bab 1

7 0 0
                                    

"Aku terima nikahnya husna nadrah binti farhan dengan mas kahwinnya RM1000 tunai "

"Sah?"

"Sah sah"

"Alhamdulillah"

Selepas akad nikah dilafazkan oleh harraz hanaqi, majlis diteruskan dengan bacaan doa. Setelah doa selesai dibaca hanaqi berjalan menuju ke pelamin untuk menyarungkan cincin pada husna nadrah. Selama beberapa tahun bersama akhirnya hari yang diangan kan oleh husna menjadi kenyataan. Iaitu hari dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang dicintai nya.

"Husna... Tu harraz nak sarung cincin tu" kata puan maria ibu husna nadrah

Husna pun menghulurkan tangan apabila hanaqi ingin menyarungkan cincin kejarinya. Kemuadian husna menyalam tangan suaminya dan air mata yang lama ditahan semasa akad nikah dilafaz akhirnya menitis juga apabila dia mencium tangan suaminya.

"Terima kasih sebab halalkan saya" kata husna kepada hanaqi sambil menangis.

"Sama sama sayang. Dah jangan nangis. Majlis takhabis lagi. Lepas ni reception pulak. Rosak makeup tu HAHAHA" balas hanaqi untuk memujuk husna.

"Okey. Pengantin lelaki boleh cium dahi isteri. Nak ambik gambar" kata seorang jurugambar kepada hanaqi. Lalu hanaqi mencium dahi husna dengan penuh kasih sayang.

Setelah akad nikah selesai dijalankan,majlis diteruskan dengan majlis resepsi. Ramai yang hadir untuk memeriahkan majlis antaranya jiran jiran,saudara mara dan juga pekerja pekerja syarikat bapa husna iaitu encik farhan.

"Husnaaaa...ya allah.. Dah jadi isteri orang kau sekrang. Lepasni aku kene shopping sorang sorang lah ni hm" kata sahabat baik husna iaitu kairina dengan nada yang pura pura merajuk.

"Elele. Nanti kalau nak shopping ke apa ke roger roger lah aku. Aku on je. Takpe kan biy?"

"Takpe rin. Kau roger je dia. Dari dia jalan sorang sorang risau jugak aku"

"Heheheh. Eh aku takboleh lama ni. Auntie aku nak datang"

"Ooo. Eh tangkap gambar dulu"

Mereka pun tangkap gambar bersama dengan berbagai bagai gaya.Setelah majlis selesai husna dan hanaqi pulang ke rumah keluarga husna untuk mengambil pakaian husna kerana dia akan pergi ke rumah keluarga mertua nya pula.

##########

"Jom masuk" ajak puan maria kepada anak menantu nya

"Ok. Biy,jom lah."

"Eh takpelah. Sayang naik lah dulu. Biy nak borak ngan papa ngan along kejap"

"Ouh okey"

Tanpa berlengah lagi husna terus mendaki anak tangga untuk masuk ke biliknya. Sedang dia sibuk mengemas pakaian nya tiba tiba puan maria masuk.

"Eh bonda" sapa husna kepada ibunya. Puan maria terus memeluk anaknya seerat eratnya.

"Bonda kenapa ni. Bonda jangan lah sedih macam ni. Kalau bonda sedih macam ni berat tau hati adik nak pergi." Kata husna setelah dia melepaskan pelukan ibunya

"Sorry. Bonda sedih lah. Lepasni bonda sorang sorang je kat rumah ni. Papa keje along duduk rumah dia. Selalunya adik lah peneman bonda"

"Alaaa bonda ni. Adik bukan nak pegi jauh naik flight pun. Adik nak pegi rumah mertua adik je. Lagipun kak dira ada kan"

"Memanglah kak dira ada tapi dia kan keje. Takkan nak suruh idham jadi  teman sembang bonda. Anak buah kamu tu kecik lagi bercakap pun takreti. Hmm. Adik nanti jaga diri tau. Even itu rumah mertua adik adik tetap kene jaga diri. Jaga perangai adik ye nak."

"Ye bonda.. Adik tau. Adik sayang bondaaa" kata husna lalu dia terus memeluk ibunya. Apabila pelukan terlerai husna terus menyambung mengemas baju baju nya sambil dibantu puan maria. Setelah selesai berkemas mereka dua beranak pun turun kebawah.

"Dah settle?" Tanya hanaqi

"Dah. Em papa,bonda,adik pegi dulu ye. Halalkan makan minum adik and bonda thanks for everything" kata husna lalu dia terus memeluk ibu bapaya.

"Ye sayang. Papa halalkan semuanya. Naqi.. Jaga puteri papa ni elok elok ye"

"Baik pa" balas hanaqi dengan senyuman.

"Along..kak dira.. Terima kasih sebab banyak tolong husna sebelum ni" husna menyalami pula kakak ipar dan abangnya.

"Most welcome sis. Youre my sister. Kalau bukan i yang tolong u sape lagi nak tolong u kan. Whatever happen i want u know that i and our family always with u. Okey" husna tersenyum dan dia terus melangkah ke keretanya. Setelah hanaqi menyalami keluarga husna,dia membantu husna membawa masuk bagasj milik husna kedalam bonet kereta. Lalu dia dan husna pun memboloskan diri kedalam perut kereta. Sebelum kereta yang dipandu hanaqi bergerak,husna sempat melambai kearah keluarganya. Sayu sungguh hatinya untuk berpisah dengan keluarganya tapi dia sedar sekrang ini dia adalah berstatus isteri orang. Isteri kepada harraz hanaqi lelaki yang amat disayanginya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAAFKAN AKUWhere stories live. Discover now