Bab 11 Jangan Benci Sangat

11.5K 472 0
                                    

Hampir pengsan Maisara Farhana. Tidak pernah terlintas di akal yang dia akan menjadi isteri kepada Harris Syazwan. Jejaka yang mengajarnya erti benci. 

Gerun sebenarnya hendak melihat wajahnya walaupun hanya melalui cermin. Dari tadi asyik nak curi-curi pandang sahaja. Eh bukannya apa, nampak pandangan dia tu dah macam aku ni nak diceraikannya saja. Silap-silap malam ni dia dah ceraikan aku. Oh, tolonglah jangan. Tidak sanggup aku nak menyandang gelaran janda tu.

Pelamin untuk mempelai pengantin diantara Maisara Farhana dan Harris Syazwan dihiasi dengan sangat  indah. Cantik. Bunga-bungaan yang sungguh indah pada pandangan Maisara Farhana.

Tidak hairanlah setiap pengantin akan digelar raja sehari dimajlis persandingan. Dah macam raja lagaknya duduk dekat kerusi empuk itu.

Dari tadi mata Maisara Farhana melilar ingin mencuri pandang sang suami. Bukannya apa, dia cuma hendak nampak riak wajah Harris Syazwan sahaja. 

Tapi setiap mereka yang datang hendak bersalaman dengan kami, tidak kiralah keluarga atau sahabat, Harris akan sambut dengan senyuman bahagia. Eh, bahagiakah dia? Maisara Farhana mengamati wajah suaminya. Inilah kali pertama dia melihatnya senyum, dan senyuman Harris terlihat sangat indah. 

Majlis persandingan tamat dengan gilang gemilangnya. Tidak tahulah pula menjadi ratu sehari ni sebenarnya sangatlah memenatkan. Tapi seronok juga. Ramai kenalan yang datang menuturkan kata selamat berbahagia termasuklah kawan-kawan Harris. Tapi bayangan sahabat-sahabat Harris sewaktu di Universiti dulu, sahabat-sahabat Harris yang menghancur lumat mentalnya, tidak pula ada terlihat. 

Tamat sahaja majlis persandingan, kami kini bergerak ke bilik Harris. Gerun rasanya ingin masuk kebilik yang dahulunya milik Harris Syazwan tapi kini menjadi milik kami berdua. Jejaka yang sudah aku blacklist awal-awal dari hidupku. Tapi kini, menjadi suamiku. Pemuda yang akan berkongsi hidup denganku.

Aku bergerak ketandas bagi mencuci make-up yang bertepek dekat muka. Rambut ku hurai ketepi. Janggal rasanya bila dia melihat rambutku. Malu tidak terkata.

"So you're my wife?" ujarnya mematikan lamunanku. 

"Dah kau sebut nama aku time akad nikah tadi." Maisara membalas sinis.

Maisara Farhana bergerak ke sofa. Dan dia yakin sepanjang perkahwinan ini disitulah tempatnya. Awal awal Harris sudah menelentang kan badannya ke setiap penjuru katil. Dia ingin Maisara mendekat

Mulut Hana terkumat kamit menahan geram. Walaupun halus tapi cukup untuk sampai kependengarannya

"Kau tidur kat sofa tu dah kira elok kau tahu tak"

Hana mencebik geram. Bibir dah memuncung seinci kedepan

"Aku pun tak hingin lah nak tidur kat sebelah kau"

Bantal dan selimut dibaling kasar

"Ek eleh, tak boleh bagi bagus-bagus ke hapa. Tak sah kau nikan kalau tak menyakitkan hati aku"

"Kau nak ke taknak bantal tu. Tak nak aku ambil balik"

"Bagi lah elok-elok. Takkan tu pun takleh" bentak Hana sebal

"Banyak songeh pulak kau ni. Kalau taknak bak sini kat aku" gumam Harris Syazwan.

"Eheh, mestilah nak, hish. Kita cakap je janganlah nak serius sangat"

"Hah, tau takut. Dah tidur. Tutup lampu tu" Katanya. Hana mencebik geram. Suka-suka saja kau kan wahai cik Suami

Perlukah tutup lampu. Maisara sudah tidak senang duduk. Dia sungguh benci dengan kegelapan. Aduhai

'Dah tidur ke?' bisik Maisara

'Hoi? Orang sana?' bisiknya lagi, kali ini sedikit keras.

Tiada balasan. Maisara Farhana lepas keluh kecil

Bagi menghilangkan ketakutan yang teramat, Maisara Farhana membuka aplikasi The Sims yang berada ditelephonenya.

Kena nanti kalau aku mengantuk, tertutup jugak mata ini nanti. Fikir Maisara Farhana sendiri. Terlalu leka dia bermain game yang dia tersangatlah gemari. 

"Hoi, kau boleh diam tak" tengking Harris Syazwan kuat.

Setakat bunyi-bunyi yang tak seberapa tu. Bunyi game je pun. Kecoh lah dia ni. Bebel Maisara Farhana didalam hati. Geram!

"Ek eleh, aku bukannya melalak pun dekat sini. Main game je pun.  Sibuk lah kau ni"

"Kau dah ganggu waktu tidur aku, kau tahu tak?"

"Tidur jelah, nak sibuk urusan orang kenapa. Dia mengacau waktu game kita tak apa pulak" kata Maisara Farhana perlahan. Tapi cukup untuk sampai ke pendengaran suaminya

Apa dia nak buat ni? Glurp !

Harris Syazwan melangkah kearah isterinya dengan senyuman nakal. Selangkah demi selangkah, dup dap dup dap. Maisara Farhana diam. Volume game sengaja dia kuatkan.

"Hoi! Kurang asam! Kau nak buat apa dengan telephone aku tu hah?" jerit Maisara Farhana

"Simpan. Bukannya cantik pun telephone kau ni. Kalau aku buang telefon kau sekarang ni pun boleh." Ujarnya

"Dah tak cantik, kasi balek lah dekat aku. Dah lah telefon tu si Mirul yang hadiahkan, Haish dia ni. Kacau betullah" kata Maisara Farhana separuh berbisik. Takut jugak dia kalau suaminya dengar.

"Diam" arah Harris Syazwan. Membahang rasanya bila tahu Amirul Iman menghadiahkan telefon buat sang isteri.

"Bak lah sini" pinta Maisara Farhana

"Diam. Dan tidur!" arah Harris Syazwan geram.

Maisara Farhana diam. Muncungnya sudah macam itik.

Kurang asam punya suami. Bentaknya sendiri

Jangan Benci SangatDonde viven las historias. Descúbrelo ahora