Bab 9 Jangan Benci Sangat

11K 518 0
                                    

Riuh sungguh suasana rumah dengan rombongan besar-besaran bakal pengantin lelaki. Hari ini rombongan meminang daripada pihak pengantin lelaki bertandang dirumahku. Aku disolek bagi menampakkan seri diwajah. Hatiku sayu. Betulkah pilihan ku kali ini. Sungguh aku buntu.

Aku duduk dibirai katil. Angin sepoi-sepoi menampakkan hari yang sungguh tenang. Pokok-pokok bertiup indah bagai ingin menyambut ketibaan bakal pengantinku. Aku menghadap langit yang cerah. Betulkah pilihanku. Akan adakah penyesalan kelak?

Majlis dimulakan dengan adat berbalas-balas pantun kedua-dua keluarga. Sungguh riuh suasana apabila ayahku membalas pantun pihak pengantin lelaki dengan berbahasa inggeris. Ayahku bukannya tahu sangat pantun melayu. Tapi semangat ayah untuk membalas pantun sekali lagi membuatkan aku sebak. Ayah betul betul semangat untuk mengahwinkan ku dengan anak kawan baiknya. Menurut mama, ayah belajar menghafal pantun empat kerat dalam diam dikala malam. Aku tidak boleh menghampakan ayah kali ini.

Rombongan pulang dengan selamat . 'Bakal' ibu mertua ku sungguh baik

"Lah ni lah dia bakal menantu ummi. Cantik orangnya kan babah. Manis sungguh" aku tersenyum manis. Girang hatiku apabila bakal ayah mertua juga bersetuju dengan pernyataan 'ummi'. Hamboi

Gerun rasanya apabila tarikh yang dipersetujui hanyalah sebulan dari sekarang. Apalah nasibku nanti.

-----

Harris Syazwan POV

"Ummi, ummi tak boleh buat Harris macam ni. Harris tak nak kahwin"

"Harris, janganlah macam ni nak"

"Tapi ummi, Harris tak kenal dia. Macam mana kalau calon menantu ummi tu jahat. Ingat senangkah nak kekalkan perkahwinan tanpa rasa cinta"

"Ummi gerenti dia baik. Ummi dah jumpa pun. Kamu kenal dia. Jangan risau"

"What? Siapa?"

"Anak kawan ayah. Kamu ingat tak anak kawan ayah, masa kecil-kecil dulu kamu selalu main sama-sama. Alah time rumah kita terbakar dulu kita tinggal rumah diorang. Takkan tak ingat"

"Apa-apalah ummi. Harris tetap tak setuju"

"Tapi kenapa Harris? Boleh tak. Untuk kali ni, kamu dengar cakap ummi. Please sayang. Kesian kat umi dan babah, kami dah tua, harapan umi cuma nak tengok satu-satunya anak umi ni kahwin. Sebelum kami menghembus nafas terakhir. Bolehkan Harris? "

"Umi...! Apa cakap macam tu. Umi suka buat Harris serba salah. Okay fine. Harris setuju. Tapi bersyarat, okey ummi?." Harris mengeluh pasrah. Nasib badan.. Ikut sahaja bicara ummi. Kuasa talak ditangannya. Kuotanya sahaja ada empat. Apa sangatlah setakat kahwin cerai ni. Harris senyum simpul

"Apa syaratnya?"

"Lepas kahwin Harris bagitau."

"Anything for you dear."

------

Maisara Farhana pov

Sungguh sibuk mama dengan persediaan perkahwinan ku. Tidak seperti majlis perkahwinan kak Fatin yang disambut meriah. Suasana persediaan majlis perkahwinanku sungguh jauh berbeza dengan persediaan kak Fatin dulu. Mungkin sebab aku yang tidak ambil pusing akan perkahwinan ini. Dulu kak Fatin dan suaminya akan memilih segalanya bersama. Baju pengantin, tema majlis, corak kad undangan, segalanya atas persetujuan mempelai. Manakala aku? Menyerahkan segalanya kepada orang tuaku. 

Hanya tinggal beberapa hari sahaja majlis perkahwinan ku akan berlangsung. Apalah nasibku.

"Hana kau okey tak ni ?" dalam hari hari terakhirku membujang, Kak Fatin lah satu-satunya yang banyak memberi aku semangat. Tidak kurang juga tips-tips yang diberi untukku bila dah jadi isteri nanti

"Mestilah, aku kan bakal raja sehari. Mana tak happy"

"Kau tak nampak happy pun lah"

"Eh, aku happylah. Aku cuma risau. Manalah tahu bakal suami aku nanti muka macam tongkang pecah. Tak kah naya aku"

Kak Fatin bantai gelak. Amboi!

"Merepek lah kau Hana. Benda tu pun kau nak risau?"

"Risau jugaklah sebenarnya kalau kalau nanti dia tak suka aku kah. Alah, macam dalam drama-drama melayu yang kahwin paksa tu. Suami tak suka lah apalah"

"Hana, itu dalam wayang. Janganlah nak samakan dengan reality."

"Akak untunglah. Kahwin dengan orang yang akak suka. Hana pula? Janganlah sampai suami Hana nanti nak memadukan Hana sudah".

"Hish kau ni Hana. Kalau dia memang nama yang ditulis di Luh Mahfuz untuk kau. Macam mana ia bermula tidak penting. Yang penting adalah macam mana ia berakhir."

"Harapnya dia memang jodoh Hana lah kak"

"Amin"

-----

DUA HARI KEMUDIAN ....

Usai menunaikan solat isyak, aku turun ke tingkat bawah dan tolong apa yang aku patut tolong . Yalah lagi sehari majlis perkahwinan akan berlangsung, semua orang sibuk dan aku tidak mungkin hanya duduk di dalam bilik . Nanti apa pulak orang cakap.

"Bakal raja sehari kita turunlah . Berseri-seri lah muka tu."

"Banyaklah korang. Bila sampai ni?"

"Baru kejap tadi". 

"Oh"

"Lahai, dah nak kahwin kau kan. Untunglah kau."

"Takda untunglah kahwin ni. Korang tu pun kahwin lah cepat-cepat. Tak lama dah masuk kategori andartu tau."

"Alah kau tu. Memandai je. Lama lagilah. By the way, Hana kau dah tau siapa calon suami kau?"

"Belum lagi. Kan aku cakap hari akad nikah nanti aku tau"

"Kau tak nampak nama dia dekat kad jemputan" soal kila. Hairan.

"Tak. Kenapa weh"

"Kau tau tak, pengantin lelaki tu .. " Shima memberi isyarat agar si Kila tidak meneruskan kata. Pelik. Sangat pelik

"Pengantin lelaki anak Dato' haha. Untungnya kau" Shima meneruskan. Janggal dan sungguh pelik.

"Apa-apalah korang" Aku taknak tau pun pasal bakal suami aku tu. Biarlah dia.

"Dahlah Hana, jom ikut kitorang naik bilik kau"

"Nak buat apa ?"

"Corakkan inai dekat tangan kau lah, mama kau suruh tadi"

"Eh. Takyah lah. Korang mana reti"

"Amboi. Setakat corakkan inai kau jelah yang tak pandai"

"Ha'ah lah kau. Kitorang dah master bab bab inai ni"


Malam ini merupakan malam terakhir aku bergelar bujang. Esok akan ada pertemuan diantara dua hati tanpa rasa. Ya, Perkahwinan tanpa cinta. Ya Allah, tepatkah pilihanku kali ini. Inai ditangan ku tatap lama. Sebak bila mengenangkan nasibku. Gembirakah aku. Akan adakah bahagia untukku. Maisara Farhana mengeluh, lagi dan lagi...


Jangan Benci SangatWhere stories live. Discover now