CHAPTER 4

6.6K 211 5
                                    

BAB 4

RAUL JUDE POV

"Jude, can mama ask something?" soal mama tiba-tiba. Saya yang sedang khusyuk menonton berita menoleh ke sisi. Mama yang yang duduk disebelah kanan saya pandang sekilas dan kembali menatap television di hadapan.

Saya boleh agak apa yang mama mahu tanya. Seperti biasa jika saya balik kesini mama memang tidak akan lepaskan peluang menembak saya dengan soalan yang membuatkan saya rimas.

"Go ahead ma. What is it?"

"You already thirty Jude. Bila mahu bagi mama menantu dan cucu. Mama feel alone, Jude. Carilah seseorang yang boleh jadi isteri kamu. Sekurang-kurangnya ada juga kawan mama kalau Renny pergi kolej."  ini sudah menjadi topik utama mama bila berbual dengan saya, saya rimas tapi tidak sanggup nak sakitkan hati mama.

Saya cuma mendiamkan diri mendengar kata-kata mama tadi. Apa yang patut saya jawab tanpa melukakan hati mama?Saya mengeluh. Renny yang sedang berbaring di sofa sebelah mama hanya melayan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan kami. Dia ini dari dulu memang begini. Tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Suka berada dalam dunianya sendiri.

Saya menghadap mama dan memegang kedua tangannya. Saya tunduk. Memikirkan ayat yang sesuai untuk soalan mama tadi. Saya tidak mahu kecewakan mama. Tapi sampai sekarang saya masih tidak boleh terima apa yang pernah Quennie buat pada saya. Disebabkan dia saya seperti trauma ingin bercinta dan melangkah ke alam perkahwinan.

"Soon ma. I will give you grandchildren. What do you want? A boy or a girl?" mama tergelak mendengar kata-kata saya. Dia usap pipi kanan saya.

"Macam mana mahu bagi mama cucu kalau menantu pun belum ada? Now tell me, how?" saya terdiam. Takkan saya mau bagitahu mama tentang perkara itu. Sah-sah mama tidak akan setuju.

"Allaa.. ma. Don't worry. I can handle this. Just wait okey?" mama mengeluh dan menganggukkan kepalanya.

"Ma.. Saya kena keluar ni. Ada janji sama Dillan." saya bilang seraya berdiri. Renny menoleh tengok saya.

"I thought you will sleep here, brother. Lama sudah abang tidak tidur sini." finally bersuara juga ini budak. Macam ada emas saja dalam mulutnya,susah betul mahu dengar suara.

"Abang datang sini just mahu dinner sama kamu. Kalau ikutkan hati, abang nak tidur sini malam ni tapi ada hal Dillan mau bincang dengan abang." saya mencapai kunci kereta yang berada di atas meja coffee itu.

"Ma.. saya jalan dulu." saya peluk tubuh mama yang sudah dimamah usia itu dan mengucup dahinya.

"Okey son. Be careful. Jangan drive laju sangat." pesan mama. Saya angguk kepala. Saya dekat Renny dan mencubit kedua belah pipinya. Terjerit dia kesakitan.

"Abang sakitlah!!" aduhnya.

"Renny masih belajar. Jangan ingat mahu bercinta. Jaga mama kalau abang tiada di rumah. Understand?" saya lepaskan pipinya. Berabis dia gosok pipinya yang sudah bertukar merah. Macam tomato sudah pipi Renny saya nampak.

"Siapa juga yang mau bercinta sekarang. Abang tu yang kena bercinta, kahwin dan buat anak. Ishh!! Suka hati dia saja tuduh orang bercinta." muncung sudah bibir Renny.Saya ketawakan dia. Lucu pula kalau Renny sudah banyak bercakap. Dia jenis yang tidak suka banyak cakap kalau di rumah. Tapi ini hari boleh tahan banyak ayat yang keluar dari mulutnya.

"Ingat pesan abang .Jangan bercinta kalau masih study. Study betul-betul. Nanti tolong abang handle syarikat tu. Takkan abang sorang ja yang kena pikul semua." saya menasihatinya. Renny rolled her eyes dan buat mulut macam orang OKU. Astagaa, ini budak kena bagi nasihat begini pula gayanya.

I'm His Surrogate( Completed )Where stories live. Discover now