Couple

2.9K 247 13
                                    

🌿Couple 🌿

Okay. Mesti awak semua cakap hmm kenapa topic kebanyakkan couple je. rimas dan sebagainya tapi itulah hakikatnya. ⚡

Hakikatnya,ramai sangat orang islam zaman ini yang bercouple. Walaupun pelajar madrasah atau tahfiz sekalipun,ada juga yang bercouple. 👫

Pada pandangan orang luar,wah sweet nya couple tu. Walaupun tak berpegang tangan dan sebagainya tapi tetap couple. 😓

Orang luar ingat best je couple sweet bagai tapi apa yang individu tu rasa sendiri is opposite. Dia akan rasa terkongkong,jealous,gaduh gaduh dan gaduh. 😳

Apa yang dia tunjukkan itu semua hanya bahagian gembira dan bahagia je.
Senang kata,hidup orang yang bercouple ni tak bahagia langsung. 🤔🤔InsyaAllah akak smbg ea

👉 Akak ada interview beberapa sahabat akak yang pernah couple satu ketika dulu.

Akak nampak sendiri masa mereka sedang bercouple,wah punyalah sweet tahap diabetes. siap bagi hadiah bagai. sayang baby lah. 🎁🎎

Orang sekeliling semua puji and support.
Padahal couple tu haram kot.
Tak sampai sebulan,tetibe break up.

Kenapa? 😱😱😱
Hmm sebab dia ada perempuan lain.
Sebab dia ada lelaki lain.
Sebab itu sebab ini.

Macam-macam lagilah.
Nak tahu tak kenapa boleh putus? 😰😰😰

sebab Allah tak redha dengan perbuatan dia.
Allah tak redha dia bercouple.

kerana tanpa redha Allah takde benda yang akan terjadi. 😞😞
Bila dah putus couple,akak tanya lah apa diaorang rasa?

semua cakap yang mereka rasa sedih lah.😣
ada yang sampai menangis meratap. 😭 ada yang sampai membenci. 😤
sebab apa?

bekas pasangan couple ada orang lain.

Ketahuilah. ‼

Bila seseorang lelaki atau perempuan sanggup bercouple dengan awak,bermaksud ni bukan pertama kali mereka bercouple.

sebab tu mereka dah terbiasa.
Mostly kawan akak cakap yang couple dorg tu cemburu buta. 📛

baru couple dah buat perangai. 🚫
Baru couple dah nak tunjuk belang. 🐯

Nanti kalau nak kahwin tak tau lah apa nak jadi. ⛔

Ketahuilah dengan bercouple hubungan tak akan kekal lama punya.

Kalau kekal pun,Hati takkan rasa tenang punya.
Jadi stop lah bercouple. 💔

dengan couple ni hidup tak akan aman,Allah tak redha,ibubapa tak redha,pelajaran terganggu dan sebagainya.kesimpulannya, ☑

elakkan dari bercouple. tak bawa kemana pun sebenarnya couple ni.

Kita sendiri yang rugi. takut lama2 nnti bawa kepada zina hati dan seterusnya ❣

Kalau ada sesiapa yang sedang bercouple,belum lambat lagi untuk awak putuskan hubungan. 🙅

Tapi Bila jumpa kawan lama
"Eh,awak couple nga sapa sekarang?"

"Takkan tak ada yang suka kat awak kot?"

"Dah tengok k bf baru dia?"

Hmmmm. Awak,kalau couple tu dihalalkan dalam islam dah lama saya couple. Tapi agama Allah ni sangatlah cantik. Ada sebab kenapa couple tu diharamkan bila tak ada ikatan yang sah.

Sebab?

Awak. Nak couple tak salah. Tapi make sure yang pasangan kita tu dah pegang tangan wali kita.
Tapi,
Kalau pasangan kita hanya mampu pegang tangan kita buat apa?
U know what?
Awak nampak sangat murah. Murah sangat2.
Dengan mudahnya awak serahkan hati awak kepada seorang lelaki yang tak iktiraf halal dalam hidup awak. Mana maruah? Harga diri?
Hmmm.

Dear Hawa.

Kalau hati tiba2 terdetik rasa iri hati dengan orang yang bercinta, sabar sayang. Selawat banyak2

Buat apa nak dengki dengan orang yang buat maksiat?

Diorang sedang seronok buat maksiat,sedangkan dunia dah nak kiamat.

Perbaiki diri kita hawa. Kejar cinta Allah. Mahalkan diri awak. Jaga maruah diri dan mak ayah. Jangan malukan diri sendiri.
Sebab cinta itu mahal. Bukan mudah rasa cinta tu hadir. Kalau awak ada cinta di hati,simpan baik2. Biar ia dihalalkan suatu hari nanti.

Oleh itu, Muhasabah diri wahai kaum hawa yang disayangi 💐. Alhamdulillah , ini sahaja yang dapat sye kongsikan . Semoga kita dapat memartabat diri kita sebagai kaum hawa. InshaAllah .

Segala yang baik itu datang dari Allah dan saya mohon maaf sekiranya kurang penjelasan 😁 . Terima kasih sudi luangkan masa..peringatan bersama.. Mahalkan cinta untuk Allah 😊 kongsi ilmu tak salahkan ??

Let's Tarbiah !!!Where stories live. Discover now