Bab 12 Jangan Benci Sangat

Start from the beginning
                                    

"Hal itu... kita bincang nanti" ucap Harris lalu segera bangun meninggalkan Maisara

--

Selesai sahaja bersarapan, Maisara dan Harris naik semula ke bilik. 

Ingatkan pengantin baru ni dapatlah pergi honeymoon. Luar negara tak dapat, dalam negara pun okay juga. Tapi hakikatnya, kena pergi ke pejabat. Maisara Farhana geram. 

"Sara, hari ni kau turun office ke?" Harris Syazwan memulakan kata

"Kenapa kau panggil aku Sara?"

"Hah?" Harris hairan. Soalannya dibalas dengan soalan.

"Ex kau nama Hana eh? Semua orang panggil aku Hana, kau seorang saja panggil aku Sara." Maisara sebenarnya sudah tertanya-tanya akan perkara ini sejak mereka di universiti lagi. 

"Why not? Sweet apa? Nama Sara tu khusus untuk your one and only husband"

Maisara Farhana tayang wajah meluat. 

"Pagi-pagi lagi nak buat orang menyampah" omelan kecil Maisara melukis senyum diwajah suaminya. Sukalah tu buat orang sakit hati.  

"Sara. Kalau kau tak nak turun office hari ni pun boleh. Lagipun karyawan baru macam kau bukan ada benda sangat nak buat kat office" Harris menyuarakan pendapat. Pada pandangannya, majlis mereka kelmarin betul-betul memenatkan. Kalau bukan sebab tuntutan kerja, berdiri pun dia tidak larat. 

"Tak ada benda nak buat kau kata? Aku ni dah macam buruh kasar kat company tu tahu tak" muncung Maisara sudah seinci kedepan. Kaki dihentak meninggalkan bilik. 

---

Maisara sampai ke tempat kerja sedikit telat. Perjalanan ke pejabat mengambil lebih masa dari sepatutnya. Mana tidak, dia terpaksa pergi ke syarikat menaiki bas. 

Ada suami pun tak guna bukannya nak tumpangkan aku pergi tempat kerja. Boleh pulak dia tinggalkan aku. Maisara Farhana sebal. Pondok bas sudahlah jauh. Maisara kemudian menelefon Pak Mail, pemandu ayahnya, untuk membawakan keretanya ke syarikat. Nayalah kalau nak naik bas balik nanti.

"Jadi macam mana?" Soalan kila mematikan lamunan ku

"Macam mana apanya?"

"Malam pertama?"

Erk?

PANG !

Bunyi hempasan mengejutkan seluruh isi pejabat. Apalagi kalau bukan pergaduhan antara boss aku dengan teman wanitanya. Wanita itulah yang sering berkunjung ke pejabat sesuka hatinya. Orangnya sangat cantik, tingginya bak model, kulitnya sedikit gelap, rambutnya ikal mayang. Sesiapa saja pasti jatuh hati, termasuklah Harris. Duga Maisara

"You dah kahwin? You biar betul Harris? Habis tu, I ni apa?" laung wanita itu. Seksi sungguh pakaiannya. Mungkin inilah perempuan yang memenuhi cita rasa Harris. Perempuan tidak cukup kain. Suara Harris tidak dapat Maisara dengari tapi dari riak wajahnya dia sabar memujuk kekasih hatinya. Ada wajah kesal dan amarah. Menyesal mungkin dengan perkahwinan ini.

"You tak boleh buat I macam ni Harris. Siapa perempuan tu? Kenapa you ni, nak ikutkan saja kata parents you. Dorang takda hak nak kahwinkan you" kata wanita itu dengan mata berkaca. Gerun Maisara. Kalaulah dia tahu isteri Harris ada dekat dengannya, mungkin tamparan maut sudah singgah di pipi Maisara

"I can be your second wife. Just please... don't let me go" rayu wanita itu. Suaranya sedikit perlahan, tapi keras.  

Tidak sanggup melihat adegan itu dengan lebih lama. Maisara menunduk dan berlalu. Cukuplah segalanya yang dia nampak dan dengar hari ini

Keadaan kembali reda apabila Harris berjaya memujuk sang kekasih hati.

---

"Gedik gila perempuan tu. Padan dengan muka diakan"

"Boss kita dah kahwin? Betulkah"

"Boss kita tak nak dengan perempuan tu, pasai tulah boss kita cakap cemtu"

"Boss kita tulah yang kaki perempuan. Nampak sahaja perempuan tu tak cukup kain. Hari tu yang datang pun tak cukup kain. Sekarang ni orang lain lagi"

Masing-masing memberi pendapat masing-masing. Kutukan demi kutukan menerjah telinga Maisara Farhana. Panas telinga mendengarnya

"Cik Hana, Encik Harris nak jumpa" setiausaha Harris datang menemuiku. Entah apa yang dia inginkan kali ini

---

"So, mesti kau dah nampak semua tu. Dia tu .... sebenarnya ... err "

"Siapa pun dia, tak ada kena mengena dengan aku. You don't have to tell anything bout your personal life" Maisara Farhana tayang wajah tidak kisah

Melihat Harris Syazwan yang masih membisu, Maisara Farhana meneruskan kata

"Kau nak kahwin dengan perempuan tu sekarang pun aku tak kisah. Oh, kalau kau takut aku bagitau babah pasal hal ni, kau takyah risau. Aku tak akan bagitau babah" terangku

"Tak payah. She's not my girlfriend. She's quite psycho so please restrain yourself from meeting her. For now, dia masih tak tahu siapa isteri aku. Kalau lepas ni dia contact kau, terus bagitau aku. Okay?" terang Harris Syazwan. Maisara Farhana enggan ambil pusing. Dia boleh jaga dirinya sendiri. Dia bukan lagi gadis lemah yang Harris Syazwan pernah kenal sewaktu di universiti dulu. 

Maisara Farhana berlalu pergi.

**

Maisara Farhana membetulkan duduknya. Bersedia untuk diceramahi Kak Fatin. Kakaknya dijadualkan akan berlepas ke Melbourne petang ini, jadi dia mengajak Maisara untuk makan tengah hari di salah satu restoran kegemaran mereka. Dia tahu Kak Fatin risau akan dirinya. Sebab itulah, dia enggan memberitahu kakaknya kalau Harris Syazwan adalah lelaki yang membuat hidupnya tunggang terbalik beberapa tahun yang lepas. 

"Kamu dengan suami kamu macam mana? Dia layan kamu okay tak?"

Maisara diam. Entah hendak jujur macam mana. Setakat ini, Harris Syazwan tidaklah selanun mana. Cuma, api kebencian terhadap suaminya membuatkan semua yang dilakukan Harris terlihat tidak kena padanya. 

"Akak tahu kamu tak berapa elok dengan suami kamu. Dengar cara kamu bercakap dengan dia tadi pun akak dah boleh agak."

"Macam itulah akak. Perkahwinan tanpa rela"

"Hana suka dia?"

Maisara Farhana geleng kepala. Hehe. Bukan suka, tapi dia benci!

"Perkahwinan itu satu ikatan yang suci Hana. Walaupun Hana tidak kahwin dengan orang yang Hana cinta, tapi dia tetap suami Hana. Kalau kita tidak pupuk cinta, cerailah jawabnya. Hana tahukan perkara halal yang paling dibenci Allah ialah perceraian. Ini ada ditulis dalam Hadis riwayat Abu Dawud. Hana kena tabah. Pertahankan rumah tangga Hana. Hubungan tanpa cinta kalau dipupuk dan disemai, cinta dan sayang tetap akan wujud. "

Tapi Hana tak nak suka dia dan tak akan pernah suka dia. Jerit Maisara didalam hati.

"Akak bukannya apa dik. Akak takut dengan hubungan kamu yang baru setahun jagung ni. Hana, suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu.

"Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga" sebuah hadis yang diriwayat oleh at-Tirmidzi. Maisara Farhana tahu. Tapi untuk dia mencintai suaminya, untuk dia memadam api kebencian buat suaminya. Semuanya tampak mustahil. Maisara Farhana ialah seorang gadis yang tidak pernah menyimpan kebencian didalam hati, tapi sekali dia membenci, kebencian itu dia genggam sampai mati. 


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Benci SangatWhere stories live. Discover now