MUSIM 2: BAB 4-KOD

Start from the beginning
                                    

"Fauzi!" balas mereka.

Penasihat:

Fauzi

"Tak apa. Kamera aku ada kanta tu," celah Hanif tersenyum nakal.

Jurukamera:

Hanif

Hanif memandang kotak hitam, tempat tinggal Ruby. "Ruby."

Ruby munculkan diri pada skrin kotak besar itu. "Ya, Hanif."

"Tolong carikan beberapa buah kedai kamera. Lepas tu, analisis kualiti dan harga."

"Baik." Skrin kembali terpadam.

Khairil Ihsan mengawal kereta kebal ke pintu keluar blok.

"Okey, keluarlah!" kata Zulfadlie menonton rakaman itu.

Maka, kereta kebal kawalan jauh itu dipandu keluar dari blok kayu itu. Hakikatnya, kereta kebal itu terbalik akibat bentuk muka bumi yang tidak rata. Mereka yang menonton video itu terdiam.

"Dah terbalik," kata Khairil Ihsan tanpa emosi.

"Tak apa. Aku betulkan," kata Faiz dengan kelajuan pantas keluar dari kelas.

Kru Penyelamat:

Faiz

Sementara itu, mereka yang lain berfikir tentang kereta kebal itu.

"Hmm... bunyi kereta kebal tu boleh menarik perhatian orang sebab transmission. Esok, aku bawa transmission yang aku buat. Mungkin boleh perlahankan kereta kebal tu. Kereta kebal tu macam motosikal juga. Aku tahu pasal ni," terang Syamil tersengih.

Penyokong Rancangan Sistem Pemanduan:

Syamil

"Boleh juga. Aku tolong cat kereta kebal tu ala-ala camouflage sebab kelas kita dekat dengan hutan. Boleh jadi penyamaran dekat sini," kata Zulhilmi mengeluarkan warna air dari begnya.

Pengurus Penyamaran:

Zulhilmi

"Bagus idea tu. Aku pula akan buat pelan kawasan ni sebab aku dah tahu selok-belok kawasan ni," kata Immanuel meletakkan jarinya di dagu.

Pelukis Pelan:

Immanuel

Dari jauh, Iskandar hanya memerhati gelagat rakan sekelasnya. Macam skuad mengintai seluar dalam perempuan je, desis hatinya.

"Baik, kita tunggu esok!" kata Hanif bersemangat.

***

Esoknya, para pelajar lelaki berkumpul untuk misi khas mereka. Kotak transmisi yang diubahsuai, diletakkan di meja Khairil Ihsan.

"Aku dah ubahsuai transmission semalaman," kata Syamil.

Sebungkus roti capati turut diletakkan di atas meja.

"Err... Roti capati yang kau order semalam tu dah sampai," kata Raviendra.

Pembekal Makanan:

Raviendra

Khairil Ihsan hanya berdiam sambil mengubahsuai kereta kebal kawalan jauhnya. Dia meletakkan kereta kebal itu ke lantai lalu mengawalnya. Kereta kebal kecil itu dikawal keluar kelas, meluru ke hutan.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now