PLAYBOY VS HEART STONE (EP1)

259 8 0
                                        

EPISODE 1

Joshua Liam anak tunggal kepada pasangan suami isteri Tan Sri Dennis dan Puan Sri Mariyam. Joshua merupakan pewaris kepada Tan Sri Dennis untuk menggantikkan Tan Sri Dennis sebagai CEO Syarikat Sky Entertaiment.

Joshua mempunyai seorang Kawan Baik iaitu Luna Katrynn. Joshua seorang Lelaki “ playboy ” dan Luna seorang Gadis yang berhati batu tidak percaya kepada Cinta dan Sukar menerima cinta seorang lelaki dalam hatinya sebab itu Luna di gelarHeart Stone” .

Luna berkerja di Syarikat Sky Entertaiment Sebagai PA Joshua.

“ Luna..” Joshua menghampiri Meja Luna. Luna melepaskan keluhan.

“ Apalagi Joshua..”

“ Nanti boleh tak awak cancel meeting aku dengan Datuk Faris sebab Aku nak jumpa Maya..”

“ Joshua , ni bukan masa kau nak keluar date dengan Maya okay , Meeting ni penting.. Kalau Tan Sri tahu kau cancel meeting ni , habis kau , aku tak nak tolong jawab lagi ni..” Jawab Luna dan menggelengkan kepalanya.

“ Tapi , Maya is important now , kalau Aku tak dapatkan dia , habisla..”

“ Maya mana lagi ni hah , Joshua boleh tak kau fokus sikit dengan kerja kau ni , aku dah letih tahu tak buat semua kerja kau ni.. ”

“ Alah , sekejap je.. Tak lama , Aku janji.. ”

“ No , Kali ni Aku tak nak kau cancel meeting tu , kau kena juga jumpa Datuk Faris pukul 2 petang ni.. No execuse..” Jawab Luna tegas dan sambung buat kerjanya. Joshua mendengus dan memandang Luna dengan geram.

“ Orang minta tolong sikit pun tak boleh..”

“ Joshua jangan membebel depan Aku , Sebelum fail atas meja aku ni melayang kat kepala kau tu , lebih kau masuk bilik pejabat kau sana sambung kerja kau sana..”

Joshua telan air liurnya , Luna garang juga. Joshua terus melangkah ke bilik pejabatnya semula.

“ Suka hati dia je nak keluar masuk pejabat , tahula syarikat ni bapa kau punya , tapi aku ni sakit-sakit nanti siapkan kerja kau semua..” Bisik Luna dengan geram. Luna melepaskan keluhan.

Joshua menoleh memandang Luna semula , Joshua mencebik bibirnya.

“ Bukannya tolong kawan tapi nak seksa hati dan perasaan aku ni.. Eee kau ni Luna.. ” Joshua mengeroyok sekeping kertas atasnya dengan geram.

Joshua memandang keluar bilik pejabatnya lagi , Luna memandang kearahnya dan menunjukkan penumbuknya kearah Joshua. Joshua terua menutup tingkap bilik pejabatnya.

“ uiii garangnya..” Bisik Joshua dan kembali ke tempat duduknya.

Telefon atas meja Joshua berdering , Joshua terus menjawab panggilan itu.

“ Jom Lunch..” Joshua melepaskan keluhan bila mendengar suara Luna mengajaknya makan tengah hari.

“ Tadi aku nak keluar dengan Maya , dia larang aku , sekarang nak ajak aku lunch pula , sekarang baru pukul 11.30 pagi , awal lagi nak pergi lunch..” Ngomel Joshua dan mencapai kunci keretanya lalu melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

“ Muka tak payahla nak minta kasihan sangat , kau tak boleh keluar date hari ni , jangan cuba nak larikan diri pula.. Maya tu bukannya penting sangat pun okay..”

“ Eh , She important in my heart..” Jawab Joshua membantah cakap Luna.

“ Uwekkk.. Nak aku muntah hijau kat sini ke hah , Jangan nak berangan lebih , nama pun playboy semua perempuan la important dalam hati kau tu.. Satu pun tak boleh pakai..” Ujar Luna dan mendengus. Joshua mencebik bibirnya meniru gaya Luna memarahinya.

“ Kau pun samala.. Jangan kata aku je..” Ujar Joshua tak nak mengalau juga.

“ Hah apahal dengan aku ..” Soal Luna dan berhenti melangkah lalu menoleh memandang Joshua. Joshua terus diam.

“ Kau la.. ”

“ Yes kenapa dengan aku.. Kau nak samakan aku macam kau ke.. Kaki perempuan ..”

“ No.. Kau hati batu , eleh sebab tulah kau macam ni , cemburukan sebab aku ni ramai perempuan suka kat aku , tapi kau , satu lelaki pun tak pandang kau sebab hati kau tu macam batu , tak nak terima lelaki dalam hidup kau tu.. ”

“ Cemburu.. Bila masa aku cemburu dekat kau ni hah.. ” Luna terus menarik telinga Joshua dengan geram.

“ ahhhh sakit la..” Joshua menolak tangan Luna dari terus menarik telingannya.

“ Aku tak nak percaya dengan lelaki , sebab semua lelaki macam kau ni la , suka mainkan hati dan perasaan wanita.. Nak memuaskan nafsu je , bila dah puas , kau orang tinggalkan..”

“ Eh jangan samakan aku dengan lelaki macam tu , aku ni masih ada hati dan perasaan tahu ..”

“ Cakap tak serupa bikin , lepas ni adalah nanti kau jumpa aku , Luna tolong aku .. Itu ini.. ” Ujar Luna sambil membuat mimik muka depan Joshua. Joshua mengeluh.

“ Kau perli aku ke Luna hah..”

“ Tak.. ” Jawab Luna dan melangkah pergi.

“ Eh tunggu aku oii..” Joshua mengejar Luna yang sudah jauh meninggalkannya di belakang.

“ Aku nak makan dekat kedai sana je..”
Luna menunjukkan ke arah sebuah kedai makan Di seberang Jalan kepada Joshua.

“ Eh , kau tak perasan ke kedai makan tu macam kotor je..”

“ Tak ada pun , Kau seorang je cakap macam tu sebab kau tak pernah kr sana kan.. Asyik nak makan dekat restoran je.. Tahula kau banyak duit.. ” Jawab Luna dan paksa Joshua mengikutinya ke kedai makan itu.

“ Luna , kau biar betul.. Kalau aku sakit perut nanti , kau kena bertanggungjawab.. ”

“ Hah , bagusla , Aku harap.perut kau tu sakit , biar padan muka , suka sangat nak cakap yang bukan-bukan” Ujar Luna. Joshua mendengus.

“ Siapala nanti lelaki bertuah jadi suami kau ni , Kau ni garang macam singa la Luna.. Boleh tak lembut sikit..”

“ Copp , diam , sekarang waktu makan.. Aku nak makan , jadi jangan cakap lagi.. ”

“ Eee.. Ni buat aku tak puas hati ni.. ” Joshua melepaskan sudunya dan mencekak pinggangnya memandang Luna.

“ Aku doakan nanti , kau dapat suami lebih garang daripada kau ni Luna.. ” Ujar Joshua dengan Geram. Luna mencebik bibirnya dan teruskan suapannya. 

Walaupun mereka selalu bergaduh tapi tak pernah dalam hati masing-masing ada perasaan dendam atau dengki antara satu sama lain. Mereka berdua selalu menyelesaikan masalah dengan baik.

PLAYBOY VS HEART STONEStories to obsess over. Discover now