R.E.V.E.N.G.E

105 5 2
                                        

Tak semua kisah hidup itu indah
Kadang suka
Kadang duka
Untuk mendapat kebahagian itu bukannya mudah

Dan
Kadangkala, ada sahaja yang sentiasa dengki dengan kehidupan kau
Sedangkan
Kau langsung tidak tahu menahu akan kisahnya

Dendam, tetap dendam yang pasti dilunaskan

Tapi...
Tika dendam dan cinta bersatu,
Mampukah dendam itu dapat dilunaskan demi cinta yang diinginkan selama ini

Atau...

Dendam kekal menjadi dendam.

---

Setia. Aku tahu ada yang percaya pada setia seseorang pada seseorang. Dan aku yakin, pasti masih ada yang setia. Bahkan sangat setia pada mereka yang dicintainya. Yang sedihnya apabila setia itu tidak dihargai oleh mereka yang dicintai dan dikasihi.

Mengapa?

Mungkin manusia itu sendiri tidak tahu apa itu menghargai. Kasih sayang dianggap sebagai sesuatu mainan. Kasih sayang yang diberi dianggap sebagai gurauan. Sebab itu, munculnya kayu tiga yang berpunca daripada orang ketiga. Apabila kasih sayang itu tidak lagi dihargai, maka hati mula menjadi keras untuk menerima semuanya dan memberi apa yang diberi selama ini.

Tapi...

Kenapa aku?

Kenapa masih ada aku yang masih menerima seseorang sepertinya? Orang yang sentiasa mencaci maki aku.

Dia.

Orang yang ku sayang.

Dia.

Orang yang aku kasih.

Tapi.

Mengapa kasih ku tidak dihargai? Cintaku dianggap sebagai mainan.

Dan...

Kata-kata cintanya penuh dengan dusta.







































cerita yang bakal keluar ni penuh dengan part yang mengarut dan mungkin tak masuk akal. Banyak yang merapu dan pelik. Ayat-ayat yang tunggang terbalik dan pelik. Dan yang pasti sangat tak matang perangainya. Jadi saya harap korang dapat baca cerita ini dengan hati yang terbuka sebab jujur saya katakan watak heroin agak annoying (saya tak tahulah korang macam mana) Haha... Saya di sini akan cuba sebaik mungkin untuk buatkan cerita ni meletup haha. Insyaa Allah kalau korang suka. Kalau korang tak suka, takkan saya nak menangis, kan? Dah tak suka, saya nak buat apa? Cuma saya harap korang suka itu aje. Tata !

Dan maaf kalau cerita ni tak seperti yang korang harapkan. Saya cakap awal-awal sebab saya takut ada masalah kecelaruan 😂 saya ni suka tukar ii jalan cerita 😂

P/s : sye akan up prolog bila kerajinan saya menjemput tiba 😂 (yang pasti sangat lambat)

Tata ! 🙋

(Note: doakan cerita ni menjadi ye 😂)

Aleesya Nursafiyah [HIATUS]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant