Memori

495 48 6
                                    

Satu persatu gambaran menerjah ke kotak ingatannya. Qayyum terbaring lemah di atas rumput.Rumput itu berada di hadapan sebuah istana. Dia kenal nama istana besar itu.. Istana Asmeralda. Tempat asalnya.
       Dadanya terasa sakit. Tangannya terluka dan mengeluarkan darah bewarna putih. Di hadapannya terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri sambil tersenyum sinis.
Di tangannya, dia memegang satu tongkat bewarna merah. Lelaki itu bernama Musfar. Pemerintah bangsa api. Dialah yang memulakan perang.
     " sebaik sahaja, kau mangkat..Asmeralda akan jadi milik Ku."ujar Musfar sambil tergelak bangga.
      "Jangan... Ingat macam tu..." Qayyum cuba bangun. Tangannya mencapai satu tongkat yang sama tetapi bewarna biru.
       Musfar tergelak. Dia mengetuk tongkatnya ke tanah sebanyak 2 kali. Kemudian, satu gegaran kecil dirasai diikuti bunyi laungan.
      "Hidup,bangsa Api!" beberapa orang askar mucul di belakangnya lalu meluru ke arah Qayyum.
       Qayyum memegang tongkatnya secara melintang menggunakan kedua dua tangannya. Satu perisai lut sinar dengan aura biru mengelilinginya.
     Askar askar itu mengeluarkan api dari tangan mereka lalu menumbuk perisai itu. Qayyum terkebelakang sedikit.
     Tiba tiba perisai lut sinar itu membesar dan menolak askar askar itu kebelakang. Qayyum menoleh kebelakang.
     Fuad tersenyum sambil tangannya diarahkan ke hadapan. Tangannya mengeluarkan sejenis aura biru.
Aura Air dan Aura Ais keturunan Asmeralda.
      "Kamu tak dapat bertahan lagi! Lepaskan perisai ni!" ujarnya.
      "Tapi.. " Qayyum tidak mengendahkan arahan Fuad. Tongkatnya dimarakan ke depan. Cahaya biru dan putih mucul di hujung tongkat.
      "Gordon, bawa Qayyum pergi!" arah Fuad.
       "Ayyum takkan pergi!" Qayyum melepaskan satu tembakan ke arah askar askar yang sedang cuba memecahkan perisai itu. Mereka membeku.
      Musfar kagum, rupanya putera bongsu itu mempunyai aura yang kuat.... Tapi tidak sekuat tongkatnya.
      "Air dan ais bersifat lembut dan dingin. Api bersifat panas dan keras kuasa kamu takkan setanding kuasa ku!" Musfar mengangkat tongkatnya. Hujung tongkatnya bercahaya dan mengeluarkan cahaya merah, kuning dan jingga. Kemudian ditembak ke arah perisai itu.
     Perisai lut sinar itu pecah berderai menolak Qayyum dan Fuad ke belakang. Gordon sempat menangkap mereka berdua.
       "Musfar mesti dihentikan!" Fuad bangun tapi ditahan oleh Gordon. Gordon menunjuk ke arah Qayyum. Qayyum sedang memegang dadanya menahan sakit.
      "Kita kena berlindung!" Fuad memapah Qayyum masuk ke dalam istana diikuti Gordon.
      "Anakanda!" Sura berlari sambil memegang pedang.
      "Keadaan Qayyum semakin lemah.. Bonda kena tolong.." Fuad berkata. Sura terus berlari mendapatkan puteranya.
     "Qayyum kena pergi jauh dari sini!" Sura menyatakan keputusannya.
     "Tak! Qayyum kena ada dekat sini!.... Qayyum takkan tinggalkan Asmeralda!" Qayyum duduk dan masih berdegil.
      "Qayyum kena!" Sura memandang Gordon. Ada rahsia yang tidak diketahui Qayyum.
Firdaus, penasihat diraja diarahkan untuk menjaga permata biru dan Qayyum. Fuad menawar diri untuk tinggal tetapi dihalang oleh Sura untuk menjaga Qayyum.
    "Apa yang bonda merepek ni?! Qayyum takkan tinggalkan Asmeralda atau bonda!" Qayyum berkeras.
     Pintu masuk istana digegar kuat. "Tak.. Kamu kena pergi. Bonda janji akan ceritakan segalanya... Bila waktunya tiba nanti.." Sura tersenyum.
     Itulah perkara terakhir yang Qayyum ingat sebelum dia dikelilingi cahaya putih.

Apabila dia bangun,dia berada di hospital dan dikatakan hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya.
     Qayyum tidak percaya.. Dia sukar untuk mempercayainya.
...
Vote n comment!😊🌸

Rahsia Keturunan ( C )Where stories live. Discover now