KAWAN

185 18 0
                                    

Kawan ialah orang yang paling hampir dengan kita selepas ahli keluarga. Tanpa kawan pasti hidup kita akan terasa sunyi. Kawan adalah antara orang yang mewarnai hidup kita.

Di mana-mana sahaja kita boleh menemui kawan. Kita boleh menemui kawan di pejabat, di sekolah, di universiti, di seminar, di hotel dan sebagainya. Kawan boleh hadir dalam hidup kita sama ada sebentar sahaja atau dalam tempoh masa yang lama. Kawan juga boleh ditemui secara terancang ataupun tidak dirancang.

bukan semua orang boleh dijadikan kawan. Ada kawan yang bersama kita hanya untuk bergelak ketawa sahaja. Ada kawan yang ada dengan kita semasa kita susah ataupun senang. Ada juga jenis kawan yang makan kawan! Pendek kata, ada bermacam jenis kawan di dunia ini.

Kita perlu memilih kawan yang sentiasa ada bersama kita semasa kita senang dan sanggup menghulurkan pertolongan semasa kita dalam keadaan kesusahan. Jauhilah kawan yang hanya ada dengan kita semasa senang sahaja tetapi lari meninggalkan kita semasa kita susah.

Kita bukanlah seorang manusia yang sempurna. Maka, kita perlu seorang kawan yang menegur sebarang kesalahan yang kita lakukan. Jangan sesekali memilih kawan yang selalu membenarkan apa sahaja yang kita lakukan sama ada perkara itu betul ataupun salah.

MyDailyQoute🌸

Let's Tarbiah !!!Where stories live. Discover now