MUSIM 2: BAB 2-YASMINE

Start from the beginning
                                    

Cikgu Wan memegang tangan Farah Yasmine, terharu. "Terima kasih sebab buatkan impian cikgu jadi kenyataan."

Farah Yasmine tertawa kecil.

"Okeylah, Cikgu Wan. Sekarang kelas Bahasa Inggeris. Kami pergi dulu ya," ucap Ilman Faiz.

"Cikgu makan semuanya ya. Jangan sisa tau," pesan Amira ceria seperti selalu.

Para pelajar berarak masuk ke dalam kelas. Cikgu Wan yang dari tadi tidak sabar, terus menikmati dadih gergasi itu.

Dari dalam kelas, mereka memerhati Cikgu Wan makan.

"Macam mana sekarang?" kata Farah Yasmine kepada Fauzi yang memerhati komputer.

"Setakat ni, Cikgu Wan belum hampir dengan bom tu. Kita tunggu je dalam beberapa minit," kata Fauzi menganalisis.

Farah Yasmine menjenguk keluar tingkap. Dia memerhati sahaja dari situ. Pagi petang siang malam dia fikirkan tentang rancangannya.

Sekejap... aku macam terlupa sesuatu, desis hati Farah Yasmine.

"Aku lupa letak kasih sayang dekat dadih tu!" Farah Yasmine terus menghantukkan kepala ke dinding.

"Hei! Bawa bertenang!" Zafina Shahira cuba menenangkan Farah Yasmine.

Farah Yasmine ditahan daripada menghantukkan kepala lagi.

"Aku pun nak makan dadih tu juga," kata Farah Yasmine.

Tanpa disedari, Cikgu Wan sudah muncul di belakang mereka semua.

"Sedap juga dadih tu ya sampai kamu pasang bom di bawahnya," kata Cikgu Wan memegang bom di tangannya.

Mereka semua terkejut.

"Eh! Macam mana..." kata Zulhilmi kehairanan.

"Cikgu dah tahu sebenarnya. Jadi, cikgu hanya makan bahagian tengah dadih tu lalu masuk ke dalam tanah dan ambil bom dari bawah dadih tu," kata Cikgu Wan tidak hilang senyuman.

Rancangan membunuh Cikgu Wan gagal lagi. Cikgu Wan lalu memakan bom itu.

"Nyum... Nyum... Pasal bom ni mesti Fauzi pasangkan, kan?" kata Cikgu Wan memandang Fauzi.

"Err... ya," balas Fauzi menunduk.

"Cubaan yang bagus. Apapun, cikgu tak dapat habiskan sisa dadih. Jadi, cikgu buatkan dadih seorang satu."

Beberapa cawan dadih dibahagikan sama rata. Pelajar kelas 5F menjamu selera mereka dengan dadih. Biarlah gagal membunuh Cikgu Wan, asalkan dapat menikmati pencuci mulut.

"Hmm... sedap juga. Kita buat kita dadih ni," kata Wahida menikmati dadih.

"Wah, sedap!" kata Farah Yasmine teruja.

Iskandar hanya tersengih melihat karenah kawannya itu.

⭐⭐⭐

Malam itu, seorang wanita sibuk menggosok baju dengan seterika. Kebanyakannya pakaian dalam.

Dalam diam, seseorang mengintai wanita itu. Wanita muda itu melihat Cikgu Wan memerhatikannya dari luar rumah.

"Hah! Kyaaaaaaaaaaaa!!!"

* * *

Keesokan paginya, Kelas 5F belajar ilmu parkour dengan bermain permainan Police Entry. Danial Nabil dan Cikgu Wan menjadi anggota polis. Para pelajar melarikan diri ke dalam hutan.

"Sedia, cikgu. Mula!" kata Ruby selaku pengadil dari telefon.

Danial Nabil mencelup tapak tangannya dengan cat merah lalu terus mengejar para pelajarnya. Dia berlari memasuki hutan. Dalam kelajuan menakjubkan, Danial Nabil menampar belakang baju empat anak muridnya.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now