bab9

5K 374 9
                                    

HANINA berkeras pada seat bahagian penumpang tersebut sambil menjeling tajam ke arah Addan yang berdiri di hadapannya.

" Move , i can walk by my own " Tolak Hanina. Tubuh Addan cuba untuk di tolak ke tepi namun sedikit pun lelaki itu tidak berganjak daripada tempatnya.

" No, you can't " Suara itu berbisik perlahan ke telinga Hanina.

Gadis itu sedikit tergangu dengan suara serak basah Addan namun cepat-cepat diusir fikiran tersebut daripada mindanya.

" Pergi balik lah , aku penat nak bergaduh dengan kau harini. Please leave " Baru setapak Hanina melangkah , tubuh itu terus hilang keseimbangan kerana kaki Hanina yang terseliuh masih tidak dapat memijak lantai.

" Degil kan? Nak jalan sangat? Haa jalan lah . Kalau tak boleh sangat apa kata kau merangkak je " Bidas Addan yang memang sengaja ingin menyakitkan hati gadis itu.

Pintu kereta Addan yang dipakir di bawah garaj rumah Hanina itu dihempas kuat.

" Hoi pintu kereta kesayangan aku! " jerit Addan kegeraman dan Hanina tersenyum puas. Padan muka!

Hanina cuba menapak selangkah ke hadapan dan percubaannya itu membuatkan dia jatuh terduduk di atas lantai.

Semua salah Addan!

Pergelangan kaki yang berdenyut-denyut itu disentuh perlahan dan dahi Hanina berkerut-kerut menahan rasa sakit.

Tanpa sebarang amaran , tubuh Hanina terus berada di awangan.

" Ka-kau buat apa ni! Turunkan aku lah! Nanti orang nampak apa pulak diorang cakap! " amuk Hanina apabila Addan dengan selambanya mencempung tubuhnya.

" Do i look like i care? Lantak lah orang nak cakap apa. You're my legitimate wife , I've my right to do anything that i want because you're mine " Hanina meneguk kesat liurnya apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu.

" Ta-tapi nanti jiran ki-kita— "

" Shut up Nina " cantas Addan dan Hanina menurut perintah.

Addan mengimbas kad pengimbas pada scanner dan pintu rumah Hanina terbuka luas. Hanina di letakkan di atas sofa berbentuk L yang terdapat di ruang tamu rumah gadis itu lalu dia berlalu ke arah pintu dan menutupnya rapat.

" Tunggu apa lagi? Balik la " halau Hanina yang nampak seperti tak keruan apabila duduk berdua dengan lelaki itu lebih-lebih lagi dengan jarak mereka yang begitu rapat itu.

" Hey , yang kau gelabah semacam ni kenapa? Aku bukannya nak merompak rumah kau pun , jangan nak negative sangat boleh tak? " Suara Addan menyentak Hanina.

What the heck , Nina? Kenapa dengan kau?

" I think you should take a leave for tomorrow , kau takkan dapat berkerja dengan kaki yang macam tu . Rest je dekat rumah , esok aku bawak kau pergi klinik " Hanina diam.

Tiba-tiba pulak rasa panas. Hanina mengibas-ngibas wajahnya yang sudah membahang.

" Jom , aku tolong angkat kau naik atas " Hanina statik. Tangan nya laju menolak bahu lelaki itu.

" Hanina Darena , Aku bukannya nak make out dengan kau pun? Kau ingat aku bernafsu sangat ke? "

" Semua lelaki pun bernafsu " gumam Hanina perlahan namun dapat ditangkap oleh Addan.

" Kalau aku nak ambil kesempatan dari hari pertama kita kahwin lagi aku dah terkam kau " terus tubuh Hanina yang ringan itu dicempung oleh Addan .

Hanina memaut leher Addan erat apabila lelaki itu mula memanjat tangga naik ke tingkat dua . Hanina memerhatikan Addan lama .

6.0 | Kau Bintang , Aku Bulan ✔Where stories live. Discover now