy kau tak tahu ke aku ni terlalu pandai untuk dilawan?" balas Ainul simpati mendengar kisah sedih itu.

"sebab tulah aku tak nak daddy aku kahwin dengan mommy kau tu" ujar Adam. Dia menyerabutkan rambutnya.

"Tapikan, kau tak fikir ke kalau kau rosakkan wedding tu. Makin teruk kau kena. Entah-entah kena halau terus." ujar Ainul.

"eh, tak adanya. Aku ni lah satu satunya anak dia. Tak kan dia nak halau" balas Adam yakin.

"how can you be so confident, Adam? It's not impossible, you know?" ujar Ainul. Terlebih yakin dia ni. Kang kena halau betul-betul baru tahu.

"Miss Ainul Mardhiah, I know him well. He wouldn't do that!" ujar Adam dengan yakin.

"Nanti dah kena halau jangan minta tolong aku eh kau," celah Iman tidak tahu datang dari mana.

"Eh?" Ainul dan Adam membulatkan mata melihat kehadiran Iman disitu.

"Terkejut kan? Tadi aku bagi salam. Kau orang yang tak nak buka pagar. Last-last aku buka sendiri," ujar Iman lalu melabuhkan punggungnya disebelah Ainul.

"Dd. Dd. Dah berapa lama kau dekat situ?" tanya Adam gagap.

"Lama jugalah. Sempat dengar kau cerita yang pasal daddy kau nak rampas semua barang kau kalau kau tak boleh kalahkan Ainul. Apa lah daddy kau ni. Dia tak tahu ke Ainul antara pelajar paling pandai dalam sejarah sekolah kita," ujar Iman sambil membetulkan selendangnya di bahagian dada.

"Aku pun sokong. Tak masuk akal betul kalau aku dapat kalahkan gred Ainul," ujar Adam.

"Tapikan, kau tak rasa ke? Antara geng geng kita ni. Semua ada rahsia sendiri," ujar Iman lagi.

"Rahsia? Maksud kau?" tanya Adam tidak faham.

"maksud aku macam kau orang berdua kena jadi adik beradik tiri, Farisya pula kena kahwin dengan Hakim," jelas Iman.

"Eh, wait wait. Apa kau cakap tadi? Hakim kahwin dengan Farisya? Are you serious?" soal Adam tidak percaya.

"Aku ada buktilah mereka kahwin senyap-senyap. Ha ni nah tengok," ujar Iman sambil menayangkan gambar semasa hari pernikahan Farisya dan Hakim.

"The hell?!" Adam terkejut beruk.

"Terkejut kan? Tapi kalau kau dah tahu, kau kena diam. Biar je mereka simpan rahsia tu. Kita akan tengok sampai bila mereka boleh simpan rahsia," ujar Ainul pula. Adam mengangguk.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang