AKU TAIP DAN AKU PADAM

23 1 4
                                    

Taip. Padam. Taip. Padam.

Putaran demi putaran berlaku.

Kenapa begitu?

Jawapannya mudah!

Ia sesuatu yang dirasakan tidak perlu dikongsi. Ia sesuatu yang bersifat peribadi. Ia sesuatu yang membuka kisah mereka.

Jadi?

Taip. Padam. Taip. Padam.

Aku juga watak di dalam kisah itu. Watak utama dan watak sampingan. Namun, mungkin terlalu lama aku simpan semua rasa sehinggakan ia tidak lagi wajib untuk diceritakan.

Akhirnya aku termangu sendiri.

Ah!

Hati dan perasaan itu cukup pelik.

Sekejap aku mahu bebaskan semua. Sekejap aku mula berfikir panjang.

Diam itu mungkin lebih baik.

Atau diam itu kerana aku sudah tidak lagi kisah.

JELING-JELING INTAI-INTAIWhere stories live. Discover now