Kontradiksi, klasifikasi.

38 2 0
                                    

Lucu, apabila sebuah pendapat melalui pengamatan jadi penghakiman dan order untuk setiap aturan.

Selamat datang ke rumah penyembelihan. Ini daerah-daerah kelucuan baru untuk kita terokai. Hutan batu kontradiksi. Mereka akan menjeratmu, memenggal logik dirimu dan jadikan kau orang-orangan, membosankan. Biasa dan banal, seperti biri-biri yang lain.dengan atau tanpa rakaman lensa kamera, manusia akan tetap menjadi manusia. Realiti kini sudah terlalu banyak dikaburkan kerananya. Tiada lagi klasifikasi, dikisar jadi satu jawapan: umpama tahi tanpa nutrisi. Jadi semua orang yang penting atau tidak boleh keluar dan masuk dalam hidupmu, tanpa masalah. Malu, moraliti bukan lagi menjadi soal, kerana kebodohan kini adalah diraikan. Kuasa, wang adalah tuhan. Di agung-agungkan atas nama order, progres dan kebiasaan. Batasan dan kesederhanaan, adalah gurauan. Toleransi, juga. Dengan teknologi dan kemajuan, kita kini sudah menjadi biasa untuk membinatangkan setiap ruang-ruang peluang, untuk jadi aturan pada satu labirin kecelakaan.

Tapi ya, masih lucu.

(sekurang-kurangnya, untuk aku)

Stratosfera, sementara.Where stories live. Discover now